Tuesday 3 July 2012

PEMBANGKANG PAKAR SANDIWARA POLITIK




Oleh: RIDZAL ABDULLAH

LAHAD DATU : Rakyat di negeri ini digesa agar tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang hanya bijak mengaburi mata dengan menimbulkan pelbagai isu yang diputarbelitkan.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur menasihatkan agar rakyat menjauhi program ceramah yang dianjurkan oleh pihak pembangkang yang penuh dengan sandiwara politik.

“Unsur politik kotor parti pembangkang di Semenanjung Malaysia seperti PKR sudah cuba-cuba untuk masuk ke Sabah dan mereka sebenarnya adalah jaguh menghasut dan mengelirukan rakyat untuk menggugat kestabilan politik di negeri ini,” katanya semasa dalam Majlis Perbincangan Isu Semasa di Mukim Sepagaya.

Menurut beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Silam, ada pihak daripada pembangkang yang datang ke daerah ini dan membuat ceramah dengan bermodalkan isu seperti perjanjian 20 perkara tetapi dengan menggunakan fakta yang diputar belit.

“Tapi malangnya sambutan rakyat terhadap kedatangan mereka ini amat mendukacitakan kerana tidak mendapat sambutan daripada rakyat daerah ini. Syukurlah rakyat di sini bijak memilih jalan, kerana pihak mereka ini hanya ingin mengelirukan rakyat dengan membahaskan pelbagai isu yang tidak relevan lagi pada masa kini,” katanya.

Beliau berharap agar rakyat kini dapat menilai ‘kaca atau permata’ kerana beliau yakin rakyat sentiasa memberi sokongan kepada pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah selama ini dengan rekod yang sangat cemerlang.

Majlis yang dihadiri oleh Ketua-Ketua Cawangan Umno, Ketua Kampung Dan Pengerusi JKKK itu juga turut disertai oleh penduduk daripada kawasan mukim Sepagaya.

Seramai 62 orang terdiri daripada Orang Kelainan Upaya (OKU) dan warga emas telah menerima sumbangan peribadi daripada Nasrun dalam majlis tersebut.

Dalam pada itu, Nasrun yang juga Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Silam, telah mengumumkan dan meluluskan peruntukan berjumlah RM30,000 bagi membaik pulih Masjid Nurul Umam dan Masjid Al-Ikhlas yang kedua-duanya terletak di mukim Sepagaya.

Hadir sama, Pegawai Pembangunan Masyarakat Lahad Datu yang juga Pemaju Mukim Sepagaya, Amat Paduka Kawoh; AJK Umno Bahagian Silam, Arman Angkut; Ketua Daerah Lahad Datu, Sulaiman Atok dan Penyelia Masyarakat Lahad Datu, Saidin Seperudin .

19 comments:

  1. I'm sure the people knew how to view these efforts to influence the voter's support and confidence.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. May the best man win during the next general elections, hopefully the people will vote wisely.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. pembangkang mmg byk sandiwara, dan rakyat harus bijak dan jgn mudah terpengaruh.

    ReplyDelete
  4. Parti yang guna taktik kotor untuk menang memang tidak akan kekal lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rakyat dah tau teknik pembangkang..

      Delete
    2. Rakyat sendiri akan tentukan jatuh bangunnya pemimpin mahupun parti.

      Delete
  5. Tidak dinafikan lagi jika apa yang dikatakan itu. Pembangkang sememangnya kerap memainkan isu untuk lakonan politik mereka semata-mata.

    ReplyDelete
  6. Pembangkang sepatutnya menjadi pelengkap kepada kerajaan di negara ni untuk memenuhi keperluan rakyat dan pembangunan negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nilai la sebaik mungkin supaya tidak mudah terpedaya

      Delete
    2. peranan pembangkang negara ini telah lama menyimpang.. yang buruk atau baik, semua dia bantah.. semua pembangunan kerajaan juga dia bantah sedangkan mereka juga tidaklah mahir sangat dalam membangunakan negara..

      Delete
  7. Pembangkang pakar sandiwara

    ReplyDelete
  8. kalau tidak mahu rakyat dihasut oleh pembangkang, cepat2 la tampil bagi penjelasan setiap kali ada isu yang dibangkitkan oleh pemimpin2 pembangkang..

    ReplyDelete
  9. tapi kadang2 tu ada isu2 yang dibangkitkan oleh pembangkang tidak perlu di perjelaskan.. penipuan mereka dengan sendirinya terbongkar..

    ReplyDelete
  10. The opposition is devoid of ideas and are only playing up on the sentiment of the people in Sabah by raising issues that are already part of the struggle of the Barisan Nasional (BN) parties, said Science, Technology and Innovation Minister Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

    ReplyDelete
  11. Ongkili said the rights of the people were important but “have always been championed by the Barisan Nasional parties especially Parti Bersatu Sabah (PBS) as the basis of our existence as a political party”.

    ReplyDelete
  12. He also said PBS would not compromise on what is important to the people, including on the 20-point memorandum to safeguard the interests, rights and autonomy of the people of Sabah during the formation of Malaysia.

    ReplyDelete
  13. The opposition was clueless as to what they wanted to do for the country whereas the BN was clear in its goals and strategies as “being championed under the leadership of the Prime Minister to set the direction for the country’s growth as a developed nation.

    ReplyDelete
  14. The transformation programmes are real and concrete steps and the adoption of the strategies is the way forward for the country. On the contrary the opposition are harping on old issues.

    ReplyDelete
  15. Until now they have not unveiled anything especially for Sabah and Sarawak and they are only talking about rights and to stir the sentiment of the people.

    ReplyDelete