Wednesday 18 July 2012

POLIS BULI REMAJA DALAM TAHANAN (VIDEO)




SEBUAH rakaman yang dimuat naik ke halaman facebook sejak beberapa hari lalu menjadi topik hangat diperbualkan oleh komuniti maya laman sosial itu.

Video rakaman itu menunjukkan aktiviti beberapa orang anggota yang dilihat membuli dua orang remaja di dalam tahanan dipercayai di salah sebuah Balai Polis di negara ini.

Melalui perbualan di dalam rakaman itu, difahamkan video tersebut dirakam oleh salah seorang rakan sekerja anggota Polis yang sedang membuli itu. 

Rakaman itu menunjukkan bagaimana remaja yang ditahan dan dalam keadaan bergari disepak kuat berulang kali mengakibatkan remaja itu tertiarap.

Kedengaran dialog remaja yang disepak berulang kali itu juga disuruh oleh anggota Polis yang merakam video itu agar menjilat kembali ludahnya di atas lantai.(Milosuam)




No comments:

Post a Comment