Oleh : LISA J. ARIFFIN
PETALING JAYA : Ibarat dalam
satu peperangan hebat apabila seteru politik Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dan
Lim Guan Eng bertemu dalam debat kedua hari ini, dimana kedua-dua pihak saling
menyalahkan satu sama lain mengenai kegagalan polisi parti masing-masing.
Dr. Chua menemplak Guan Eng
dan DAP yang mengatakan DAP adalah parti berbilang kaum tetapi pemimpinnya
hanya berani bertanding di kerusi yang majoritinya pengundi Cina.
“Kenapa tidak kamu
bertanding di kerusi berbilang kaum? Kami jelas sebuah parti mono-etnik,” kata
beliau dalam debat anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) hari
ini.
Tajuk debat adalah “Ahli
politk mana yang lebih menguntungkan negara,” – merupakan debat kedua yang
berlaku dalam beberapa bulan.
“Di negara ini, kita harus
imbangkan keperluan dan sensitiviti rakyat seluruh negara.
Beliau menyalahkan DAP
kerana menghasut masyarakat Cina kononnya mereka (masyarakat Cina) tertindas di
bawah Barisan Nasional (BN). Beliau mengingatkan bahawa kadar kemiskinan
masyarakat Cina adalah terendah berbanding kaum lain di negara ini.
“Peratusan bekerja, tertinggi.
Pemilikan hartanah, tertinggi,” tambah beliau lagi.
“Kita tidak boleh nafikan
dalam perlaksanaan polisi, pasti ada yang dapat lebih dari lain. Ini
menyebabkan masyarakat Cina marah dengan kerajaan dan MCA menerima padahnya.”
Seteru politiknya bagaimanapun
mempersoalkan tentang keperluan untuk memisahkan masyarakat mengikut kaum oleh
BN tetapi memperkenalkan konsep 1Malaysia.
“Mereka kata 1Malaysia, nak
tipu siapa? Mereka mahu pisahkan kita supaya mereka boleh ‘sapu Malaysia’,”kata
Lim sambil disambut dengan sorakkan dari penyokongnya.
“BN akan terus guna isu kaum
untuk takutkan kita sebab mereka sudah tiada isu lain. Jika kita mahu negara
berjaya, beri peluang sama rata dan kita akan lihat potensi kita, kita harus
tolak ekstrimis dari terus menerus memandang rendah pada kaum lain,” tambah
beliau.
Menurut Lim, untuk
mempertahankan keamanan negara, rakyat Malaysia harus bersatu menolak pihak
yang mahu memisahkan rakyat dengan cara mempromosi kebencian kaum.
“Jangan biarkan BN gunakan
isu kaum dan sentimen anti-Melayu hanya kerana mahukan kuasa,” desak Lim.
“Kita hanya boleh makmur
jika bersama. Masa telah tiba untuk tumpukan dalam ekonomi, pekerjaan,
pendidikan dan peluang perniagaan kerana ini adalah indikasi kemakmuran,”
tambah beliau lagi.
Lim turut menyalahkan BN
kerana amalkan rasuah dan kronisme, sambil mengatakan kerajaan tidak boleh
melakukan reformasi untuk tamatkan rasuah.
“Kami tahu jika rasuah
dihapuskan, BN akan mati. Jika kami tidak hapuskan rasuah, Malaysia akan mati.
Pilihan yang ada sangat jelas,” kata Lim.
“Itu sebab kami pilih
‘ubah’, kami mahu hidup dengan merdeka dan bermaruah.”
No comments:
Post a Comment