Thursday 19 July 2012

PEMUDA PAS ALUKAN LAJIM SERTAI PAS




BEAUFORT: PAS bersedia menerima kemasukan orang ramai termasuk tokoh masyarakat dan politik untuk menjadi parti tanpa mengira latar belakang dan kedudukan seseorang.

Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu berkata, PAS sudah menunjukkan keterbukaan dengan menerima kemasukan sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai parti tersebut tanpa sebarang halangan dan latar belakang.

“PAS sudah banyak pengalaman yang dilalui. PAS juga menerima pelbagai latar sama ada doctor, peguam, professional malah orang kampung yang tidak berpendidikan pun PAS terima kalau dia mahu jadi ahli.

“PAS tidak pernah halang kemasukan mereka”, ujar beliau.

PAS katanya, turut menyambut baik dan mengalu-alukan tindakan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin untuk menyertai PAS sekiranya beliau dipecat oleh Umno.

“PAS mengalu-alukan tindakan beliau untuk bersama perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat.

“Beliau (Lajim) sudah pun mengakui bahawa Pakatan Rakyat mampu melakukan perubahan dan memperbetulkan apa yang diseleweng Umno. Ini kata beliau, dan PAS amat berterima kasih terhadap pandangan beliau ini,” katanya.

Beliau diminta mengulas terhadap kenyataan Datuk Seri Lajim dalam sebuah akhbar tempatan Daily Express kelmarin yang tidak kisah dipecat oleh Umno serta bersedia menyertai sama ada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS atau DAP berdasarkan kehendak para penyokongnya.

Katanya Lahirul, pimpinan Umno dan rakyat di negeri Sabah sebenarnya tidak perlu gusar dan takut-takut untuk menyatakan pendirian mereka terhadap Umno kerana parti tersebut sudah tidak mampu mengubah dan berubah apa-apa yang sepatutnya dimiliki oleh negeri ini.

“Apa yang ada dalam Umno kini hanyalah rasuah, kronisme, putar belit dan sebagainya.

“Kenapa perlu dipertahankan Umno dan Barisan Nasional lagi,  seandainya ada Pakatan Rakyat yang mampu mengubah landskap politik dan kehidupan rakyat Sabah.?” Jelas Lahirul.

22 comments:

  1. selain PKR,SAPP dan Star, rupanya PAS pun berminat dgn Lajim.

    ReplyDelete
  2. Lajim mengatakan sedia dipecat. jika Lajim ada niat nak keluar UMNO, baik keluar saja tak perlu tunggu dipecat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa pula sehingga dipecat, imej juga akan digugat.

      Delete
  3. Lajim sememangnya mempunyai niat untuk keluar dari UMNO. sebaiknya beliau tetapkan pendirian samada untuk tetap bersama UMNO atau terus keluar.

    ReplyDelete
  4. PAS mahu lawan bosnya dalam PR, iaitu PKR untuk menarik lajim masuk dalam parti mereka.

    ReplyDelete
  5. rakyat sabah tidak perlukan PAS...rasanya PAS pun sedar bahawa PAS adalah sebuah parti pembangkang yang lemah di sabah dan menumpang publisiti daripada sekutunya dalam PR untuk bertahan...

    ReplyDelete
  6. biarlah Lajim sendiri yang menyatakan pendiriannya samada kekal dengan BN atau menyertai pihak lawan

    ReplyDelete
  7. atau meletak jawatan/bersara dan memberi laluan kepada generasi muda untuk memimpin Sabah...

    ReplyDelete
  8. mungkin ramai sangat yang berangan2 untuk mengambil-alih tempat beliau

    ReplyDelete
  9. itu sebab ada saja spekulasi yang mengatakan beliau ingin menyertai parti dari pihak lawan

    ReplyDelete
  10. ini tentu cara pihak tertentu untuk mengelirukan fikiran rakyat

    ReplyDelete
  11. belum tentu lagi Lajim sudi untuk masuk pas.

    ReplyDelete
  12. tunggu dan lihat sajalah apa perkembangannya nanti.

    ReplyDelete
  13. I thought Pakatan is the one who want lajim?

    ReplyDelete
  14. Lajim harus menentukannya secepat mungkin/.

    ReplyDelete
  15. Terbukti Lajim akan keljuar dari BN. Cuma masih tiada pengesahan sah dari beliau sahaja.

    ReplyDelete
  16. Doesn't feel like Lajim has bring great impact in politic?

    ReplyDelete
  17. Keluar atau tidak rasanya semua itu akan terjawap sendiri nanti oleh beliau. Kita tunggu saja mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  18. PAS pun nampaknya berminat dengan Datuk Lajim untuk menyertai mereka. Tapi Datuk Lajim ada pilihan sendiri mengenai perkara ini. beliau tahu mana yang terbaik untuknya.

    ReplyDelete
  19. PAS akan kalah teruk di Sabah, Lajim tidak akan masuk PAS

    ReplyDelete
  20. Lambat laun Lajim akan buat keputusan juga.

    ReplyDelete