Friday 13 July 2012

RCI HANYALAH MIMPI KOSONG?




Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN

HASRAT Kerajaan Persekutuan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) untuk menyiasat kerakyatan songsang hanyalah mimpi kosong jika Kerajaan Negeri Sabah masih melayan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang mendapat MyKad projek sebagai 'Warganegara Kelas Pertama' dan terus menindas Anak Negeri Sabah.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Sabah (AMK), Citra Masadi ketika menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi berkata, Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) yang turut diketuai oleh individu yang mendapat kerakyatan songsang telah menyebabkan nasib Anak Negeri Sabah terus tertindas dan sekaligus meleburkan Visi 1Malaysia yang digagaskan Perdana Menteri, "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Contoh terbaik kata Citra ialah kes pertikian tanah, No 18 (Tahun 2011) antara Anak Negeri Sabah, Ninah Bte Gaya dengan PATI yang bernama Haji Wahab Bin Nonong di Lahad Datu yang satu masa dahulu digemparkan oleh videoklip, 'Tuhan UMNO Hanya Dapat Surau PPRT!'

Dalam kes pertikaian tanah berkenaan, PATI dibenarkan memohon 'Tanah Adat' dan telah dikeluarkan geran yang kononnya telah dibatalkan setelah pemohon pertama memfailkan bantahan kerana Geran NT dikeluarkan status CL bagi membolehkan PATI berkenaan memiliki sebahagian tanah tersebut, sebagaimana yang diputuskan Penolong Pemungut Hasil Tanah Lahad Datu.





"Kita minta Kerajaan Negeri Sabah bertegas agar sesiapa sahaja yang memiliki MyKad projek tidak dibenarkan memohon tanah atau memiliki tanah sejajar dengan desakan penubuhan RCI oleh rakyat Sabah," ujar Citra yang mendesak Ketua Menteri Sabah, campur tangan berhubung isu tanah ini kerana sudah berlarutan sejak hampir setahun lalu.

Kata Citra, jika isu surau ini dibangkitkan menjelang bulan Ramadhan tahun lalu dan kini Ramadhan menjelang tiba lagi, di manakah maruah Kerajaan Negeri jika isu surau dan tanah sekecil ini dipaksa berkongsi dengan PATI daripada Filipina yang telah dikenalpasti memiliki IC projek.

"Jangan persendakan doa orang yang teraniaya, terutama penduduk Silam Bukit yang tidak mempunyai Surau untuk beribadah. Di manakah Adun Lahad Datu ketika ini? Apakah mengikut jejak Ahli Parlimen Silam yang bergegas menunaikan Umrah setiap kali tiba Ramadhan bagi melarikan tanggung jawab mereka?," tanya Citra yang mendesak agar pemimpin Islam di Silam bertaubat nasuha kerana perbuatan mereka menghina agama.


 


Tegas Citra, mereka patut malu kepada pemimpin LDP, Chong Su Vun yang tampil menghulurkan bantuan sedangkan Wakil Rakyat di Silam termasuk 'seorang Ustaz lulusan Al-Azhar membisu seribu bahasa.

"Kita dapat tahu kes ini telah diajukan kepada Ketua Menteri Sabah dan imam berkenaan telah dipanggil menemui Setiausaha Sulit Kanan Ketua Menteri, tetapi amat memalukan kes tapak tanah surau ini belum selesai sehingga umat Islam berada dalam dilema," kata Citra jengkel dengan sikap sambil lewa JTU dan Jabatan Ketua Menteri berhubung isu penting ini.

39 comments:

  1. memang tidak patut PATI memiliki tanah di sabah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika benar seperti di dakwa, perkara ini tidak patut berlaku. PATI mana boleh memiliki tanah di sabah.

      Delete
    2. PATI tidak berhal memiliki apa-apa di Malaysia.

      Delete
  2. diharap perkara ini akan diselesaikan segera...

    ReplyDelete
  3. penubuhan RCI adalah permintaan rakyat Sabah sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga ia dpt ditubuhkan segera.

      Delete
    2. Harus ditubuhkan dalam masa yang singkat. PATI semakin mencabar ketenteraman.

      Delete
  4. semoga RCI akan dilaksanakan seperti yang telah dinyatakan oleh PM kita

    ReplyDelete
  5. semoga TOR yang dijanjikan oleh pihak Najib sudah siap

    ReplyDelete
    Replies
    1. najib akan membuat pengumuman terhadap pertubuhan tak lama lagi.

      Delete
  6. marilah kita semua bersatu-padu dan kekal sebagai Sabahan dengan niat yang baik.

    ReplyDelete
  7. walau apapun, perlaksanaan RCI ini haruslah ditubuhkan atas keikhlasan kerajaan untuk menangani masalah RCI dan kerakyatan songsang di Sabah

    ReplyDelete
  8. RCI akan siasat semua isu ini dan langkah penyelesaian dpt diambil.

    ReplyDelete
  9. Kerajaan akan sentiasa memnunaikan janji mereka. Pasti RCI akan di tubuhkan.

    ReplyDelete
  10. RCI harus dipercepatkan lagi pemprosesannya sementara PATI masih dalam kawalan.

    ReplyDelete
  11. PATI harus dihantar balik ke negara asal.

    ReplyDelete
  12. Hope the TOR is in final stage.

    ReplyDelete
  13. Kenapa pula pertubuhan memerlukan masa yang begitu panjang?

    ReplyDelete
  14. Ini juga permintaan semua rakyat, harus bertindak cepat.

    ReplyDelete
  15. Isu mykad palsu harus disiasat untuk mencari punca masalah.

    ReplyDelete
  16. RCI masih banyak perlu diusahakan, TOR pun belum dibuat, apatah lagi seterusnya?

    ReplyDelete
  17. RCI ada atau tiada, ada saja yang mahu kritik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesimpulannya, bagi pemimpin2 pembangkang, buat salah, tidak buat lagi la salah.. patut la pembangkang di negara ini terus membangkang setiap kali berakhirnya Pilihanraya..

      Delete
  18. Berita mengenai Suruhanjaya ini masih menjadi tanda tanya. Jadi kita tunggu saja apa yang berlaku seterusnya mengenai perkara ini. Harap keputusan yang cepat akan diberikan.

    ReplyDelete
  19. RCI pasti akan dilaksanakan, tu adalah harapan rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. si Citra saja mahu memburuk2an RCI memandangkan parti dia semakin dilupakan oleh rakyat setelah kerajaan mengumumkan penubuhan RCI..

      Delete
  20. kalau RCI itu mimpi kosong, kenapa pemimpin2 pembangkang negeri ini tidak henti2 minta RCI hingga sanggup menganjurkan demonstrasi??

    ReplyDelete
  21. berkenaan dengan kes Ninah Bte Gaya, beliau sepatutnya meminta bantuan suhakam atau peguam Kong Hong Ming untuk mendapatkan keadilan di mahkamah.. bukannya mengadu dengan Citra yang kerjanya hanya mengambil kesempatan disebalik kesempitan..

    ReplyDelete
  22. Datuk Seri Najib Razak will reveal details of the Royal Commission of Inquiry (RCI) into Sabah’s illegal immigrant problem on the 11 August, finally putting an end to nearly six months of uncertainty on the issue.

    ReplyDelete
  23. The prime minister confirmed today that the terms of reference for the royal panel’s probe will be disclosed following his meeting with Sabah Barisan Nasional (BN) leaders.

    ReplyDelete
  24. The prime minister’s visit to the east Malaysian state may coincide with Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim’s, who is scheduled to be in Sabah the following day.

    ReplyDelete
  25. Najib had announced the highly-anticipated RCI on Sabah’s illegals issue on June 1 but stopped short of revealing details of the panel’s composition and terms of reference.

    ReplyDelete
  26. The issue has been bandied about in the media since February 10 when Sabah BN leader Tan Sri Bernard Dompok’s first announced Cabinet’s decision to form the RCI.

    ReplyDelete
  27. The unchecked influx of illegal immigrants in Sabah has been a longstanding problem in the BN-ruled state, and frequently blamed for the rise in social, economic and security problems suffered by the locals here.

    ReplyDelete
  28. According to replies provided in Parliament last year, Sabah’s populace numbered 651,304 in 1970 and grew to 929,299 a decade later. But in the two decades following 1980, the state’s population rose significantly by a staggering 1.5 million people, reaching 2,468,246 by 2000.

    ReplyDelete
  29. Media reports said that as of 2010, this number has grown further to 3.12 million, with foreigners making up a sizeable 27 per cent or 889,799 of the population.

    ReplyDelete
  30. Opposition leaders have long raged against the BN government for this population explosion, alleging that illegals have been allowed into the east Malaysian state, and given MyKads and voting rights to help the ruling coalition cling to power.

    ReplyDelete
  31. The issue has also been among the key reasons behind the latest departures of two senior BN lawmakers ― Tuaran MP Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing and Beaufort MP Datuk Seri Lajim Ukin.

    ReplyDelete