Saturday 14 July 2012

SABAHKINI.NET MEDIA RASMI RAKYAT SABAH?





WAWANCARA …Saimon kelihatan sedang diwawancara oleh Hos Program Hello Sandakan Rozzalin Hashim.

Oleh : SAFFIE S JUMADI

PORTAL online Sabahkini.Net semakin hari semakin mendapat tempat dan dekat di hati masyarakat; tidak kira suku Bumiputera mahupun masyarakat Cina dan India di negara ini. Boleh dikatakan 80 peratus para pengamal media portal telah melayari laman Web Sabahkini.Net saban hari dengan tujuan untuk mendapatkan berita-berita panas dan sensasi.

Tidak dinafikan, sejak wujudnya Sabahkini.Net di negara ini empat tahun lalu, ramai penggemar media internet, terutama sekali para penyokong parti kerajaan UMNO/BN tidak suka melayari Sabahkini.net kerana disifatkan sebagai anti kerajaan; mungkin kerana kebanyakan artikel yang tersiar terlalu condong kepada mengkritik kerajaan.

Demikian dijelaskan sendiri oleh Ketua Biro, merangkap Wartawan kanan Sabahkini.Net Wilayah Sandakan, dalam satu sesi wawancara untuk program 'HELLO SANDAKAN!' terbitan Lins Bokara Chai Production bersama Hosnya, Rozzalin Mohd Hashim di Mini Studionya, di Sandakan, malam tadi.

Dalam sesi wawancara yang berjalan selama 30 minit itu, wartawan veteran Saimon S Jumadi antara lain menjelaskan mengenai penglibatannya dalam dunia kewartawan selama 35 tahun telah mengharungi banyak rintangan, cabaran termasuk kenangan manis dan pahit yang sukar untuk dilupakan.

"Saya mula berjinak-jinak dalam penulisan berita sejak 1975 lagi selapas saya menamatkan Malaysian Certificate of Education (MCE). Selama saya menulis, banyak artikel saya kirim ke akhbar yang dulu disebut Kinabalu Sabah Times. Sehingga 1978, tidak satupun artikel saya pernah tersiar di akhbar tersebut. Namun pada akhir tahun 1979, barulah artikel/berita saya mendapat tempat di akhbar tempatan seperti Daily Express dan Sabah Times,” jelas Saimon secara jujur.



PENGGAMBARAN…Kelihatan Krew Linz Bokara Chai Production sedang membuat penggambaran sesi Wawancara Hello Sandakan bersama Sabahkini.Net.

Katanya sepanjang penglibatannya dalam kerjaya Wartawan, beliau telah berkhidmat di lima syarikat surat khabar secara sambilan iaitu di Kinabalu Sabah Times, Daily Express, Borneo Post, Borneo Mail dan Minggguan Waktu.

Berkat usaha gigihnya beliau diteriam bekerja sepenuh masa di Berita Sabah, KKIP Communications, New Sabah Times dan terkini di media portal, Sabahkini.Net.

“Syukur Alhamdulillah. Kini masyarakat setempat sudah sedar bahawa Sabahkini.Net tidak mengamalkan birokrasi atau berat sebelah kerana apa yang dibuat atau yang disiarkan di Sabahkini.net berdasarkan maklumat tepat dan bukannya direka-reka cerita agar menjadi bahan berita.

"Pada hari ini banyak berita daripada pihak kerajaan khususnya daripada pemimpin UMNO-BN sentiasa tersiar di Sabahkini.net dan tidak kurangnya juga berita daripada parti-parti pembangkang,”ujarnya.

Media massa, sama ada media cetak, eletronik dan portal adalah amat penting kepada kehidupan seharian, maka kata Saimon, peranan wartawan semakin penting kerana menjadi nadi penggerak pembangunan negara.

"Jika tiada Sabahkini.net, maka segala kepincangan kerajaan dan pembangkang hanya di sapu ke bawah permaidani. Mujur Sabahkini.net mampu memainkan peranan dan mengisi kelompangan media telus secara saksama," ujar Saimon yang berterima kasih kepada masyarakat Sandakan yang memberikan sokongan dan menghargai peranan Sabahkini.net.

8 comments:

  1. Sabahkini kena bersikap neutral.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau lihat berita2 dan aduan dalam sabahkini.net, memang tiada wujud unsur bias.

      Delete
  2. Sabahkini mmg media Sabah yang menjadi suara penduduk Sabah.

    ReplyDelete
  3. Sabahkini semakin terkenal dengan penyampaian berita mengenai Sabah. Tambahan lagi mudah dilayari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruskan usaha dalam menyiarkan isu2 semasa di Sabah.

      Delete
  4. Siarkan lebih banyak artikel di Sabahkini

    ReplyDelete
  5. syabas kepada sabahkini kerana terus menyalurkan info2 yang tidak berat sebelah..

    ReplyDelete
  6. tapi kadangkala saya geram juga dengan sabahkini bila dengan mudah sabahkini menyiarkan artikel2 yang penuh emosi dan bersifat perkauman..

    ReplyDelete