Tuesday 10 July 2012

PESTA MOGINAKAN MENGAKAR BUDAYA




RASMI… Huguan Siou mendapat ucapan thaniah diatas perasmian Pesta Moginakan dari tetamu yang hadir.

Oleh : ROZIE JUMAT

RANAU : Masyarakat Kadazandusun Murut (KDM) keturunan Nunuk Ragang diseru untuk mempertingkatkan kualiti budaya melalui pencapaian yang dibanggakan bagi mengangkat martabat bangsa itu ke peringkat yang lebih tinggi.

Huguan Siou, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri Sabah, berkata, keturunan Nunuk Ragang kaya dengan budaya yang telah diwariskan oleh nenek moyang dan generasi masa kini diseru untuk meningkatkan lagi mutu kualiti budaya ke arah yang lebih baik.

Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastuktur Sabah berkata demikian di Majlis Perasmian Pesta Moginakan Nunuk Ragang 2012 dan Majlis Ulangtahun ke 28 Pertabalan Huguan Siou II.

“Peringatilah nilai-nilai yang tinggi dalam budaya kita dan sama-sama kita tingkatkan lagi kualiti budaya kita, " ujar Huguan Siou.

Menurutnya, Kolej KDM yang bakal dilaksanakan di Tambunan adalah satu lagi mercu tanda kejayaan masyarakat itu yang mempunyai kedudukan yang baik dan dihormati di negara ini.

Beliau turut mengambil contoh pencapaian seorang pemimpin veteran, Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr.Herman Luping yang disifatkannya sebagai seorang yang tidak pernah berhenti memberi maklumat dan pengetahuan mengenai latarbelakang KDM, termasuk menghasilkan buku dan filem Pangazou yang mengangkat martabat keturunan Nunuk Ragang.

Mengenai Pesta Moginakan itu, Pairin berkata ia adalah satu majlis yang istimewa bagi KDM yang penuh dengan kasih sayang dan memperkukuhkan perpaduan.

“Hari ini adalah hari yang istimewa apatah lagi dengan suku kaum kita yang telah tersebar luas di seluruh pelusuk negeri , kita dapat berjumpa sambil berkenalan dan menambah eratkan lagi persaudaraan yang telah terbina,” kata Pairin yang juga Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA).

Beliau turut berbangga dengan penglibatan generasi muda dalam pesta tersebut yang mengenali asal usul serta mempersembahkan kebudayaan termasuklah satu pidato dalam bahasa Dusun oleh Johan Pidato Bahasa Dusun peringkat Kebangsaan .

“Ini bermakna budaya kita tidak akan hilang begitu sahaja kerana anak-anak muda juga bersama dengan kita menyemai bibit-bibit rasa cinta kepada identiti bangsa sendiri,” kata Pairin.

Oleh itu ujar Pairin, keturunan Nunuk Ragang dimana sahaja berada harus menyedari bahawa Pesta Moginakan adalah salah satu  medan bagi kaum itu memupuk rasa cinta yang mendalam kepada budaya.

“Mungkin kerana kita sering berjumpa makin mendalam rasa cinta pada budaya kita,” kata Pairin.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr.Yee Moh Chai; Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Johnny Mositun; Setiausaha DUN Datuk Bernard Delinting; Setiausaha Agung KDCA Suman Yasambun; Presiden Persatuan Peranakan Sino Sabah, Datuk Johnny Goh dan bahagian-bahagian KDCA dari seluruh negeri.

9 comments:

  1. budaya dan warisan harus kita kekalkan.

    ReplyDelete
  2. Pesta Moginakan, pesta makan2.

    ReplyDelete
  3. Ini pun salah satu penarik pelancong. harap lebih banyak aktiviti dan pesta yang aksn dicadangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. disitulah letaknya peranan industri pelancongan di negeri ini.. berusaha mengekalkan kebudayaan negeri ini sekaligus mengembangkannya keperingkat antarabangsa..

      Delete
  4. Perkenakan budaya yang ada kepada semua.

    ReplyDelete
  5. Setiap budaya dan adat yang terdapat di Sabah ini harus dijaga dan jangan dibiarkan ketinggalan dan dilupakan. Kerana adat budaya adalah khazanah yang berharga.

    ReplyDelete
  6. Sejarah Nunuk Ragang memang besar dan perlu diingati.

    ReplyDelete
  7. Orang2 muda perlu lebih mengetahui kisah Nunuk Ragang untuk mewarisi adat turun temurun.

    ReplyDelete
  8. generasi muda KDM hari ini perlu memikul tanggungjawab ini untuk membawa bangsa KDM setanding dengan bangsa2 maju yang lain..

    ReplyDelete