Tuesday 17 July 2012

PENDUDUK TONGOD MAHU PERUBAHAN




DJ....Ke mana Masiung Banah (kiri) membawa diri jika penduduk Tongoh mahukan Nurfaizah? Mungkinkah beliau akan menjadi wira rakyat seperti Bumburing yang bakal digantikan Madisu Tangau?
 

TONGOD: Kebanyakan penduduk daripada beberapa kampung dalam daerah Tongod mahukan perubahan serta muka baru untuk menjadi wakil rakyat mereka pada sesi lima tahun akan datang.

Kesemua mereka yang terdiri dari kalangan pelajar sekolah, remaja dan warga emas berkata demikian kepada New Sabah Times yang membuat liputan pada majlis suai-kenal dan amal yang berlangsung di Balai Raya Kampung Entilibon dekat sini pada 14 Julai lalu.

Kira-kira 3,000 orang menghadiri majlis suai kenal dan amal itu.

Beberapa orang kuat dari parti pembangkang yang hadir pada majlis sehari itu juga turut memberi komen serupa.

Ketua Cawangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kampung Minusuh, Liven Sigil, 50, berkata pemimpin kawasan Kuamut yang dipilih oleh rakyat pada Pilihanraya Umum (PRU) Ke-12 tidak membela nasib rakyat kawasan itu seperti yang diharapkan.

“Penduduk kampung tidak dapat menyuarakan masalah yang dihadapi kerana pemimpin yang ada sekarang iaitu Masiung Banah susah untuk dihubungi dan beliau hanya hadir pada majlis yang tertentu sahaja,” kata Liven.

Liven berkata penduduk kampung mahu seorang pemimpin yang bertanggungjawab, selalu turun padang untuk mengambil tahu masalah rakyat dan mengambil tindakan susulan.

“Walaupun saya dan pengikut saya daripada parti PKR, kami menyokong 100 peratus dan akan memastikan kemenangan sekiranya presiden parti Upko Tan Sri Bernard Dompok dan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Upko mencalonkan Norfaizah Chua sebagai calon bertanding pada PRU Ke-13 ini,” kata Levin.

Levin berkata walaupun Norfaizah Chua belum dinamakan sebagai bakal calon Upko bertanding pada PRU akan datang, beliau (Norfaizah) telah mengadakan majlis suai kenal dan amal terhadap penduduk di kesemua kampung dalam kawasan Kuamut sejak beberapa tahun lalu.

Selain Levin, empat orang penduduk kampung, Rickly Amai, 38, Ridhwan Hamid, 28, Asing Menggama, 42, dan Rokin Inggo, 47, berkata Norfaizah mempunyai ciri-ciri sebagai seorang pemimpin yang berkaliber dan perihatin dengan masalah penduduk kampung.

“Kami perhatikan sejak beliau menganjurkan pelbagai majlis amal di kampung-kampung dalam kawasan Kuamut bukan untuk melobi tetapi memberi bantuan secara ikhlas yang termampu kerana majlis yang diadakan hanya menjurus kepada kesejahteraan rakyat tempatan,” kata mereka.

Mereka berkata sekiranya Norfaizah Chua diberi peluang sebagai calon pada PRU-13, dan membuktikan bakat yang sedia ada, dan akan memberi kemenangan kepada Norfaizah.

Mereka berkata Norfaizah merupakan adik bongsu kepada wakil rakyat pertama kawasan Kuamut iaitu Allayarham Datuk Haji Abdul Malek Chua.

“Norfaizah serta suami beliau merupakan ahli perniagaan yang berjaya dan dikenali serta disenangi oleh penduduk kampung kawasan Kuamut, Norfaizah sudah terdedah dengan arena politik tempatan daripada Allayarham abangnya dan faham tugas sebagai seorang pemimpin,” kata mereka.

Mereka berkata dari pergaulan dan percakapan Norfaizah jelas menunjukkan beliau akan mendokong cita-cita kerajaan untuk memajukan dan meningkatkan kehidupan dan pendapatan rakyat tempatan dan mencapai Wawasan 2020.

“Kami sudah lama mengharapkan seorang pemimpin yang berjiwa rakayat seperti Norfaizah setelah pemergian abang beliau, walupun dia seorang wanita, kerana pada masa kini banyak wakil rakyat wanita yang mampu bersaing dengan kaum lelaki,” kata mereka. (ST)

18 comments:

  1. Bagus juga jika ada muka baru pada PRu13 ni.

    ReplyDelete
  2. bgs jg ada muka baru, ada jg idea baru..

    ReplyDelete
  3. kalau majoriti menyuarakan untuk mencalonkan Norfaizah, itulah yang akan mereka undi PRU nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I think the people's feedback should be taken into consideration when appointing candidates.

      http://sabah-go-green.blogspot.com/

      Delete
  4. Semoga penduduk akan mendapat wakil rakyat yang benar2 dapat menjaga kepentingan mereka dan yang sanggup untuk turun padang.

    ReplyDelete
  5. It's good to give chances to new people to contest as candidates during the next general elections.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Setiap tempat pun inginkan perubahan. Jadi kita harap kerajaan akan melakukan yang terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih banyak tempat lagi di Sabah yang memerlukan perubahan.

      Delete
  7. Kerajaan sentiasa berusaha untuk mengubah Sabah untuk ke arah yang lebih positif lagi.

    ReplyDelete
  8. kadang2 susah juga ba mau trust dengan politik ni.. lain la kalau kita penduduk di kawasan itu, barulah tau macam mana pemimpin itu dan pemimpin ini..

    ReplyDelete
  9. tidak ada yang mustahil dalam politik.. kalau ada tuduhan konon orang itu dibayar untuk menaikkan nama2 calon tertentu, tidak mustahil juga ba kan..

    ReplyDelete
  10. SABAH plans to implement more land development projects under a scheme in the interior as part of a concerted effort to eradicate poverty.

    ReplyDelete
  11. Chief Minister Datuk Seri Musa Aman said the land schemes in Kalabakan and Tongod had proved to be successful with the 1,167 hardcore poor involved receiving a monthly dividend of RM400 each.

    ReplyDelete
  12. Developed through a joint venture between the participants and state-owned Sawit Kinabalu Bhd, the land schemes in Kalabakan and Tongod were implemented three years ago.

    ReplyDelete
  13. "The state government is committed to completely eradicate poverty in Sabah," he said after visiting the public housing project flats at Sungai Manila.

    ReplyDelete
  14. The scheme, which is under the Hardcore Poor Poverty Eradication Programme (PPRT), will be similar to the ones in Kalabakan in Tawau and Tongod in Telupid.

    ReplyDelete
  15. Earlier, Musa, who is also the state Barisan Nasional chairman, met with the Umno branch chairman for the Sungai Sibuga state constituency.

    ReplyDelete
  16. Musa was optimistic that with the prevailing unity and cooperation among party officials at the grassroots level, the BN should have no problem obtaining a resounding victory in the coming general election.

    ReplyDelete