Tuesday 3 July 2012

REBUT PELUANG YANG TERSEDIA




RAMAH MESRA...Jamawi beramah mesra dengan golongan peniaga wanita sempena program tersebut.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

TENOM : Usahawan Bumiputera terutama golongan wanita di kawasan luar bandar perlu memantapkan usaha untuk mencapai kemajuan sejajar dengan era pembangunan pesat sekarang.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Tenom, Jamawi Jaafar berkata, kerajaan telah menyediakan banyak peluang untuk diterokai oleh usahawan Bumiputera.

Justeru katanya, segala peluang termasuk kemudahan pinjaman kewangan dan kemahiran perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat

“Saya yakin jika golongan usahawan kita terutamanya wanita mampu mempertingkatkan usaha mereka sudah tentu kejayaan membanggakan dapat dicapai, sekali gus dapat membantu mempertingkatkan pendapatan bagi membantu suami menyara keluarga,” katanya.

Berucap merasmikan penubuhan Amanah Ikthiar Malaysia (AIM) bagi Blok Inubai Tenom dekat sini baru baru ini Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, berharap para usahawan di kawasan terbabit memanfaatkan kursus-kursus usahawan serta pinjaman yang disediakan oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang sedia membantu bagi mereka yang berhasrat menceburi bidang perniagaan dan juga perusahaan kecil dan sederhana

Beliau menambah, pelbagai bidang usahawan atau perniagaan  dapat diusahakan lebih-lebih daeah Tenom memiliki banyak sumber hasil mahsyulnya.

“Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tenom tetap akan memberi sokongan dari segi ilmu kemahiran dengan mendapatkan bantuan daripada agensi-agensi terbabit dalam bidang keusahawanan,” katanya.

Menurut Jamawi, baru-baru ini Pergerakan Pemuda Umno Tenom telah menyelaras dengan menghantar seramai 150 peserta dari daerah Tenom kebanyakannya terdiri dari golongan wanita menyertai kursus Akhiri Zaman Miskin (1Azam) di Kota Kinabalu selama empat hari bagi memberikan peluang dan ruang kepada mereka yang terpilih dapat diberikan latihan kemahiran dan juga bantuan peralatan

Jamawi  menarik perhatian bahawa kursus terbabit merupakan landasan terbaik  bagi usahawan  khususnya dari daerah Tenom meningkatkan kemahiran dalam bidang perniagaan terutamanya kursus membuat kek dan kueh mueh, andaman dan juga jahitan.

“Saya percaya segala ilmu yang diperolehi dari kursus tersebut  dapat digunakan untuk meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk di kawasan ini, dan pergerakan pemuda Umno bahagian Tenom akan memantau perkembangan peserta selama enam bulan selepas mereka menyertai kursus tersebut,” katanya.

20 comments:

  1. The womenfolk in the rural areas must work hard in order to follow the pace of progress as suggested by Datuk Jamawi Jaafar.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. The Sabah state government has launched various programs for Bumiputera entrepreneurs, those who are qualified should take the opportunity offered.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. byk bantuan dan peluang disediakan oleh kerajaan bagi melahirkan usahawan. peluang yang ada ini perlu dimanfaatkan.

    ReplyDelete
  4. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

    ReplyDelete
  5. Betul..Jangan lepaskan peluang yang diberikan oleh kerajaan untuk membantu meningkatkan pendapatan penduduk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peluang jangan dilepaskan, cepat2 rebut peluang.

      Delete
  6. Kerajaan sediakan program2 kemahiran dan yang selebihnya terserah kepada rakyat untuk mengaplikasi dan memanfaatkannya.

    ReplyDelete
  7. Rakyat jangan menunggu 'nasi disuapkan ke dalam mulut'. perlu berusaha sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul, suap nasi sendiri. usaha tangga kejayaan.

      Delete
  8. golongan wanita dan belia tidak pernah diabaikan oleh kerajaan dalam memajukan diri seiring dengan pembangunan yang dikecapai negeri ini.. namun ia tidaklah semudah menghulurkan bantuan.. perlu juga ada usaha..

    ReplyDelete
  9. More than 23,000 Small and Medium Enterprises (SMEs) have already signed up for the Google Malaysia “Get Malaysian Business Online” (GMBO) programme.

    ReplyDelete
  10. He pointed out that currently there were about 700,000 SMEs operating in Malaysia where only 100,000 have an online presence.

    ReplyDelete
  11. Zeffri added that the main purpose of the GMBO programme is to get more SMEs to use the Internet as a marketing platform for their products.

    ReplyDelete
  12. “Currently there are more than 17.5mil Malaysian Internet users who regularly search for products and services via online but there are not much local SME products that could be found on the World Wide Web,” he said.

    ReplyDelete
  13. There are currently about 700,000 SMEs operating in Malaysia, and only 100,000 have an online presence.

    ReplyDelete
  14. He also said SMEs that have signed up for the programme and set up their own website have enjoyed vibrant business ever since.

    ReplyDelete
  15. “Their businesses have thrived tremendously and they are making a huge amount of profit ever since they marketed their products via online through blogs and social networking sites,” he said after attending the one-day GMBO programme held here recently.

    ReplyDelete
  16. He said that Google Malaysia targets more than 50,000 SMEs to register for the GMBO programme that have been held in Sabah, Sarawak, Penang and now Johor.

    ReplyDelete
  17. “The problem for most SMEs operators is that they are not tech savvy but under the GMBO programme, we would train them on how to promote and market their products through the Internet.

    ReplyDelete
  18. “The programme is free however, SMEs need to pay about RM23 to register their domain,” he said, adding that the next stop for GMBO is the east coast.

    ReplyDelete