Wednesday 4 July 2012

PERJANJIAN FILIPINA-MILF AKHIR 2012




KUALA LUMPUR : Kerajaan Filipina optimis dapat mencapai persetujuan dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) menjelang akhir tahun ini untuk membawa keamanan di selatan Filipina.

Duta Filipina ke Malaysia J. Eduardo Malaya berkata rundingan dan perbincangan antara kedua-dua pihak masih berjalan dengan Malaysia sebagai fasilitator.

"Usaha berterusan untuk membawa keamanan kepada selatan Filipina menampakkan kemajuan, malah perbincangan dan rundingan hampir setiap bulan diadakan di Kuala Lumpur.

"Perjanjian dijangka ditandatangan, diharap dalam tahun ini juga dan kedua-dua pihak kini berusaha untuk mencapai matlamat itu," katanya kepada Bernama selepas persembahan oleh kumpulan koir, The Philippine Madrigal Singers, di kedutaan itu di sini.

Kumpulan koir itu akan mengadakan persembahan di Gereja Trinity Methodist Khamis dan Jumaat ini. Semalam kumpulan itu mengadakan persembahan di Festival George Town Festival di Pulau Pinang.

Eduardo berkata majlis menandatangani perjanian antara kedua pihak itu mungkin diadakan di Manila selepas keputusan akhir dibuat. (Bernama)

No comments:

Post a Comment