Wednesday 25 July 2012

PERLUKAH LOGO HARI KEBANGSAAN DITUKAR?





APA cacatnya Logo Hari Kemerdekaan 2012 yang dipertikaikan pembangkang dan NGO yang Anti Kerajaan? Kami mengalu-alukan komen anda sama ada logo ini perlu ditukarkan atau dikenalkan.

Berikut Maksud Logo berkenaan:

Bendera Malaysia : Merupakan simbol negara Malaysia yang dicintai yang mempamerkan pencapaian cemerlang negara sejak merdeka. Merupakan kebanggaan setiap rakyat Malaysia kerana namanya kini terserlah di persada dunia.

Angka 55 : Melambangkan Kedaulatan Institusi Raja Berpelembagaan dan kedaulatan Negara yang telah dipertahankan sejak 55 Tahun.

Huruf M : Melambangkan perpaduan utuh masyarakat Malaysia yang berusaha mencapai kemajuan (Maju) dan kemakmuran (Makmur) negara sejak dari awal kemerdekaan dicapai.

Tulisan grafik erdeka : Melambangkan keunikan, liku-liku serta cabaran yang dihadapi oleh para pejuang dan pemimpin negara dalam memperjuang dan mempertahankan kemerdekaan serta kedaulatan negara.

Janji Ditepati : Melambangkan kesungguhan dan komitmen kerajaan dalam menunaikan janji kepada rakyat untuk membawa kemakmuran, kemajuan, kehidupan dan peluang ekonomi yang terbaik.

1Malaysia : Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bersatu padu, bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Keterangan Lanjut DI SINI


7 comments:

  1. yang penting adalah semangat kebangsaan dalam diri kita.

    ReplyDelete
  2. Macam berbaur politik ba tema ni.

    ReplyDelete
  3. Ada masa lagi kalau mau tukar.

    ReplyDelete
  4. Apa pun cuba cari penyelesaian mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  5. Kalau ada pihak yang tidak berpuas hati cuba suruh orang itu mereka sendiri logo untuk diperlihatkan.

    ReplyDelete
  6. Kalau tiada maksud politik memang logo tu memang baguslah.

    ReplyDelete