Oleh : S Pathmawathy
MENTERI Pelancongan, Datuk
Ng Yen Yen didakwa mengelirukan kabinet berhubung perbelanjaan lebih RM1.66
juta dalam penganjuran persidangan Persatuan Pelancongan Asia Pasifik (Pata)
pada April lalu.
Anggota parlimen Rasah
daripada DAP Anthony Loke mendakwa, kabinet meluluskan RM1,738,300 kepada
Pelancongan Malaysia, agensi bawah kementerian itu, untuk menyediakan
persidangan pada 21 dan 22 April, tetapi kosnya meningkat kepada RM3,402,460.
Dakwanya, menurut minit
mesyuarat bertarikh 30 Mac dan dokumen lampiran, agensi itu membelanjakan
RM292,220 untuk jawatankuasa kerja pengangkutan, terutamanya untuk bahagian
pemasaran antarabangsa.
Loke yang juga Ketua Pemuda
DAP mendakwa, sebanyak RM14,580 dibelanjakan untuk kad prabayar telefon dan 'cenderamata
manik' untuk kakitangan pemasaran.
Agensi itu juga didakwa
membelanjakan RM15,600 untuk 'logistik' pegawainya di Lapangan Terbang
Antarabangsa (KLIA) dan Lapangan Terbang Tambang Murah LCCT.
"Menganjurkan
persidangan antarabangsa bukannya lesen untuk berbelanja boros," kata Loke
lagi.
No comments:
Post a Comment