Wednesday 25 July 2012

PRU-13 SELEPAS 'JANJI DITEPATI'





KUALA LUMPUR : Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan diadakan bergantung kepada prestasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam melaksanakan janji-janjinya kepada rakyat, demikian menurut seorang ahli akademik.

Pengerusi Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Fuad Mat Jali berkata Perdana Menteri mahu rakyat menikmati hasil transformasi yang dilaksanakan kerajaan.

"Saya rasa Perdana Menteri mahu pastikan Barisan Nasional (BN) menang 2/3 majoriti. Beliau juga nak pastikan apa jua janji seperti turun padang dan bertemu rakyat dilaksanakan, sekarang pun kita dah rasa," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab pada Perbincangan Meja Bulat 'PRU 13: Malaysia Pilih Siapa' anjuran Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN) di sini pada Rabu.

Dr Fuad berkata beliau menjangkakan PRU-13 mungkin diadakan pada November atau pun selepas Tahun Baru Cina tahun depan. (Bernama)

Sila tonton VIDEOKLIP KHAS ini.

No comments:

Post a Comment