Thursday 5 July 2012

PROGRAM SELANGKAH KE UNVERSITI BERJAYA




TAHNIAH....Abdul Rahim diringi oleh Maizatul Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UMS Prof Madya Datuk Dr.Kassim Mansur juga dan Puan Sri Hadijah ketika menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang pelajar yang menyertai program tersebut.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

KOTA KINABALU: Seramai  277 orang pelajar daripada 9 buah kawasan parlimen di negeri Sabah iaitu Kudat, Sandakan, Silam, Semporna, Beaufort, Sipitang, Pensiangan, Kota Belud dan Keningau telah menyertai program Program Selangkah Ke Universiti di Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini.

Program yang berlangsung selama tiga hari ini dianjurkan oleh Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) dengan kerjasama UMS  bertujuan memperkasa rakyat melalui usaha meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar luar bandar mengenai peluang belajar di menara gading

Perasmian penutup program itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abd Rahim Bakri dan turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UMS Prof Madya Datuk Dr.Kassim Mansur juga Isteri Yang Dipertua Dewan Rakyat, Puan Sri Hadijah Teng Abdullah.

Menurut Pengerusi Penganjurnya, Datin Maizatul Akmam Alawi objektif program ini dianjurkan bagi memberikan pendedahan kepada pelajar pelajar sekolah menengah tingkatan 4 dengan alam unversiri untuk memberikan gambaran jelas misi mereka, memberikan semangat kepada pelajar untuk terus belajar bersungguh-sungguh di samping menggalakkan pelajar unversiti untuk terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan

"Para pelajar akan dibawa ke universiti dan menjalani proses penerapan serta pendedahan kehidupan di kampus. Kumpulan sasar adalah pelajar yang tidak mempunyai ahli keluarga melanjutkan pengajian di universiti dan mereka yang mempunyai potensi untuk berjaya," katanya ketika ditemui selepas penutupan program ini di UMS baru-baru ini.

Tambah Maizatul yang juga Setiausaha Politik Kepada Menteri Kewangan Sabah, sejak program ini diperkenalkan pada tahun 2010 lebih dari 6,000 pelajar tingkatan 4 di seluruh negara dapat menikmati manfaat program ini

Katanya, BAKTI menyedari hakikat tentang kepentingan pendidikan di negara ini dimana sebuah negara yang cemerlang memerlukan modal insan yang terlatih, terdidik dan mampan kerana merupakan strategi jangka panjang bagi membebaskan masyarakat daripada belenggu kemiskinan.

"Program ini sedikit sebanyak turut memberikan anjakan paradigma kepada peserta bagi memberi semangat kepada mereka untuk terus belajar bersungguh-sungguh dan seterusnya memasuki alam universiti dengan lebih yakin," tambah Maizatul.

Sementara itu, ketika berucap menutup program tersebut, Abdul Rahim yang juga Ahli Parlimen Kudat berharap para peserta akan menjadikan program tersebut sebagai penerapan awal kepada mereka untuk mengenali universiti secara lebih dekat, sekali gus mencetuskan azam kepada mereka untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Katanya, melalui program tersebut ia turut membuka mata para pelajar  mengenai peluang-peluang serta kemudahan pendidikan yang disediakan oleh kerajaan di hadapan mereka.

"Gunakanlah peluang dan kemudahan yang sedia ada untuk memajukan diri dalam bidang pendidikan dengan menyamai sikap serta semangat untuk rajin belajar demi masa depan yang lebih cemerlang," katanya.

Sambil berharap program ini dapat diteruskan pada masa akan datang agar lebih ramai pelajar khususnya dari luar bandar dapat menyertainya.

Abdul Rahim berkata, Program ini dapat memberikan pendedahan kepada para remaja dengan kehidupan sebenar sebagai seorang mahasiswa di Universiti, dalam erti, program ini adalah untuk mendapatkan aura ataupun ‘feel’ kehidupan di kampus sebelum para peserta bergelar mahasiswa atapun mahasiswi.

8 comments:

  1. program ini baik dalam memberi semangat kepada pelajar agar mereka berusaha untuk sampai ke universiti.

    ReplyDelete
  2. Hope that this program will give the chances to rural students further their studies to higher levels.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Hopefully more students from out of town will participate in these programs in the near future.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Teruskan usaha mendekati pelajar diluar bandar ke IPT untuk menarik minat mereka untuk mencapai impian tersebut.

    ReplyDelete
  5. Semoga semangat para pelajar untuk belajar dan melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi menjadi semakin berkobar2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semangat tu perlu ada untuk terus mencapai cita2

      Delete
  6. Program ni memang bagus dan diharap ramai pelajar yang berminat masuk ke Universiti untuk melanjutkan pelajaran.

    ReplyDelete
  7. program yang baik seperti ini patut dibuka kepada semua pelajar2 di Sabah tidak kira yang lemah mahupun yang berpotensi..

    ReplyDelete