Thursday 5 July 2012

PRU 13 LEDAKAN KUASA TERAKHIR




LETIH.....Anwar dikatakan kenampakan letih walaupun kini mempunyai peluang terbaik untuk mencapai impian beliau.

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim 'mungkin' akan meninggalkan arena politik jika beliau gagal memperolehi kuasa dalam pilihan raya umum ke-13, kata Ketua Pembangkang itu kepada Financial Times (FT).

Dalam satu temuramah dengan akhbar perniagaan itu hari ini, ahli politik berusia 64 tahun itu menjelaskan beliau sudah letih dengan politik walaupun pilihan raya akan datang bakal menjadi ledakan terakhir buatnya menjadi Perdana Menteri Malaysia, selepas dipecat 13 tahun lalu dan dipenjara atas dua kesalahan seks luar tabii dan rasuah.

“Kami membentangkan manifesto, polisi, dan sudah tentu, jika diberi mandat, saya teruskan; jika tidak, saya akan balik mengajar semula,” kata Anwar kepada FT.

Akhbar berpengaruh itu menjelaskan Anwar dilihat semakin letih walaupun berhadapan dengan peluang terbaik beliau untuk untuk memimpin negara dengan 28 juta populasi berbilang kaum yang kian tawar hati dengan pemerintahan Barisan Nasional (BN).

“Berumur 65 sekarang, Anwar mengakui ini ‘mungkin’ langkah terakhir sebelum beliau menjadi Perdana Menteri,” kata akhbar itu lagi.

Ketua Pakatan Rakyat (PR) itu telah menjalankan kempen untuk mengambil alih Putrajaya daripada BN dan telah mempengaruhi rakyat dengan idea masyarakat yang tidak mementingkan mana-mana kaum dan sebaliknya berasaskan merit.

“Kami sedang merubah landskap politik negara. Saya merasakan jumlahnya sangat besar, terutamanaya golongan muda, mahu Malaysia berubah menjadi matang, lebih demokrasi,” katanya kepada FT.

Namun, ketua pembangkang itu masih diganggu oleh masalah kesihatan berterusan dan isu undang-undang yang boleh menjejaskan matlamat mereka ke Putrajaya.

Walaupun dibebaskan daripada tuduhan liwat kedua awal tahun ini, pihak pendakwaan masih mencari jalan untuk mencabar keputusan Mahkamah Tinggi dan mempunyai 10 hari lagi untuk berbuat demikian.

Ini mungkin berakhir dengan Anwar di penjara, tamparan hebat yang bakal menghancurkan impian untuk seorang lelaki yang berhasrat menjadi Perdana Menteri dan mencacatkan peluang PR pada pilihan raya akan datang.

Musuh politik Anwar, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, telah mengaitkan Bersih, sebagai satu perhimpunan untuk menjatuhkan kerajaannya.

Anwar dan dua pemimpin PKR dikenakan beberapa dakwaan berhubung keganasan dalam perhimpunan 28 April lalu menuntut pilihan raya adil dan bersih, dengan yang terbaru dikenakan semalam, memungkinkan mereka dipenjarakan sehingga dua tahun jika didapati bersalah, menggugurkan beliau daripada status pemimpin politik dan meletakkan beliau dalam ranjau politik yang telah beliau tinggalkan sejak kembali empat tahun lalu.


No comments:

Post a Comment