Wednesday 25 July 2012

'ONE ARM BANDIT' TIDAK FIKIR RUGI. NAK MASUK PKR, MACAM-MACAM DIAMBILKIRA?




Maaf bah! Terbiasa angkat turun satu tangan.


Oleh : THE UNSPINNERS


DATUK SERI Lajim Ukin memberi sedikit interview di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, semalam Selasa 24 julai 2012 tengahhari Kenyataannya menarik sekali:

"Saya fikir memang ada tapi apa yang disebut oleh Datuk Seri Panglima Bumburing kelmarin itu adalah sama. Kita akan menentukan halatuju kita. Pada saya, saya ada dua pilihan, samada saya terus berpolitik atau bersara, itu saja.

"Yang kedua pilihan saya, pertama saya ingin juga melihat perkembangan semasa dan juga sokongan rakyat bukan saja di kawasan saya tapi juga di kawasan lain di negeri Sabah, khususnya supaya perjuangan itu tidakkan menjadi satu perjuangan sia-sia pada kita.

"Apabila kita memasuki satu gelanggang, sudah pastinya kita mau kemenangan dan kemenangan itu kita memerlukan satu strategi yang cukup mantap. Saya fikir untuk menentang BN bukanlah semudah itu tapi kami juga yakin bahawa rakyat yang akan menentukan masa depan kami dan juga perjuangan kami. Tidak semestinya, kerajaan memperolehi kelebihan dalam apa-apa juga walaupun mereka mempunyai pelbagai peralatan dan sebagainya.

"Tapi saya yakin kami percaya bahawa rakyat Sabah khususnya telahpun awal-awal lagi menunjukkan mereka memerlukan perubahan terutama sekali kepimpinan di negeri Sabah.

"Saya tak ingin elaborate untuk hari ini. Cuma dalam ucapan saya nanti pada 29 haribulan, sudah tentu ada pelbagai perkara yang saya harus kupas dan saya harus elaborate supaya rakyat Sabah faham apa sebenarnya hala tuju dan perjuangan kami untuk membawa perubahan kepada negeri Sabah dan rakyat negeri Sabah.

Boleh Datuk ulas perjumpaan dengan Datuk Nik Aziz di Kota Baru semalam?

"Itu sebenarnya satu pertemuan secara official. Saya mewakili Kementerian untuk memberi taklimat kepada Tok Guru mengenai dengan penswastaan sisa pepejal, tapi maklumlah orang politik, bila saya jumpa dengan beliau, ditafsirkan sebagai perbincangan politik.

"Saya tak nafikan ada perbincangan politik selepas taklimat yang dibuat oleh pegawai saya kepada beliau mengenai beliau dapat memperakukan dan mempercepatkan penerimaan negeri Kelantan kepada usaha kerajaan pusat utk menswastakan sistem dan juga pungutan sisa pepejal di peringkat negeri Kelantan.

"Tapi nampak dalam apa nama laporan itu, seolah-olah saya datang adalah untuk berbincang soal politik, tapi sebenarnya membincangkan soal penswastaan sistem sisa pepejal bagi pihak Kementerian.

"Walaupun saya dilemparkan dengan pelbagai kontroversi tapi sebagaimana saya maklumkan kepada pihak akhbar, saya akan terus menjalankan tugas saya sebagai Timbalan Menteri selagi saya tidak dipecat atau selagi saya tidak berhenti. Jadi kelmarin itu tugas saya sebagai Timbalan Menteri mewakili Kerajaan Persekutuan.

Pemimpin UMNO minta anda perjelaskan kedudukan sebenar?

"Saya akan jelaskan pada 29 Julai. Kalau penjelasan, saya telah jelaskan dengan YAB PM saya telah bertemu dengan YAB PM sejak 20 Disember 2011 sudah 4 kali, TPM pun sudah saya jumpa.

"Saya jelaskan, kenapa, why, tapi nampak saya mungkin tidak mendapat respon yang boleh memberangsangkan kepada rakyat Sabah. Jadi itu sebab saya tidak bertindak terburu-buru untuk apa nama mengambil keputusan tetapi saya memaklum membuat laporan dan ssebagainya untuk penambah baikan bagi UMNO dan BN di Sabah tapi nampak dipandang ringan dan enteng, tiada apa-apa respon dari pimpinan, dan bukan saja saya, ramai di kalangan pemimpin BN juga di Sabah yang tidak puas hati dengan cara gaya kepimpinan di peringkat negeri.

"Jadi ini sudahpun dimaklumkan kepada YAB PM, Presiden UMNO & Pengerusi BN, saya juga maklumkan kepada YAB TPM dan juga Timbalan Pengerusi BN & Menteri-menteri Kanan di KL.

"Semua orang tau, tapi dalam pengertian saya kemungkinan ini laporan kami tak betul atau palsu. Jadi kalau saya laporan itu tak diterima oleh pimpinan, maka apa jalan saya, jalan keluar ialah mungkin saya tidak perlu berada dalam satu kelompok seperti ini.

"Saya bersedia dengan semua aspek, dari segi fizikal mental dan sebagainya, ini orang politik memang begitulah.

(NOTA : Bunyi macam orang yang berhutang judi kini main judi yang lebih besar untuk selesaikan judi dan mahu terus berjudi dan rugi lagi banyak-banyak.)

8 comments:

  1. perjumpaan Lajim dan Nik Aziz bukanlah perjumpaan politik.

    ReplyDelete
  2. pada 29hb nnti, kita tgk apa yang Lajim akan umumkan.

    ReplyDelete
  3. Lajim jangan menafikan jika perkara tu benar. harap beliau tetapkan pendirian dan menjawab segala spekulasi yang muncul kebelakangan ni.

    ReplyDelete
  4. Lajim sudah pun buat keputusan untuk keluar dari BN.

    ReplyDelete
  5. Kita lihat saja nanti apa yang Datuk Lajim akan lakukan selepas ini.

    ReplyDelete
  6. Kelemahan mula kelihatan terhadap Datuk Lajim. Jika kita lihat sebelum ini kenapa Datuk Lajim menyertai UMNO, semua itu terjawab kerana Anwar memberikan janji semasa dia menjadi TPM sebelum ini. Dan begitu juga sekarang yang mana Anwar menjanjikan akan memberikan Kerusi Ketua Menteri jika PR menang.

    ReplyDelete
  7. Ini mungkin ada kelemahan di pihak Kerajaan persekutuan juga yang tidak melaksanakan tanggungjawab sebaiknya.

    ReplyDelete