Oleh : NILUKSI KOSWANAGE DAN
EMILY KAISER
KUALA LUMPUR: Syarikat
Pengeluar Minyak milik negara Malaysia, Petronas menyerlahkan lagi
kekesalannya, dan kali ini dinyatakan pada awal bulan Jun lepas di Persidangan
Gas Dunia.
Ketua Pegawai Eksekutif
Petronas, Shamsul Azhar Abbas ketika berucap dipentas berkata bahawa dasar
kerajaan mengenai subsidi bahan api adalah salah.
Di bawah, bosnya Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sedang duduk di barisan hadapan. Kemudian,
apabila Najib mengambil podium, beliau mengingatkan bahawa subsidi yang di
sumbang Petronas mempunyai 'Objektif Sosio-Ekonomi'.
Beliau menekankan, rakyat
Malaysia membayar kadar elektrik dan petrol yang terendah di Asia. Walaupun
kerajaan telah berikrar untuk merasionalisasikannya.
Kelihatan amat mustahil
untuk berlaku sebelum pilihan raya yang dijangka dalam beberapa bulan lagi.
Kekesalan Petronas
ditegaskan lagi oleh persepsi umum bahawa Perdana Menteri seolah-olah
menggangap Petronas sebagai 'Kantung Bank Peribadi' bagi menyelamatkan
projek-projek kesayangannya, sejak ia ditubuhkan pada tahun 1974.
Temubual dengan
pegawai-pegawai yang terdahulu dan terkini juga pemeriksaan dokumen Petronas,
membangkitkan persoalan: berapakah jumlah sebenar yang telah disumbang Petronas
kepada kepada kerajaan dalam bentuk subsidi minyak, dividen dan cukai.
Data kewangan yang dikaji
oleh Reuters menunjukkan kerajaan sangat bergantung kepada pembayaran Petronas
- melalui 'dividen' kepada pemegang saham tunggal (kerajaan) - untuk mengekang
defisit fiskal yang telah mula membangkitkan persoalan dari agensi penilaian
dan penganalisis.
Data juga menunjukkan
bayaran ini meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini apabila harga
minyak dunia melonjak, turut melonjak bersama-sama adalah perbelanjaan
kerajaan. Tetapi akaun rasmi Malaysia tidak menunjukkan bagaimana wang itu dibelanjakan
dan kerajaan enggan mendedahkan apa-apa butiran mengenai itu.
"Kami
Perlukan Tunai!"
Petronas adalah pembayar
cukai tunggal yang terbesar di Malaysia dan hasil sumber terbesar, meliputi
sebanyak 45 peratus daripada bajet kerajaan.
Tidak seperti negara-negara
lain yang kaya dengan minyak seperti Arab Saudi, Norway atau Brazil, Malaysia
semakin kronik. Belanjawan Defisit yang besar dan semakin berkembang walaupun
hasil minyak meningkat.
Jurang fiskal tahun lepas,
pada 5% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK), diikuti negara India untuk
perbezaan, ini adalah mencemaskan di sebalik 'Ekonomi Besar' yang baru muncul
di Asia, dan ia mungkin bertambah meluas tahun ini.
"Subsidi kepada
sebahagian besar defisit. Ianya mempunyai kelemahan lain juga," kata
Shamsul dalam ucapannya kepada persidangan gas.
"Subsidi menghalang
ketelusan, mengurangkan persaingan dan menghalang pelaburan baru,"
katanya, sambil menambah bahawa Petronas membayar antara RM18 bilion dan RM20
bilion ringgit (US$ 5.75-6.35) setahun untuk subsidi penggunaan gas.
Malaysia tidak menghadapi
krisis fiskal. Pelabur asing tidak sabar membeli bon kerajaan Malaysia, yang
yakin rizab negara minyak, gas dan mata wang asing adalah cukup untuk
memastikan hutang-hutang akan dibayar. Namun, ia akan diuji dalam tempoh
beberapa bulan akan datang.
Kejatuhan harga minyak dan
gas, akan mengekang keuntungan 2012 Petronas, dan krisis zon euro 1 semakin
teruk boleh menjejaskan eksport negara.
Pengecilan pembayaran
Petronas dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan akan memberi kesan kepada
kewangan kerajaan.
Shamsul berpendapat kini
adalah masa yang sesuai untuk meneruskan pemerolehan syarikat luar sebagai 'backup'
akibat bekalan tenaga domestik Malaysia yang akan mengurang.
Pada Khamis, syarikat itu
mengumumkan ia telah memperolehi Syarikat "Joint-Venture" Kanadanya,
Progress Energy Resources Corp, pada harga US$ 4.7 bilion. Beliau mengumumkan
lebih banyak lagi selepas ini.
"Untuk melakukan itu,
kita perlukan tunai," kata Shamsul dalam ucapannya.
"Masalahnya ialah,
kerajaan perlu tunai, juga".
Menara
Di Malaysia
Petronas, satu-satunya
Syarikat Malaysia yang tersenarai dalam Fortune Global 500, Ianya tempat
teratas di seluruh negara Asia Tenggara. Menara kembar 88-tingkatnya, pernah
menjadi bangunan tertinggi di dunia, menguasai latar langit Kuala Lumpur.
Rizab Minyak Petronas dan
gas berada di rangking ke-28 di dunia, menurut data daripada PetroStrategies di
Plano, Texas, di hadapan beberapa pemain utama (main-player) yang lebih
dikenali seperti Norway Statoil dan CNOOC (ChinaNational Offshore Oil Corp).
Ianya luar biasa untuk
syarikat milik negara, hutang Petronas dinilai lebih besar daripada sebuah
kerajaan negeri. Syarikat itu mempunyai pinjaman kira-kira $15.6 billion pada
Mac 31. Dan syarikat US, U.S. insurer Aflac Inc di kalangan pemegang
hutang.
CEO Petronas dan Ahli
Lembaga, dilantik setelah diperkenan Perdana Menteri. Sejak beberapa tahun
kebelakangan ini, Perdana Menteri menyalurkan dana Petronas untuk membina
projek-projek impian mereka dan menyelamatkan kesilapan-kesilapan
mereka(bailout).
Pemimpin-pemimpin politik
telah digunakan untuk berurusan dengan Pegawai "Yes Sir!" dalam
Petronas, yang pada carta organisasinya di Malaysia adalah sebahagian daripada
mereka di Pejabat Perdana Menteri.
Kini Petronas cuba untuk
mengatakan. "Tidak!".
Seperti semua syarikat
minyak milik negara, Petronas dijangka mengistiharkan bersama bahagian
keuntungan kepada kerajaan, Ianya sama seperti syarikat minyak sektor swasta
membayar dividen kepada pemegang saham.
Angka Petronas menunjukkan,
dividen baru ini menetapkan sehingga hampir 55% daripada keuntungan bersih
dalam tahun fiskal yang berakhir 31 Mac, 2011, jauh melebihi purata 38% yang
dibayar oleh syarikat-syarikat minyak nasional di seluruh dunia.
Termasuk cukai, duti eksport
dan dividen, Petronas menganggarkan jumlah bayaran kepada kerajaan Malaysia
sehingga RM65.7 billion (US$21.10 billion) dalam tahun fiskal.
Meluaskan
Defisit
Petronas telah menolak dasar dividen baru yang akan menetapkan
pembayaran tahunan kepada kerajaan pada 30 peratus daripada keuntungan dan
bukannya kadar rata RM28 billion (US$ 8.75) seperti yang akan dibayar tahun
ini.
Pembayaran yang lebih rendah
akan membolehkan Petronas menyimpan wang untuk melabur semula dalam industri
global, untuk mengimbangi penurunan bekalan domestik.
Analisis Reuters terhadap
data kewangan menunjukkan Petronas akan membayar hampir kepada RM17 bilion
dalam tahun fiskal Mac 2011, jika dividen 30%
digunakan.
Pembayaran dividen yang
lebih kecil akan meluaskan defisit fiskal Malaysia, melebar kira-kira 6.5 %
daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Peratusan itu hampir tiga kali
ganda purata di kalangan Negara Ekonomi Baru Muncul di pasaran dunia, menurut
data Tabung Kewangan Antarabangsa(IMF).
Dengan wang yang kurang
daripada Petronas di bawah formula baru, Perdana Menteri Datuk Seri Najib akan
mempunyai tiga pilihan yang tidak popular: pemotongan perbelanjaan,
meningkatkan cukai atau mengekang defisit.
Semakin teruk kewangan awam
boleh menggoncang pelabur asing, yang memegang kira-kira 39% daripada hutang
mata wang tempatan kerajaan, antara yang tertinggi di rantau Asia.
Ketua Pegawai Eksekutif
Petronas meletakkan wajah yang berani apabila Reuters bertanya kepadanya jika
formula baru mungkin akan dimasukkan ke dalam tahun ini, dengan pilihan raya
kini dijangka secepat September.
"Kerajaan cukup sedar
akan keperluan kami mempunyai dana sendiri untuk pertumbuhan Petronas,"
Shamsul berkata selepas syarikat itu mengumumkan keputusan kewangan pada 31
Mei. "Mereka menghormati dan mereka akan bersetuju dengan permintaan
kami."
Bagimanapun Pejabat Najib
enggan mengulas.
Rangsangan
Pilihanraya?
Najib, yang mengambil alih
kepimpinan negara, tetapi masih belum lagi menerima mandat pilihanraya sebagai
perdana menteri. Beliau telah menaikkan gaji penjawat awam dan pembayaran tunai
kepada isi rumah berpendapatan rendah - yang dilihat lebih untuk memenangi undi
dilihat Petronas mempunyai bahagian dalam dana program tersebut.
Agensi Penilaian Fitch
memberi amaran pada Februari, bahawa bajet Malaysia adalah terlalu bergantung
pada hasil petroleum, dan pilihan raya boleh meningkatkan perbelanjaan dan
meluaskan defisit bajet.
"Jika langkah-langkah
rangsangan yang agresif dilaksanakan dan ini membawa kepada peningkatan yang
berterusan dalam nisbah hutang awam (public debts ratio), ia akan menjadi
negatif untuk rating penilaian," tulis Fitch.
Ianya mungkin sudah berlaku.
Kerajaan pada Jun lalu telah membentangkan di parlimen untuk perbelanjaan
tambahan berjumlah RM13.8 billion -
lebih daripada separuh untuk subsidi makanan dan bahan api yang akan meluaskan
defisit fiskal kepada 6% daripada KDNK.
Petronas hanya mula
memperincikan sumbangan kepada kerajaan 2 tahun lalu - sementara mula melobi
untuk perubahan di dalam polisi dividen. Malah, perkataan 'dividen' tidak pernah
muncul dalam laporan tahunannya bagi tahun 2001 hingga 2009.
Reuters juga memperincikan
kajian untuk tahun-tahun sebelumnya, bermula 1976 mendapatkan angka-angka
daripada bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad, yang kini penasihat kepada
Petronas. Tetapi Petronas enggan untuk mengesahkan ketepatan tersebut.
Tiada
Pendedahan Awam
Data Mahathir menunjukkan
Petronas membuat pembayaran kepada negara lebih daripada dua kali ganda antara
tahun 2005 dan 2011 kerana harga minyak yang melonjak tinggi.
Dalam pada itu, Perbelanjaan
Negara juga turut berkembang, melebarkan defisit bajet walaupun pendapatan
meningkat. Tetapi Malaysia tidak akan mendedahkan untuk apa wang Petronas
dibelanjakan.
Reuters membuat permintaan
rasmi bagi mendapatkan data dari pejabat Audit Negara Malaysia, tetapi Agensi Audit berkata ia boleh
memberikan angka belanjawan untuk segala-galanya, kecuali sumbangan Petronas.
Tanpa akses kepada
perangkaan rasmi, ia adalah sukar untuk menentukan bagaimana kerajaan
membelanjakan wang Petronas. Mahathir berkata kepada Reuters beliau
mengeluarkan data tambahan Petronas di laman blognya sebagai 'penjelasan' untuk
maklumat lanjut, mengenai ke mana wang 'pergi' setelah beliau berundur pada
tahun 2003.
"Sebahagian besar untuk
perbelanjaan operasi, termasuk kenaikan gaji untuk 1.4 juta penjawat awam yang
kebanyakannya etnik Melayu," Mahathir berkata.
Sejak Najib mengambil alih
jawatan pada tahun 2009, perbelanjaan operasi telah meningkat sebanyak hampir
16 %. Sementara perbelanjaan pembangunan, termasuk pendidikan, keselamatan dan
kesihatan, adalah sama.
Menaikkan gaji memerlukan
kos tinggi, Dr Mahathir berkata dalam satu temu bual dari pejabatnya di tingkat
83 Menara Berkembar Petronas. Sekali gaji naik, beliau berkata, ia adalah sukar
untuk memotong pada tahun-tahun berikutnya.
"Jadi, hasilnya, anda
mengambil lebih dari perbelanjaan pembangunan kerana perbelanjaan pembangunan
tidak merupakan satu keperluan wajib," katanya. "Anda boleh memotong
dari situ!"
Mengembangkan
Operasi Luar Negara
Dengan bekalan minyak
domestik menurun, Petronas telah berkembang di luar negara, melabur di Sudan,
stesen petrol di Afrika Selatan dan Industri Gas Asli Cecair di Eropah. Peta
Korporatnya menunjukkan operasi Petronas di lima benua.
Tetapi 29% daripada
pengeluaran antarabangsa syarikat itu tertumpu di Sudan dan Selatan Sudan, dan
pertempuran di sepanjang sempadan Sudan menyebabkan kebanyakan saluran paip
ditutup. Shamsul memberi amaran bahawa terhentinya pengeluaran di Sudan akan
menelan kos kepada syarikat sebanyak RM3 bilion.
Itu adalah salah satu sebab
di sebalik pembelian Syarikat Canada's Progress Energy. Shamsul berkata
perjanjian-pembelian itu akan meningkatkan sumber gas syarikat di rantau 'geopolitik
yang tidak stabil'.
Pengambilalihan seperti ini
memerlukan banyak wang, dan Petronas berpendapat ia tidak memenuhi “misinya”
apabila menyerahkan lebih daripada separuh keuntungan kepada kerajaan.
Menurut kabel diplomatik
yang dikeluarkan oleh Wikileaks dalam bulan Jun tahun lepas. Ahli Lembaga
Petronas , Mohammed Azhar Osman Khairuddin berkata kepada Diplomat AS yang
tidak dikenali bahawa Petronas "merasakan tekanan yang besar untuk
mengembangkan perniagaannya, di samping untuk mengekalkan status politik
Malaysia."
Azhar berkata Petronas mahu
wang dilaburkan dalam aset minyak dan gas "untuk menggalakkan keuntungan
pada masa depan, lebih daripada utama dari dibelanjakan sekarang untuk program
domestik mendapat, demi keuntungan politik". Azhar mahupun Petronas tidak
memberi maklum balas bila ditanya mengenai hal ini.
Isu pembayaran kepada
kerajaan dan pelaburan korporat adalah masalah bagi syarikat-syarikat minyak
milik negara yang lain juga.
Petronas dilihat menghadapi
dilema yang sama dihadapi oleh syarikat minyak negara Mexico, Pemex. Kerajaan
Mexico, mengambil tunai begitu banyak daripada perniagaan Pemex, Syarikat
mempunyai masalah melabur dalam pengeluaran.
Firma Fitch memberikan
penarafan 'BBB' kepada penerbitan hutang terbaru syarikat itu, memetik beban
cukai yang besar dan "pendedahan kepada risiko campur tangan
politik."
Dengan permintaan tenaga
global dijangka meningkat sebanyak kira-kira 30% pada tahun 2050 dan penduduk
pula dijangka meningkat kepada 9 bilion, para Eksekutif bertanya sama ada
kerajaan adalah halangan utama dalam memastikan bekalan masa depan pada tahap
yang berpatutan.
Ketua Eksekutif Exxon Mobil,
Rex Tillerson berkata di Persidangan Gas Dunia bahawa peraturan, cukai dan
subsidi meletakkan risiko kepada projek-projek yang diperlukan untuk menjana
pertumbuhan global. Jika keadaan ini berterusan, kerajaan akan melihat ekonomi
mereka "berjalan ke belakang," katanya.
Petronas mempunyai empat
projek minyak di Iraq, yang dijangka mencapai pengeluaran komersial tahun ini.
Anggaran Shamsul bahawa output Operasi Petronas akan memuncak pada 800,000 tong
minyak sehari pada tahun 2015 - kira-kira 45 peratus daripada pengeluaran
minyak mentah tahunan Malaysia.
Syarikat itu tidak
mendedahkan berapa banyak melabur di Iraq, tetapi dianggarkan sebanyak US$8
billion dilaburkan di satu medan, Gharf Oilfield, di mana Petronas membangunkan
bersama Jepun petroleum exploration Co.
"Sebab (Petronas) tidak
mahu memberikan wang kepada kerajaan kerana ia memerlukan wang untuk melabur
semula," kata Mahathir. "Ini adalah perniagaan yang sangat mahal
seperti yang anda tahu. Semuanya berjalan di atas angka berbilion-bilion dolar.
"
Tadbir-Urus
Baik
Sebagai syarikat minyak
negara, Petronas mempunyai reputasi yang baik bagi tadbir urus. Pada 2011
Kertas Kerja Bank Dunia mengenai tadbir urus dan prestasi syarikat-syarikat
minyak nasional meletakkan Petronas sedikit melebihi purata global.
Tetapi ia telah membiayai
beberapa projek yang boleh dipersoalkan, kedua-dua di bawah Najib dan pemimpin
sebelumnya. Dua kali pada tahun 1984 dan 1989 - Mahathir meminta Petronas untuk
menyelamatkan (Bailout) Bank Bumiputra Bhd dari keruntuhan akibat beberapa
skandal. Dalam kedua-dua penyelamatan (bailout) tersebut, Petronas telah
menyuntik sejumlah RM3.3 bilion ringgit ke dalam bank.
Mahathir juga telah menarik
kritikan umum apabila menggunakan dana Petronas menyelamatkan (bailout)
Syarikat Perkapalan anak sulung beliau, Mirzan yang dibebani hutang. Dan sekali
lagi dana digunakan untuk 'menyokong' Syarikat Proton (pembuat Kereta
Malaysia), yang menaja Pasukan Lotus dalam Formula Satu.
Mahathir menafikan beliau
menyelamatkan anaknya. Petronas "telah ditawarkan dengan tawaran yang agak
berisiko dan ianya berakhir dengan keuntungan dengan tawaran itu!," beliau
menegaskan.
Petronas bagaimanapun telah
berulang kali menolak untuk membincangkan tentang hal penyelamatan (bailout)
itu.
Krisis antara Petronas dan
kerajaan menjadi perhatian umum selepas Najib mengambil alih jawatan pada 2009.
Hassan Marican (gambar), Ketua
Pegawai Eksekutif Petronas pada masa itu, tidak bersetuju dengan Najib mengenai
isu-isu siapa yang patut dinamakan sebagai Ahli Lembaga Petronas sehinggalah
kepada Pasukan Formula Satu mana untuk ditaja.
Reuters difahamkan bahawa
Najib memberi notis 6 hari kepada Hassan bahawa kontrak beliau tidak akan
diperbaharui pada tahun 2010, berakhirnya kerjaya 21 tahun beliau.
Tiga orang yang mempunyai
pengetahuan langsung tentang keadaan ini berkata Hassan telah melepaskan
jawatan kerana dia tidak dapat “bersama-menuruti” Najib.
"Hanya enam hari notis
untuk kerjaya yang merangkumi lebih dua dekad bersama Petronas," kata
orang yang rapat kepada Hassan.
Hassan, kini merupakan ahli
lembaga di syarikat minyak utama Amerika, ConocoPhillips dan pengerusi syarikat
Singapore Power Utility, tidak memberi repon di atas permintaan temubual.
Dilantik oleh Mahathir,
Hassan Seorang Akauntan berusia 59 tahun, mempunyai kebebasan yang agak
besar di Petronas sebelum pertempuran
dengan Najib.
Mahathir berkata Hassan
sering berkata 'Tidak!' kepada cadangan-cadangan beliau, walaupun beliau tidak
bersetuju untuk menyelamatkan syarikat kereta nasional yang merupakan
kebanggaan negara dan syarikat yang dimiliki oleh anak Mahathir.
Hassan enggan untuk
menggunakan syarikat Malaysia yang tidak berpengalaman untuk membangunkan
industry minyak dan gas, atau meneruskan operasi mahal membangunkan lapangan
minyak kecil di negara ini, kata sumber yang rapat kepada Hassan.
Kedua-dua projek itu adalah
sebahagian daripada cita-cita tinggi Najib bernilai US$444billion (RM1.42
Trillion), lebih dikenali Program Transformasi Ekonomi yang dilancarkan pada
September 2010 - hanya 7 bulan selepas penyingkiran Hassan. ($1 = 3.1985
Ringgit Malaysia)
(NOTA : Laporan REUTERS oleh
Rosenberg Mica di Mexico City dan Yantoultra Ngui di Kuala Lumpur; Penyuntingan
oleh Bill Tarrant dan Michael Williams. Diterjemah oleh Hasani Mohamed)
No comments:
Post a Comment