Oleh : JAHABAR SADIQ
KUALA LUMPUR : Penerimaan
terhadap Datuk Seri Najib Razak menurun satu peratus kepada 64 peratus pada Jun
lalu, namun penerimaan terhadap kerajaan menurun sebanyak enam peratus kepada
42 peratus pada bulan sama dengan penurunan terbanyak datang dari pengundi
Melayu, menurut kaji selidik yang dijalankan Merdeka Center.
Kaji selidik yang dijalankan
terhadap pengundi di Semenanjung Malaysia menunjukkan tahap kepuasan terhadap
prestasi perdana menteri (PM) menurun bagi pengundi Melayu dan India, daripada
79 kepada 75 peratus, dan daripada 72 kepada 69 peratus.
Namun bagi pengundi Cina,
penerimaan Najib meningkat daripada 37 peratus pada bulan Mei kepada 42 peratus
Jun lalu.
"Pendapat bercampur
daripada komuniti mungkin disebabkan oleh timbulnya kesedaran terhadap
kerajaan, ekonomi, dan antara responden India, majoritinya disebabkan oleh
kenyataan yang dikeluarkan terhadap Datuk Ambiga Sreenivasan," kata Kaji
Selidik Merdeka Center dalam satu kenyataan hari ini.
"Selain itu, ada juga
responden yang terdedah dengan tindakan kerajaan untuk memansuhkan Akta
Hasutan, pengiktirafan terhadap Kolej Tunku Abdul Rahman, dan kemarahan
terhadap respon perhimpunan April, Bersih lalu," kata kaji selidik
berkenaan.
Penerimaan terhadap Najib
berada di paras 60 ke 70 peratus sejak tiga kaji selidik lalu oleh Merdeka
Center dan khabar angin menyebut kemungkinan pilihan raya bakal dilaksanakan
bulan ini sebelum mandat Barisan Nasional (BN) tamat pada April 2013.
Sebaliknya, Tun Abdullah
Badawi sebelum ini yang pernah menikmati penerimaan 71 peratus sebelum
mengadakan pilihan raya pada Mac 2008 dan menyaksikan beliau tewas dua pertiga
majoriti.
Popularitinya (Najib)
diterima daripada golongan berpendapatan rendah dan pembaharuan terhadap sistem
perundangan.
Beliau telah mengumumkan
kadar gaji minimum buat pertama kali di Malaysia pada penghujung April lalu -
satu lagi langkah menarik golongan miskin.
Beliau telah mengadapi saat
sukar untuk mendapatkan sokongan kelas pertengahan, namun sekurang-kurangnya,
25,000 perusuh di Kuala Lumpur pada
April lalu menuntut perubahan sistem pilihan raya yang menyebelahi
gabungan pemerintah.
Protes itu berakhir dengan
keganasan apabila polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air.
Ketua Pembangkang, Datuk
Seri Anwar Ibrahim telah didakwa pada Mei kerana melanggar perintah mahkamah
berhubung protes berkenaan dan boleh disingkirkan dari Parlimen jika disabit
bersalah.
Bagaimanapun, kedudukan
stabil Najib sama seperti Jun lalu tidak menterjemahkan sokongan terhadap
kerajaan pimpinannya.
Kaji selidik itu mendapati
pendapat ramai kepada kerajaan masih menurun, hanya 42 peratus mendapati mereka
"gembira" dengan kerajaan, penurunan enam peratus dibandingkan pada
Mei 2012.
Kaji selidik itu berkata,
penurunan itu mungkin disebabkan oleh pengundi Melayu, yang menurun dari 65
peratus pada Mei, kepada 58 peratus pada Jun 2012.
"Pendapat kami,
penurunan itu bukan disebabkan politik, atau pandangan mereka terhadap PM
tetapi bagaimana pengundi melihat kedudukan ekonomi dan bagaimana ia memberikan
kesan kepada kehidupan mereka," kata Merdeka Center.
Kaji selidik sama mendapati
kepentingan terhadap ekonomi, terutamanya kos sara hidup dan gaji menjadi
kerisauan utama pengundi, dengan 39 peratus, berbanding 33 peratus pada Mei
2012.
Ia kemudiannya diikuti
masalah jenayah, sosial, pada 12 peratus dan isu politik pada lapan peratus.
Kaji selidik itu juga
mendapati timbulnya kesedaran terhadap ekonomi, merasakan negara berada di
landasan yang betul dengan jumlah 54 peratus, berbanding 58 peratus pada April
2012.
Kaji selidik ini dijalankan
Merdeka Center di antara 22 hingga 29 Jun, dengan 1,010 pengundi berdaftar
meliputi 59 peratus Melayu, 32 peratus Cina dan India, yang dihubungi melalui
telefon.
No comments:
Post a Comment