Oleh : AMIN ISKANDAR
KUALA LUMPUR : Pesara
kerajaan termasuk pegawaitertinggi menyertai PAS kerana parti tersebut
memperjuangkan Islam, kata Naib Presidennya, Salahuddin Ayub.
Menurut Salahuddin, di
Malaysia, hanya PAS yang konsisten memperjuangkan dasar-dasar Islam dan ini
menjadi sebab mengapa ramai pesara kerajaan tertarikuntuk menyertai parti tersebut.
“Islam adalah agama yang
mempunyai keserasian dengan fitrah manusia. Fitrah manusia memihak kepada
kebenaran. Sesiapa sahaja sama ada mereka pesara kerajaan atau bekas polis
mempunyai mempunyai fitrah untuk bersama-sama Islam dan kebenaran,” kata
Salahuddin dalam perbualan telefon bersama The Malaysian Insider sebentar tadi.
Berlakunya trend dalam
politik Malaysia, di mana terdapat kecenderungan bagi pesara-pesara kerajaan
termasuklah pegawai-pegawai tinggi seperti bekas ketua setiausaha kementerian,
bekas duta dan bekas pemimpin anggota keselamatan yang beragama Islam -
menyertai PAS selepas tamat bertugas.
Baru-baru ini, bekas
orangnombor tiga Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari, membuat
kejutan apabila memilih untuk menyertai PAS.
Fauzi menyerahkan boring
keahliannya kepada presiden parti tersebut Datuk Seri Abdul Hadi Awang
dalamsebuah majlis menyambutnya.
“Baguslah dia (Fauzi) sertai
PAS. Lepas ni bolehlah dia ajar PAS tentang undang-undang dan peraturan negara,”
kata Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan ketika diminta mengulas
tentang kemasukkan bekas anggotanya itu ke dalam parti PAS.
Fauzi, yang pernah
berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Penyiasat, kedudukan ketiga tertinggi dalam
pasukan keselamatan tersebut.
Tambah Salahuddin lagi,
bukan sahaja bekas polis, ramai juga pimpinan tentera menyertai PAS menjelang
pilihan raya tahun 2004 dahulu.
“Bekas Ketua Setiausaha
Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr Nik Zain Nik Yusof dan
Datuk Ramli Buyong, Naib Presiden Kanan Felcra Berhad baru-baru ini menyertai
PAS.
“Sebelum ini, bekas duta,
Datuk Yeop Adlan telah lama menyertai PAS,” kata ahli parlimen Kubang Kerian
itu lagi.
Musa Hassan menegaskan
beliau pernah menolak lamaran parti pembangkang dan tidak akan menyertai
politik.
Walaupun pernah dilamar oleh
salah satu parti dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR), bekas KPN itu menolaknya
kerana merasakan lebih baik untuk tidak berada dalam politik.
“Orang seperti saya (bekas KPN)
lebih baik tidak menyertai politik,” kata Musa dalam wawancara ekslusif bersama
TheMalaysian Insider baru-baru ini.
Prof. Datuk Dr. Agus Yusoff
dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), tidak bersetuju jika dikatakan
terdapat trend bekas pengawai tertinggi kerajaan menyertai parti pembangkang
seperti PAS.
“Jika katakan terdapat
trend, itu ‘Over Statement’ ramai pesara-pesara kerajaan termasuk pegawai
tertinggi menyertai Barisan Nasional (BN), cuma tidak di ‘high light’,” kata
pensyarah UKM itu.
Menurut Dr. Agus, kemasukkan
bekas-bekas pegawai tertinggi kerajaanmenyertai PAS membuktikan tidak semua
penjawat awam akan mengundi BN dalam pilihanraya dan mereka adalah 'Silent
Voters' yang lebih merbahaya.
“Jika terdapat polisi atau
dasar kerajaan dibuat dan tidak dipersetujuioleh penjawat-penjawat awam,
mereka-mereka ini akan menjadi ‘silent voters’ yang tidak akan mengundi BN
dalam pilihan raya akan datang.
“Golongan ini (silent
voters) lebih merbahaya kerana kelihatan sepertimenyokong kerajaan dan buat
program untuk kerajaan tetapi mengundi menentangkerajaan,” kata Dr. Agus lagi.
Kemasukkan bekas pegawai-pegawai
kanan kerajaan ke dalam PAS menambahkan lagi kekuatan kepada parti tersebut.
PAS adalah musuh tradisi
Umno zaman berzaman. Ditubuhkan selepas penjajah British mengharamkan pergerakan
Islam Hizbul Muslimin pada tahun 1948.
PAS pernah dipimpin oleh Dr.
Burhanuddin Helmy – tokoh nasionalis yang lebih awal dari Umno dalam menentang
penjajahan. Partinya, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) turut diharamkan
British pada tahun 1948.
Selepas PRU 2008, PAS
menjadi semakin kuat. Perpecahan akibat pertembungan garis pro dan anti
kerajaan perpaduan tidak melemahkan partitersebut.
Pilihan raya umum ke 13
menjadi medan pertembungan antara PAS dan Umnodan kita akan dapat melihat
siapakah yang lebih disokong rakyat, terutamanya bagi orang Melayu.
No comments:
Post a Comment