Monday 16 July 2012

PERKASA DESAK RCI BINCANG HUDUD





Oleh : NOMY NOZWIR

SHAH ALAM :  Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mencadangkan kepada Putrajaya agar menubuhkan Suruhanjaya Di Raja untuk membincangkan hukum hudud.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, polemik timbul semenjak cadangan hudud ditimbulkan di Johor menyebabkan kecelaruan terhadap hukum Islam itu.

"Saya mahu setiap aspek dikaji dari segi agama, undang-undang, ekonomi, dan kita mahu pakar-pakar baik ulamak atau cendikiawan untuk memastikan Hudud ini terlaksana," katanya selepas merasmikan pejabat Perkasa Selangor, malam tadi.

Ibrahim Ali juga berkata, beliau yakin Kelantan akan jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN).

"Apabila Nik Aziz (Datuk) hadir dalam sesuatu perlawanan bolasepak, maka pasukan Kelantan akan kalah, walaupun Kelantan adalah pasukan yang kuat", kata Ibrahim Ali di hadapan penyokongnya.

Sementara itu, Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin berkata bahawa DAP adalah punca perpecahan Melayu dan PAS mengabaikan keluarga mangsa Memali sehinggakan tidak menyalurkan dana walaupun mengutip derma untuk mangsa Memali.

"Apa jadi pada mangsa Memali dahulu, apabila dituntut kutipan derma, mereka (PAS) halau, mereka kata 'kami kutip wang ini, maka ini wang kami.'

"Kalau kebajikan ahli sendiri pun tak dapat dijaga, masakan boleh mereka nak menubuhkan kerajaan berkebajikan.

"Kalau dulu fenomena perpecahan Melayu, imam UMNO tidak sah bagi penyokong PAS, ini apa punya mazhab ni?", kata Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu.

Zulkifli Noordin juga berkata bahawa masyarakat sekarang harus berterima kasih atas kepimpinan bijak pemimpin yang terdahulu kerana mengisytiharkan darurat semasa 13 Mei 1969.

"Kalau tak kerana kerajaan isytihar darurat, kepala Kit Siang di Sungai Kelang, badan di Sungai Gombak,"

Turut hadir ialah Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kassim dan Ketua Perkasa Cawangan Selangor, Abu Bakar Yahya. Kira-kira 200 ahli Perkasa hadir dalam acara perasmian pejabat baru Perkasa di ibu negeri malam ini. (TMI)

No comments:

Post a Comment