KUALA LUMPUR : Tokoh Islam
terkenal, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mendakwa raja tidak kebal dari kritikan
dan mesti bertanggungjawab terhadap tindakan mereka mencetuskan kemarahan di
laman sosial Twitter selepas beliau mengeluarkan kenyataan yang dikaitkan
dengan kritikan terhadap keluarga diraja baru-baru ini.
Bekas mufti Perlis itu yang
kini merupakan zamalah pelawat di Universiti Oxford memuji British kerana
menyemak perbelanjaan keluarga diraja dan memastikan mereka bertanggungjawab
terhadap pembayar cukai. Menurut Dr Asri, langkah ini baik untuk mencegah
penyelewengan.
Dalam tulisan bertajuk
“Mereka Paling Mencegah Kezaliman Raja”, beliau menyatakan, walaupun keluarga
diraja British memberikan sumbangan besar dalam sejarah negara tersebut, mereka
(keluarga diraja) tidak dibiarkan untuk berbuat sesuka hati.
Dr Asri menulis perkara
tesebut selepas membaca laporan akhbar Daily Mirror yang diterbitkan pada 3
Julai lalu tentang perbelanjaan perjalanan keluarga diraja British yang
melambung tinggi mencecah 6.1 juta pound sterling tahun lalu.
Dr Asri membandingkan
pengalaman British dengan dunia Islam dimana British memberikan kebabasan
kepada warga untuk mengkritik pemimpin manakala dunia Islam pula menjatuhkan
hukuman kepada rakyat yang mengkritik pemimpin.
“Lihatlah dunia Islam di
mana golongan bangsawan boleh mengaut segala kekayaan minyak, balak, gas, tanah
dan segala harta awam rakyat tanpa siapa boleh mempertikaikan. Malahan siapa
yang berani mempertikaikan akan menerima hukuman,” tulis beliau lagi.
Dr Asri mengkritik golongan
agama yang mempertahankan kezaliman penguasa sepertimana ulama berfatwa
mempertahankan Muammar Qadafi, Hosni Mubarak dan rejim yang masih hidup iaitu
Bashar al-Assad.
Walaupun tidak menyentuh
tentang Malaysia dalam tulisannya itu, Dr Asri menimbulkan kontroversi dalam
laman sosial Twitter Isnin lalu.
“Melayu salah baca
sejarahnya; Jebat sbnarnya tdk derhaka tp Sultan Melaka yg celaka. Mnzalimi
rakyat tp mndakwa brdaulat,” kata beliau melalui akaun Twitter nya,
@realDrMAZA.
Tokoh agama popular itu
mendapat reaksi serta merta dari penyokong Umno kerana kenyataannya mengenai
Jebat – kisah mitos Melayu yang selama ini menyatakan Jebat adalah seorang
penderhaka kerana berani melawan raja yang menindas sahabat baiknya, Hang Tuah.
Pada masa sama, Dr Asri
menulis di laman sosial Twitter tentang insiden Syed Abdullah Hussien Al-Attas
— lebih dikenali dengan nama Uncle Seekers di blognya — kini disiasat polis
kerana memalukan Sultan Johor, berkaitan dengan kritikannya bekas mufti Perlis
itu terhadap ketidakseimbangan kuasa.
“Uncle seeker hendaklah
dibawa ke mahkamah dan dibicara dgn adil segala dakwaannya. Rakyat ingin
melihat keadilan ditegakkan “ kata Dr Asri.
Uncle Seekers bukanlah
insiden pertama kerana sebelum itu, pemimpin popular yang juga ahli parlimen
dan adun, Datuk Seri Nizar Jamaluddin turut disiasat dibawah akta hasutan
kerana mengkritik Sultan Johor yang membeli nombor pendaftaran WWW1 dengan
harga RM520,000 Mei lalu.
Pemimpin pemuda Umno, Tun
Faisal Ismail Aziz, yang mengetuai Unit Media Baru (UMB) parti tersebut, terus
menjawab tulisan Dr Asri itu di laman sosial Twitter.
“Blogger Pas mengamuk akibat
dengar ceramah yang halalkan pemimpin diguling dengan mata pedang?” tulis Tun
Faisal melalui akaun Twitternya @tunfaisal.
Tulisan Tun Faisal itu terus
dijawab oleh Dr Asri — sebelum ini cuba dipancing oleh PAS untuk menyertai
parti tersebut, tetapi intelektual Islam itu masih kekal bebas dari sebarang
parti politik.
“Bala bagi UMNO jika org spt
@tunfaisal ini menduduki kepimpinan.
“Rakyat tdk membenci UMNO
ttp mmbenci perangai sstengah org/pemimpin UMNO. Mrklah yg mnyuburkn kbencian
ramai pd parti trsebut,” jawab Dr Asri.
Pemimpin NGO dan parti
pembangkang telah lama mengkritik kerajaan kerana menggunakan Akta Hasutan 1948
sebagai senjata politik dan menghentikan kritikan, walaupun perkara yang
dikritik itu benar.
Dalam usaha untuk memulihkan
imej beliau sebelum pilihan raya umum yang perlu diadakan selewat-lewatnya
April depan, perdana menteri mengumumkan pelan pentadbirannya untuk meminda
akta berusia 64 tahun itu dan menggantikan dengan akta baru yang dinamakan Akta
Keharmonian Nasional.
“Dengan adanya akta baru
ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara.
“Ia juga akan membantu
mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama,”
lapor The Star.
No comments:
Post a Comment