Friday 20 July 2012

PREMIS PEMBUNGKUSAN BARANG CURI ELEKTRIK?




PENAMPANG: Sebuah premis pembungkusan barangan di Donggongon di sini diserbu penguatkuasa Sabah Electicity Sdn Bhd (SESB) dalam operasi membasmi kegiatan mengusik meter pembacaan elektrik.

Difahamkan, premis yang berkenaan telah beroperasi sejak 10 tahun itu kini disiasat oleh pihak SESB dan Suruhanjaya Tenaga (ST) kerana disyaki mencuri elektrik.

Pengurus Besar Kanan Pengurusan Aset SESB, Ir  Ahmad Fuad Md Kasim berkata kegiatan itu secara langsung mengakibatkan SESB kerugian hampir 60 peratus atau RM1,400 setiap bulan.

“Hasil pemeriksaan mendapati berlakunya pengusikan meter berikutan pengesanan pengubahsuaian sendiri terhadap bacaan meter premis ini.

“Ia secara langsung menjadi salah satu faktor utama gangguan elektrik di kawasan ini sejak beberapa hari lalu akibat sistem pendawaian di dalam meter pembacaan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam operasi bersepadu banteras kegiatan mencuri bekalan elektrik di Bundusan kelmarin.

Selepas kejayaan menyerbu sebuah kilang ais di Inanam pada awal tahun ini yang menyebabkan syarikat utiliti itu mengalami kerugian hampir RM300,000, SESB menggiatkan lagi usaha memerangi kegiatan tidak bermoral itu.

Bagi operasi kali ini, sebanyak tiga buah premis telah diserbu dan terdapat kejanggalan terhadap pembacaan meter di salah sebuah pusat perniagaan itu yang terletak di Donggongon.

Mengulas lanjut, Ahmad Fuad berkata pihaknya memandang serius perkara itu kerana ia bukan sahaja merugikan malah mampu mengundang bahaya kepada pengguna.

“Kita bukan sahaja rugi ekoran penipuan berkenaan malah keselamatan mereka turut terancam kerana mengusik elektrik,” katanya sambil menambah kebanyakan kes akan disiasat mengikut Seksyen 37 (3) Akta Bekalan Elektrik 1990.

Menurutnya, SESB mengambil tindakan drastik dalam mengesan mana-mana premis akibat kerugian RM11 juta yang dialami SESB tahun lalu.

“Kita memandang serius hal ini berikutan ia melibatkan pencurian utiliti utama untuk kepentingan penduduk sekitar.

“Sehubungan itu, operasi akan diteruskan dalam masa tiga hari ini bagi memeriksa 12 lagi premis di sekitar Kota Kinabalu, Kelombong, Kepayan dan Penampang,” katanya. (UB)

6 comments:

  1. SESB harus teruskan lagi operasi dalam banteras aktiviti curi elektrik.

    ReplyDelete
  2. premis ni mungkin salah satu daripada berpuluh2 yang menjalankan kegiatan mengusik meter pembacaan elektrik.

    ReplyDelete
  3. Saman saja premis sedemikian. Jangan beri kesian lagi.

    ReplyDelete
  4. Inilah yang merugikan pihak SESB. Jadi jangan biarkan berterusan. Sebagai pengajaran memang patut dikenakan tindakkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SESB perlu pantau keadaan macam ni supaya dapat mengesan mereka yang mencuri elektrik

      Delete
  5. Premis yang mencuri elektrik perlu dikenakan tindakan tegas.

    ReplyDelete