Monday 9 July 2012

PAS TINJAU KEGAGALAN BN DI SABAH




Oleh : MOHD FIRDAUS M NOOR

KENINGAU: Kegagalan Perdana Menteri, Datuk seri Najib Tun Razak untuk melawat ke beberapa sekolah daif di seluruh daerah ini telah menarik perhatian PAS untuk mendekati sekaligus merasai keadaan dan kedaifan yang digembar-gemburkan seperti mana yang telah didedahkan oleh media internet terutama Facebook sejak beberapa bulan lalu.

Justeru, rombongan yang diketuai Ketua Penerangan PAS Malaysia, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah sempat meninjau serta melihat beberapa buah sekolah yang dikatakan bermasalah dari sudut binaan struktur, kekurangan infrastruktur dan keadaan yang usang yang membahayakan keselamatan pelajar.

Antara sekolah yang ditinjau ialah Sekolah Kebangsaan Tuarid Taud yang hanya 5 kilometer dari Pekan Keningau.

Keadaan pondok pengawal yang usang, bangunan yang membahayakan keselamatan serta keadaan yang daif menarik minat beliau bersama rombongan yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Malaysia (DHPP), N. Balasubramaniam; Ketua Penerangan PAS Sabah, Hisammuddin Sulaiman; Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu dan beberapa rombongan lain.

Menurut Datuk Tuan Ibrahim, pihaknya seakan tidak percaya apabila dikatakan harga yang mencecah RM 170,000 untuk satu bangunan berukuran 20 x 20 kaki itu yang akan menempatkan pelajar seramai 30 orang dalam satu kelas.

"Apakah benar kelas sekecil ini bernilai RM170,000 sebagaimana yg dihebahkan," soal Tuan Ibrahim.

Ada juga kelas sementara yang dibina hasil sumbangan ikhlas guru guru dan inisiatif Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan. Ia dibina untuk menyelesaikan masalah pelajar yang belajar di bawah khemah.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Sabah, Hisammuddin Sulaiman turut menyelar sikap pemimpin Kerajaan Sabah yang gagal memberikan komitmen dengan kehadiran Perdana Menteri ke Keningau bulan lalu.

“Ini salah satu tempat yang gagal untuk Najib dan pemimpin BN Sabah lain lawati. Ada banyak lagi kawasan-kawasan daif yang ada didaerah ini dan juga Pensiangan.

“Dan, kita akan dedahkan satu persatu,” ujar beliau yang juga Yang DiPertua PAS Pensiangan.

Terdahulu, Datuk Tuan Ibrahim turut dibawa melewati beberapa jalan utama di Sook, Pensiangan yang menghubungkan beberapa buah kampung antaranya Kg. Sinulihan Baru, Kg. Batu Luguyan, Kg. Mansiat dan sebagainya.

28 comments:

  1. PAS cuba mempengaruhi rakyat untuk menyokong PR pada pru13 nanti sedangkan di negeri2 di bawah pentadbiran pembangkang di SM juga pasti menghadapi keadaan yang serupa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. I doubt their credibility in making Sabah as prosperous like now.

      Delete
    2. Memang pun. Diorang ni pandai saja lebarkan sayap pemikiran konservatif.

      Delete
    3. Bukan mudah untuk menerima PAS di Sabah sedangkan BN juag berusaha dengan baik untuk menjafi Sabah sebuah negeri yang maju.

      Delete
    4. Asalkan ikhlas, ada juga rakyat akan memberi sokongan.

      Delete
  2. w/apa pun yang PAS lakukan, rakyat Sabah tetap akan menolak PAS...PAS adalah tidak relevan di sabah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih baik tumpukan pada Kelantan. nanti yang dikendong pun berciciran.

      Delete
    2. parti yang berasaskan agama tidak sesuai di Sabah.

      Delete
  3. PAS is not welcomed in Sabah, noted with peace please.

    ReplyDelete
  4. Saya pasti PAS hanya pandai berlakon mcm PKR dan DAP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS tidak akan berjaya di Sabah, kehadiran mereka di Sabah hanya untuk memeriahkan PRU sahaja..

      Delete
  5. PAS kena perbaiki kegagalan mereka di Kelantan terlebih dahulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelantan akan menjadi deposit untuk PAS.

      Delete
  6. Parti pembangkang harus kerjasama.

    ReplyDelete
  7. Teruskan usaha, asalkan positif terhadap rakyat, pasti rakyat memberi peluang.

    ReplyDelete
  8. Susah untuk meramal hati rakyat sama ada masih kekal bersama BN atau melompat parti. Entah-entah memberi sokongan kepada pembangkang.

    ReplyDelete
  9. PAS should concentrate in Kelantan.

    ReplyDelete
  10. Lebih baik PAS kerjasama dengan parti lain, berkemungkinan menghasilkan sesuatu yang positif.

    ReplyDelete
  11. I can see BN indeed stronger in Sabah.

    ReplyDelete
  12. PAS tinjau kegagalan Sabah... Kemajuan tidak pula di tinjau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perlu adil la ba. yang gagal saja yang ditengok. Yang maju tidak mahu tinjau.

      Delete
  13. Bukan PAS saja malahan banyak lagi parti pembangkang sekarang ini cuba mencari kelemahan BN di Sabah terutama sekali dikawasan pendalaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau soal mencari kesalahan pihak lawan, mereka paling pakar.. tapi untuk menyelesaikan masalah, merekalah yang paling lembab..

      Delete
  14. Semoga isu yang hangat di Sabah ini akan dapat diselesaikan dan disuarakan oleh pemimpin Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah2an ada penyelesain untuk masalah ni.

      Delete
  15. rajin pula pemimpin2 PAS tinjau kedaifan di Sabah.. kenapa tidak tinjau kedaifan di Kelantan?? kenapa tidak tinjau rungutan rakyat di kedah setelah kerajaan PAS Kedah memusnahkan madrasah di negeri itu semata2 untuk memberi laluan kepada pembinaan kompleks membeli belah?

    ReplyDelete
  16. bagaimana dengan masalah air bersih di kelantan? sudah selesai ka? masih lagi dengan perancangan sebelum ini yang mana masalah air itu hanya akan diselesaikan menjelang 2027??

    ReplyDelete