Sunday 8 July 2012

PERPADUAN TUNJANG KEKUATAN BN SILAM




TERIMA....Ketua Bahagian PBS Lahad Datu, Mursid Rais menerima cek sumbangan daripada Umno Silam yang disampaikan oleh Nasrun.

Oleh : RIZAL ABDULLAH

LAHAD DATU : Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional (BN) yang juga Ketua Umno Bahagian Parlimen Silam, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur menyeru parti komponen Barisan Nasional (BN) khususnya di kawasan Silam saling melengkapi dan bersatu padu memastikan jentera BN kukuh menghadapi cabaran menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau berkata perpaduan adalah tunjang utama dalam rumpun BN kerana ianya adalah titik persamaan yang perlu dipelihara dengan rapi.

“Semua parti dalam komponen BN harus saling hormat menghormati, tolong menolong dan sentiasa berhubung untuk berbincang dan menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh pihak masing-masing tanpa sebarang kompromi,” kata beliau semasa menerima kunjungan hormat daripada rombongan Ahli Jawatankuasa Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Lahad Datu di pejabat Umno Bahagian Silam, baru-baru ini.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri itu juga berkata parti PBS adalah antara parti yang penting dalam BN seperti parti-parti komponen yang lain, kerana telah memegang rekod yang sangat cemerlang.

“Perjumpaan bagi parti-parti BN Silam akan diadakan seperti sebelum ini dan ia akan diadakan selepas hari raya aidilfitri tahun ini. Maka saya berharap agar pertemuan tersebut akan menemukan semua dan dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara satu sama lain,” katanya.

Dalam majlis itu juga, beliau turut menyumbangkan RM10,000 daripada Umno Silam untuk kegunaan pejabat dan persiapan jentera PBS Lahad Datu.

Ketua Bahagian PBS Lahad Datu, Mursid Mohd Rais menyifatkan kunjungan hormat ini sebagai satu rahmat dan semangat bagi seluruh ahli PBS kawasan Lahad Datu, sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan baik yang sedia terjalin di antara PBS dan Umno Silam.

“Saya juga ingin menyatakan bagi pihak kami akan menyokong sesiapa sahaja yang dicalonkan oleh pucuk kepimpinan BN di kawasan ini dalam PRU akan datang, dan saya juga ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pemimpin kami (Nasrun) kerana sentiasa mengambil berat dan peka terhadap keperluan dan kebajikan kami,” katanya.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut, Setiausaha Bahagian PBS Lahad Datu, Jaffar Baladan; Setiausaha Kerja BN Silam, Sharifah Sarminah Sharif Saidi; Setiausaha BN Silam, Aljen Johnny dan Ketua Penerangan Umno Silam, Sharif Saidi Sharif Alawi.

12 comments:

  1. All party members should always be united so that they can achieve mutual goals.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. All the best to the competing parties during the next general elections.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. dgn adanya perpaduan baru kita akan kukuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekalkan perpaduan di kalangan ahli BN supaya lebih mantap

      Delete
  4. Elakkan wujud sabotaj sesama anggota dan musuh dalam selimut.

    ReplyDelete
  5. Kerjasama antara ahli BN harus ada dan sentiasa ada.

    ReplyDelete
  6. Betul..Perpaduan itu amatlah penting sekali bagi memastikan parti akan terus kukuh dan mendapat tempat dihati rakyat.

    ReplyDelete
  7. 13 komponen parti dalam BN juga sudah cukup untuk melambangkan perpaduan BN yang sekian lama menjadi tunjang kepada kemenangan parti itu..

    ReplyDelete
  8. The call for unity within the Ruling coalition camp is evident. Back in the land of the Hornbill, the clarion call for all BN component parties must step up their cooperation to improve communication between the people and the leaders.

    ReplyDelete
  9. PBB deputy president Datuk Amar Abang Johari Tun Openg said this culture of working together had always been there from the start and was pleased to see young leaders continue the efforts. Such cooperation has existed since many years ago and he personally had experiences working with other component parties.

    ReplyDelete
  10. He opined that the political landscape nowadays has changed. There is need to explore new directions in order to improve communication between the people and the leaders. He pointed out that the contribution from young leaders was important, especially in the present challenging political environment.

    ReplyDelete
  11. Amar also stressed out that It is important to work together to provide the best service to the people. "We have all the basic ingredients so we need the best chef to prepare the right food. The best chef is always the most experienced and in BN, we provide the chef because we have the experience. " he said.

    ReplyDelete