Wednesday 18 July 2012

NS RANCANG PINJAM PEMAIN SABAH





ALOR SETAR : Negeri Sembilan merancang untuk meminjam pemain dari pasukan Sabah dalam usaha memperkuatkan pasukan itu untuk mempertahankan Piala Malaysia.

Jurulatihnya, Mohd Azrai Khor Abdullah berkata pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) akan mengemukakan permohonan rasmi minggu ini bagi mendapatkan beberapa pemain yang dikenal pasti.

Bagaimanapun beliau yang ditemui di sini, enggan mendedahkan nama pemain terbabit sebelum dipersetujui oleh Sabah kerana bimbang akan 'dicuri' negeri lain.

Katanya beliau juga akan mengambil lima pemain dari skuad Sukan Malaysia (Sukma) negeri itu untuk menjalani latihan bersama pemain senior yang akan bermula 22 Julai ini.

Mereka ialah Khairul Ridzwan Othman, Muhamad Bukhairi Idris, Mohd Radzuan Abdullah, Fiqri Azwan Ghazali dan Mohd Nizam Ruslan, katanya. (Bernama)

No comments:

Post a Comment