Tuesday 24 July 2012

PASTIKAN PROJEK KECIL CAPAI MATLAMAT




              
1MALAYSIA.....Dato Sri Nasir (tiga kiri) menyampaikan Surat Tawaran Kerja kepada salah seorang penerima projek Khas Adun di pejabat Dun Senallang, Semporna yang membuat gimik '1Malaysia' ketika menerima perintah kerja.

Oleh : ARSHAD HUSSIN

SEMPORNA: Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Dato Sri Nasir Tun Sakaran mengingatkan penerima-penerima Surat Tawaran Projek Peruntukan Khas Adun melaksana projek yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab serta menyiapkannya seperti yang dijadualkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Nasir menjelaskan, kerajaan Barisan Nasional sentiasa prihatin menyediakan pelbagai prasarana dan pembangunan untuk kemudahan rakyat namun,tanpa kerjasama semua pihak terutamanya pelaksana projek yang tidak melaksanakan tanggungjawab dengan jujur dan amanah ianya tidak akan dapat mencapai matlamat yang disasarkan.

Dato Sri Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Senallang berkata demikian sempena majlis penyampaian Surat Tawaran Projek Bantuan Khas Adun kepada lebih 30 orang Wanita dan surirumah termasuk ahli puteri. Projek-projek itu melibatkan projek pembaikan rumah, jambatan, surau dan jalan-jalan kampung.

Hadir sama sempena majlis itu Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat Dun Senallang, Haji Tahir Amir; Ketua Daerah Semporna, OKK Haji Musa Sabaani; Pegawai Kemajuan Masyarakat Dun Senallang, Roslan Jalaludin dan Pegawai Perhubungan Dun Senallang, Haji Zainal Jalaludin.

Nasir berkata, sejak Barisan Nasional (BN) memerintah negeri ini telah banyak pembangunan disalurkan ke kawasan-kawasan luar bandar termasuklah pembangunan infrastruktur, kemudahan asas serta prasarana pendidikan; kesihatan; keselamatan di samping pelbagai bantuan untuk rakyat golongan miskin yakni PPRT/KIRT.

Sehubungan itu rakyat hendaklah bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan yang selama ini benar-benar berjuang membela nasib rakyat sambil mengubah sikap dan membuka minda memanfaatkan bantuan yang diberikan kerajaan sebagai batu asas melonjakkan tahap kehidupan yang lebih baik dengan terus berusaha meningkatkan ekonomi keluarga untuk membebaskan diri daripada belenggu kemiskinan.


6 comments:

  1. apap2 projek walaupun kecil kena dilaksakan dgn baik dan jayanya.

    ReplyDelete
  2. Dari projek kecil inilah kontraktor dapat penilaian awal. kalau projek kecilpun tidak dapat laksanakan dengan baik, apa lagilah projek yang besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Projek kecil akan menjadi masalah besar sekiranya rakyat tidak puas hati

      Delete
  3. Biar pun kecil tapi perlu capai objektif projek

    ReplyDelete
  4. Walaupun projek yang diberikan itu kecil dan tidak begitu menguntungkan tapi sebaiknya laksanakan sepenuhnya amanah yang diberikan itu.

    ReplyDelete