Oleh : ABDUL RAHIM SABRI
PERDANA Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak menggesa semua imam dan ahli jawatankuasa masjid di seluruh
negara supaya 'menentang habis-habisan' fahaman dan golongan yang menyimpang
dengan ajaran Islam.
Dalam ucapannya kepada lebih
10,000 imam dan ahli jawatankuasa masjid hari ini, Najib antara lainnya berkata
golongan itu perlu menentang kumpulan lesbian, gay dan juga fahaman seperti
liberalisme dan pluralisme.
"Siapa yang mengancam
akidah, akhlak, kesucian Islam wajib kita perjuangkan menentang mereka. Tidak
kira dari sudut mana.
"Kalau (pihak) yang
mengamalkan sudah menyimpang dengan lesbianlah, apa bendalah, homoseksuallah,
apalah, pluralismelah, liberalismelah, (dan) apa isme yang bertentangan dengan
Islam.
"Atas nama apa sahaja,
wajib kita tentang habis-habisan. Ini perintah Allah (dan) Maqasid
Syariah," katanya.
Berucap dalam Majlis
Perhimpunan Perdana di Serdang itu, Najib berkata agama Islam juga menuntut
supaya umatnya menjaga nyawa, akal, keturunan dan harta benda seperti mana yang
dituntut dalam Maqasid Syariah (Tujuan-tujuan syariat).
Najib juga mengingatkan imam
dan ahli jawatankuasa masjid tersebut supaya tidak mencemarkan kesucian masjid
dengan "mencari keuntungan tertentu, untuk mendapat pengaruh atau melontar
perasaan benci kepada pihak lain.
"Masjid bukan
gelanggang untuk mengecam umat lain, tetapi masjid adalah tempat untuk
melakukan ibadat dengan keadaan tenang dan tenteram jiwa, mengajak dengan cara
yang baik, dan berdakwah dengan bijaksana dan hikmah. Inilah peranan
masjid," katanya.
Dengan memberi contoh di
zaman Rasullah SAW, baginda pernah mengarahkan sebuah masjid diruntuh dan
dibakar kerana golongan munafik menggunakan untuk menaburkan fitnah sesama umat
Islam
"Ini (perkara) serius
dalam Islam. Jangan ada tempat seperti ini. Tidak perlu dijadikan platform
untuk menabur fitnah kepada umat Islam," katanya.
Dalam majlis itu juga Najib
yang juga menteri kewangan menghadiahkan lebih 14 ribu imam di seluruh negara
yang kain yang "baik dan berkualiti" kepada para imam untuk membuat
jubah sempena Aidilfitri.
Bahkan lebih 130,000 ahli
jawatankuasa masjid turut mendapat faedah yang sama, tambah Najib yang juga
presiden Umno.
Selain itu, kerajaan juga
memutuskan untuk membekalkan dua tong air zam-zam dan buah kurma kepada seluruh
masjid dan surau dalam negara.
No comments:
Post a Comment