Tuesday 24 July 2012

SABAH PERLU TRIBUNAL TANAH




KOTA KINABALU : Tribunal mengenai perkara berkaitan tanah diperlukan segera di Sabah, kata seorang peguam pada Isnin.

Kong Hong Ming berkata Jabatan Tanah dan Ukur Sabah tidak dapat menampung jumlah tuntutan di seluruh negeri dan memerlukan pendekatan yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah itu.

"Terdapat kira-kira 7,115 pihak menuntut tanah di beberapa daerah dan mereka ini masih menunggu permohonan masing-masing diproses.

"Ada antara mereka yang sudah agak lama menantikan maklum balas, sering berulang-alik untuk bertanyakan perkembangan tuntutan mereka," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kompleks mahkamah di sini.

Kong berkata cadangan menubuhkan tribunal untuk menguruskan perkara berkaitan tanah pribumi itu pada mulanya dicadangkan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum awal tahun ini dan disambut baik oleh kerajaan negeri. (Bernama)

17 comments:

  1. kerajaan negeri juga menyambut baik cadangan penubuhan tribunal tanah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dgn adanya tribunal, ia dpt selesaikan isu tanah di Sabah.

      Delete
    2. Tribunal should setup to address the people land issue.

      Delete
    3. The people know what is important to protect their property.

      Delete
  2. apa pun, diharapkan tribunal tanah ini akan segera ditubuhkan demi rakyat..

    ReplyDelete
  3. Saya sendiri berpendapat memang penting adanya Tribunal tanah untuk memastikan maslaah-masalah tanah dapat diselesaikan dengan lebih cepat.

    ReplyDelete
  4. Bagsulah kalau kena sambut baik, harap ada peluang untuk ditubuhkan demi kepentingan bersama.

    ReplyDelete
  5. isu2 tanah di Sabah masih byk belum selesai, ia harus diselesaikan segera.

    ReplyDelete
  6. Kalau memang tribunal tanah ni sangat diperlukan harap kerajaan akan pertimbangkan walaupun dinyatakan sebelum ni tribunal tanah masih belum diperlukan buat masa ni.

    ReplyDelete
  7. Suara rakyat harus didengari dan dikaji untuk dilaksanakannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga pertubuhan Tribunal adalah positif.

      Delete
  8. Semua yang harus ditubuhkan harus ada agar hak milik penduduk boleh dipertahankan. Ramai diantara sengsara sebab tanah kena rampas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diharap proses pemilikan tanah dapat disegerakan supaya tidak terjadi isu tanah dirampas.

      Delete
  9. "Terdapat kira-kira 7,115 pihak menuntut tanah di beberapa daerah dan mereka ini masih menunggu permohonan masing-masing diproses.

    Semoga process pengurusan tanah dapat dilaksana dengan wajar.

    ReplyDelete
  10. Kerajaan memang sentiasa mahu menyelesaikan masalah berkaitan dengan tanah

    ReplyDelete
  11. Cadangan Tribunal tanah ini sememangnya sudah lama dicadangkan. Maka kita harap ia akan dilaksanakan secepat yang boleh untuk menangani isu Tanah yang berlaku.

    ReplyDelete
  12. Mengenai perkara ini tidak ada yang hebat sebenarnya. Apa pun kita tunggu saja apa yang akan dilaksanakan nanti.

    ReplyDelete