Oleh : IDA LIM
KUALA LUMPUR : Walaupun
politik perkauman masih lagi menjadi sebahagian daripada lanskap politik
Malaysia, pengundi telah menjadi semakin matang dan mula mengundi diluar garis
etnik dan identiti, kata penganalisis politik.
Ini adalah respon kepada
kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengatakan
mengenai trend pengundian berasaskan etnik yang akan berleluasa pada PRU 13
akan datang.
"Bukan isu perkauman
tetapi isu seperti ekonomi, keadilan, media alternatif, rasuah dan anak muda,
kata Datuk Dr. Mohammad Agus Yusof.
Merujuk kepada isu universal
yang melangkaui batas etnik, Agus berkata kedua-dua pihak akan menghadapi
cabaran dalam memenangi sokongan daripada pengundi Malaysia.
Faisal Hazis, ahli sains
politik dari Unimas, berkata "politik perkauman telah lama wujud di
Malaysia" dan ini adalah berpunca daripada "jenis polisi yang
diamalkan oleh parti pemerintah".
"Politik perkauman
ditinggalkan secara perlahan-lahan." kata Faizal dengan menambah
"kemunculan politik baru yang bersifat pelbagai etnik" sepanjang
dekad lalu dan bersetuju bahawa masyarakat sekarang membincangkan lebih banyak
isu berbanding isu etnik.
Wan Saiful Wan Jan dari
IDEAS juga berkata:"Masyarakat sedang mencuba memikirkan siapa yang akan
diundi, dalam proses membuat keputusan, mereka akan melihat isu berbanding
identiti etnik."
Walaubagaimanapun,beliau
sedar tentang "semuanya berdasarkan perkauman. Pada saya, apa yang bakal
jadi semasa mejelang pilihan raya adalah semua parti politik yang berasaskan
perkauman akan memastikan semua isu bertukar jadi isu berlandaskan etnik".
"Satu-satunya cara
mereka wujud adalah berdasarkan pada perjuangan isu berkaitan dengan etnik, ini
adalah apa yang mereka lakukan".
Wan Saiful berkara,
"wujudnya retorik tentang perlunya polisi pelbagai etnik" dari
kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat tetapi mereka masih gagal
untuk mempraktikkan secara realiti.
Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak menggagaskan polisi "1 Malaysia" untuk mengubah imej BN
sebagai satu gabungan parti-parti berasaskan etnik, di mana Umno, MIC dan MCA
adalah parti tunggak.
Pentadbiran Najib sudah
membayangkan beberapa pelan yang akan memberikan manfaat kepada orang ramai
tanpa mengira etnik, seperti voucer pelajar dan pemberian RM500 kepada rakyat
yang berpendapatan rendah di bawah skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).
Ketiga-tiga parti
pembangkang - DAP, PAS dan PKR - berusaha keras untuk menunjukkan pendirian
yang pelbagai kaum.
Wan Saiful kata semua parti
politik "haruslah fokus kepada polisi untuk rakyat MAlaysia secara
keseluruhannya daripada sekadar berlandaskan kumpulan etnik".
Dr. Mahathir pada awal
minggu ini telah mengatakan BN berada dalam keadaan yang lemah setelah
kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dalam pilihan raya MAc 2008 yang
telah memaksa BN untuk memenuhi kehendak semua etnik.
"Dalam negara ini,
sentimen perkauman semakin bertambah berbanding dahulu. Etnik akan menjadi isu
paling utama dalam pilihan raya yang bakal datang. Siapa yang memberi apa,
siapa yang dapat apa, kesemuanya akan berdasarkan perkauman. Apabila kerajaan
menjadi lemah, ia akan memenuhi kehendak permintaan yang tidak akan membawakan
manfaat kepada masyarakat dalam jangka masa panjang", kata beliau.
Pada bulan Mac yang lalu, Tun
Abdullah Ahmad Badawi telah berkata: "Kita selalu mementingkan soal etnik.
Sebab wujudnya kecenderungan parti-parti tertentu untuk mempergunakan isu-isu
seperti ini sebagai satu cara untuk meraih sokongan kepada mereka tetapi ini
telah menimbulkan masalah kepada kita".
No comments:
Post a Comment