Monday 2 July 2012

MENGAPA PENGUNDI CINA BUKAN PENENTU PRU13?




Oleh : LIM KIT SIANG

KHAMIS LALU, Mahathir telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah bahawa pengundi Cina akan menjadi faktor penentu dalam pilihanraya umum ke-13 oleh sebab kaum Melayu terbahagi diantara tiga parti 'kecil' dan pengundi Cina akan menentukan siapa yang bakal membentuk kerajaan baru selepas pilihanraya umum ini.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya sudah kembali ke zaman pentadbirannya apabila, dalam kata-katanya sendiri, beliau berjuang untuk kaum Melayu dalam masa umurnya muda dan beliau kurang pengalaman dalam arena politik.

Mahathir telah membuat pengakuan ini secara umum dalam satu sesi dialog bersama Majlis Eksekutif Pelajar Malaysia di United Kingdom dalam bulan September 1995, apabila menegaskan kepentingan perjuangan rakyat Malaysia dan bukan kaum Melayu, pada masa yang sama mengingatkan semua bahawa impian Bangsa Malaysia hanya boleh tercapai jika rakyat Malaysia mampu menerima satu sama lain tanpa mengira kaum atau agama.

Ini merupakan tahun keempat deklarasi Wawasan 2020 dan Bangsa Malaysia pada bulan Februari 1991.

Kini Mahathir kelihatan seperti mengingkari deklarasinya, bukan sahaja konsep Bangsa Malaysia dan Wawasan 2020, tetapi seruan untuk berjuang demi kaum Melayu daripada berjuang untuk rakyat Malaysia.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah meminta ahli Barisan Nasional supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang akan menyinggung perasaan kaum yang lain atau parti komponen yang lain dalam BN.

Akan tetapi, berapa ramaikah dalam UMNO yang akan mendengar nasihat Najib?

Yang tidak dapat disangkal adalah Mahathir adalah yang diantara golongan yang membuat kenyataan yang tidak sensitive, tidak bertanggungjawab dan berunsur provokatif – untuk menyelamatkan dan melindungi UMNO dan Barisan Nasional daripada kekalahan dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Khamis lalu, Mahathir telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah bahawa pengundi Cina akan menjadi faktor penentu dalam pilihanraya umum ke-13 oleh sebab kaum Melayu terbahagi diantara tiga parti “kecil” dan pengundi Cina akan menentukan siapa yang bakal membentuk kerajaan baru selepas pilihanraya umum ini.

Saya telah menyangkal kenyataan ini dengan mengatakan bahawa kaum Cina Malaysia bukan faktor penentu dan tidak mahu menjadi faktor penentu dalam pilihanraya umum ke 13.

Saya juga telah menekankan bahawa realiti keadaan adalah dengan melihat bilangan pengundi Cina di Malaysia, adalah mustahil untuk pengundi Cina menjadi faktor penentu dalam PRU13.

Biar kita meneliti dengan melihat kepada nombor dan bilangan, mengapa pengundi Cina tidak boleh menjadi faktor penentu dalam pilihanraya umum ke-13.

Daripada 222 kerusi Parlimen, hanya 34 yang mempunyai komposisi pengundi kaum Cina sebagai majoriti. Walaupun Pakatan Rakyat (PR) memperoleh kesemua undi Cina dalam kerusi-kerusi ini ianya hanya akan memenuhi 15% kerusi parlimen.

55 kerusi Parlimen di mana pengundi Cina membentuk 30% hingga 50% bilangan pengundi. Walaupun PR mampu memperoleh 80% undi Cina dalam kerusi-kerusi ini, ia masih memerlukan diantara 35% hingga 40% sokongan daripada komuniti yang lain untuk memenangi kerusi-kesrusi ini.

Secara keseluruhannya, ini bererti hanya ada 89 kerusi parlimen yang mempunyai pengundi Cina yang membentuk 30% jumlah keseluruhan pengundi. Andaikata PR memenangi kesemua kerusi parlimen ini, ianya hanya akan membentuk 40% jumlah kerusi parlimen, yang jelas tidak cukup untuk mencapai bilangan majoriti kerusi parlimen.

Tetapi, apa yang dilihat adalah satu situasi dimana Barisan Nasional ditolak oleh pengundi dari pelbagai kaum, termasuklah majoriti kaum Melayu serta kerusi “campuran” etnik yang dahulunya kubu kuat BN.

Sebagai contoh, dalam pilihanraya umum 2008, majoriti pengundi Melayu dan bukan Melayu telah menolak BN di kerusi majoriti Melayu seperti Pokok Sena dan Kuala Kedah di Kedah, Parit Buntar dan Bagan Serai di Perak, Shah Alam dan Kota Raja di Selangor dan Titiwangsa di Kuala Lumpur.

Majoriti pengundi Melayu dan bukan Melayu juga telah menafikan mandat BN dalam kerusi campuran seperti di Padang Serai di Kedah, Bayan Baru dan Nibong Tebal di Pulau Pinang dan Bandar Tun Razak di Wilayah Persekutuan.

Baru-baru ini, dalam pilihanraya negeri Sarawak pada tahun 2011, majoriti pengundi Cina dan pengundi bukan Cina dalam kawasan kerusi DUN Kidurong telah menolak BN yang membawa kepada kemenangan bersejarah dengan majoriti 7,000 undi bagi calon DAP Chew Chin Sing.

Dengan menggunakan taktik mengapikan-apikan isu perkauman, Mahathir kini menggunakan taktik lama untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia yang kian sudah serik dengan korupsi, kronisme dan penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan Barisan Nasional.

Pilihanraya umum yang akan datang ini adalah satu peluang bagi semua rakyat Malaysia untuk memahat sejarah untuk bersatu padu dan untuk menghantar satu mesej yang jelas untuk menamatkan 54 tahun pemerintahan rakus BN dan memberi mandat kepada kerajaan baru Pakatan Rakyat yang akan melindungi hak, kebebasan dan kebajikan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum Melayu, Cina, India, Iban atau Kadazan.

Oleh itu, faktor penentu yang benar-benar sah dalam pilihanraya umum ke-13, bukan pengundi Cina tetapi semua pengundi rakyat Malaysia tidak kira kaum Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan untuk bersatu padu untuk membawa kepada peralihan kuasa yang aman untuk kali pertama dalam sejarah 54 tahun untuk mengakhiri kezaliman korupsi, kronisme dan penyalahgunaan kuasa.

18 comments:

  1. The voters should not be easily affected by these sort of statements. Hope that they will vote wisely during the next general elections.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Each voter play an important role to determine the next government during the GE-13. It's not up to one race only.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. semua rakyat Malaysia tak kira kaum dan agama adalah penentu PRU.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Setiap pengundi memainkan peranan penting.

      Delete
  4. sokongan mana2 kaum memang akan beralih jika terdapat isu yang melibatkan kepentingan kaum mereka. jadi, jangan timbulkan sensitiviti kaum di negara ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rakyat harus sokong BN yang mewakili semua bangsa di M'sia

      Delete
  5. Mana2 kaum perlu diberikan layanan yang sama dan tidak dipinggirkan.

    ReplyDelete
  6. Pengundi CINA juga penentu untuk kerajaan akan datang. Semua memainkan satu peranan yang penting sebenarnya.

    ReplyDelete
  7. Semoga kepentingan setiap kaum dan bangsa akan diambil perhatian sepenuhnya. Jangan biarkan ada kaum dan bangsa yang terabai.

    ReplyDelete
  8. BN mewakili semua bangsa di M'sia, jadi patut disokong.

    ReplyDelete
  9. apa yang fitnahnya?? LKS ini sengaja mahu kelirukan rakyat dengan memusingkan kenyataan Tun M.. kalau ketandusan isu pun, jangan la sampai buat putar belit..

    ReplyDelete
  10. memang betullah kaum cina di negara ini sangat sikit jumlahnya dibandingkan dengan kaum melayu, namun jika kaum melayu berpecah, maka jadi la macam PRN Sarawak.. banyak kerusi di menangi oleh DAP..

    ReplyDelete
  11. Malaysia's ruling party has stepped up its campaign using the upcoming National Day celebrations to woo voters ahead of the General Election. Prime Minister (PM) Najib Razak has once again stated that support from Malay voters alone will not be enough to win this time. Kicking off the nationwide campaign to fly the Malaysian flag (Jalur Gemilang), PM Najib took the opportuinity to remind Malaysians of their country's development in the last five and a half decades.

    ReplyDelete
  12. He said thanks to the ruling BN coalition, the country has been transformed from an agriculture-based nation into an industrialised one. The next decade he promised will be exciting as Malaysia is poised to become a high income nation.But first he needs a strong mandate from the people. PM Najib was quoted: "Under one Malaysian sky, we should implement fair policies to all races."

    ReplyDelete
  13. The 13th General Election has been described as a do-or-die battle for BN. Mr Najib needs the support of both Malay and non-Malay voters in order to improve on the last electoral performance when BN lost four states and two thirds of its majority in Parliament. The campaign themed "promises fulfilled" was symbolically launched in the city enclaves of three major ethnic groups.

    ReplyDelete
  14. At Little India in Brickfields and China Town in Petaling Street, the mood was festive. Many were also thankful for the government's cash handouts. Meanwhile the opposition political parties have accused the government of exploiting the National Day celebrations for his own political game.

    ReplyDelete
  15. But winning supports from urban voters, especially from the Chinese community is proven to be easier said than done. Many among the Indian community were upset over recent spate of protests outside Bersih co-chair Ambiga Sreenevasan's home.

    ReplyDelete
  16. The lawyer turned activist has managed to galvanize voters to push for free and fair elections. Prime Minister Najib really will have his work cut out for him as he strives to achieve the strong mandate he is asking for.To do that he will have to very neatly manage the charged political atmosphere as well as the sensitive racial and religious fractures in the country.

    ReplyDelete