Monday 9 July 2012

PEMUDA UMNO DISARAN KETEPI POLITIK SUKUAN




KOTA BELUD: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said, mengingatkan pimpinan Pemuda parti itu supaya mengenepikan politik sukuan dalam parti.

Katanya, ini penting bagi keutuhan parti kerana Umno adalah parti untuk semua Bumiputera tanpa mengira suku dan agama.

"Setiap ahli berhak dan layak menjadi pemimpin. Umno mengamalkan politik akomodatif dan semua kaum diberi peranan," katanya berucap merasmikan persidangan Pergerakan Pemuda Umno Kota Belud di Dewan Masyarakat di sini hari ini.

Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Belud berkata, sebagai generasi pelapis kepemimpinan parti, Pemuda mesti menyerlahkan kekuatan dan perpaduan.

Untuk itu, katanya, Pemuda Umno mesti mendekati golongan belia remaja, termasuk pengundi yang baru kali pertama mengundi (first time voter).

"Pemuda jangan syok sendiri, tapi harus bekerja kuat, termasuk mempengaruhi golongan atas pagar dan memberi penerangan kepada mereka secara berhemah," katanya.

Selain itu, beliau turut mengingatkan Pemuda supaya mendekati semua golongan, bukan memilih atau membentuk kumpulan-kumpulan.

"Kita jauhi amalan suka kelompok sesama sendiri, kedai kopi kelompok, di padang kelompok, sebaliknya harus menerobos jauh dan mempengaruhi golongan muda dengan jentera yang ada selain dari Umno sendiri," katanya.

Mengenai kemakmuran yang dibawa Umno di Sabah, Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah berkata tidak boleh dinafikan bahawa negeri ini telah menerima nikmat pembangunan hasil daripada perjuangan parti.

Namun begitu, katanya, masih banyak lagi yang perlu diperjuangkan dan semua ahli parti perlu bersatu untuk mencapai impian itu.

7 comments:

  1. jgnlah ada puak dan suku dalam parti, semua kena bersatu.

    ReplyDelete
  2. untuk menjadi negara yang harmoni kena bersatu. begitu juga dalam parti.

    ReplyDelete
  3. Kerjasama dan perpaduan di kalangan ahli BN diperlukan dalam parti.

    ReplyDelete
  4. Betul..Apa yang pemuda UMNO perlu lakukan sekarang ini adalah memastikan kepentingan dan menepis pelbagai permainan yang direka oleh pembangkang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan dalam masa yang sama sentiasa mengetengahkan kepentingan belia2 muda Sabahan..

      Delete
  5. nasihat ini jangan hanya ditujukan kepada pemimpin pemuda.. nasihatkan juga pemimpin umno dan para vateren2 umno yang lain..

    ReplyDelete