Friday 20 July 2012

PETRONAS, KITA BERMULA DENGAN IMPIAN …….




Saudara Pengarang,

BARU-BARU ini Petronas mendapat kedudukan ke 68 dalam ‘Fortune Global 500’ bagi tahun 2011. Ini bermaksud Petronas mendapat kedudukan yang ke 68 dalam 500 syarikat besar di dunia dalam majalah tersebut.

Senario itu juga meletakkan Petronas dalam kedudukan ke 12 syarikat mendapat keuntungan bersih tertinggi. Dengan harta terkumpul sebanyak US$157.4 billion seterusnya menempatkan Petronas tempat ke 127 dari segi nilai harta.

Ya, saya merasa bangga sebagai orang Sabah kerana Petronas telah mencapai ke taraf begitu tinggi. Saya merasa bangga kerana pendapatan Petronas sebanyak lebih kurang 30% datang dari Sabah atau dengan kata lain sebelum Petronas melabur di dalam dan luar negara secara besar-besaran.

Petronas memiliki pendapatan lebih kurang 30% asalnya dari Sabah atau dengan dengan kata lain Sabah mempunyai ‘saham terpaksa’ dalam anggaran 30% dalam syarikat tersebut.

Semoga pilihan raya akan datang kerajaan akan bertukar tangan dan ini akan memberi peluang penubuhan Syarikat Petroleum Sabah Bhd/PetroSab akan menjadi kenyataan apabila syarikat ini nanti akan menguasai penuh pengeluaran minyak di Sabah.

Harta terkumpul Petronas pada tahun 2011 sebanyak US$157.4. Jika berdasarkan 30% peratus, maka 'saham terpaksa’ Sabah adalah dalam anggaran US$47 billion (RM$141 Billion).

Kita bermula dengan impian, diikuti dengan usaha yang keras dan teratur pasti kita akan berjaya.

Salam Hormat,

NOOR HALIM DATUK HAJI ZAINI

No comments:

Post a Comment