Friday 6 July 2012

SDC TARIK PELABURAN RM112.8 BILION





KOTA KINABALU : Jumlah pelaburan yang dirancang dan komited bagi Koridor Pembangunan Sabah (SDC), yang dilancarkan pada Januari 2008, setakat 30 Jun tahun ini, mencecah RM112.8 bilion, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata ini menunjukkan arus pembangunan SDC, yang berlandaskan hala tuju kerajaan negeri, berjaya merangsang iklim pelaburan di Sabah.

Dalam ucapan alu-aluannya sempena Mesyuarat ke-10 Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) di Wisma SEDIA dekat sini Khamis, Musa berkata beberapa pelaburan besar dari dalam dan luar negara termasuk pelaburan dalam industri minyak dan gas asli, kelapa sawit, perikanan, ternakan dan pelancongan mula bertapak di negeri ini.

Katanya ini termasuk pelaburan terbaru daripada Annam Corporation, salah satu anak syarikat Agenci Pelaburan Brunei.

Musa berkata SEDIA yang mengemudi pelaksanaan pelbagai projek SDC, memeterai Perjanjian Dasar Induk (HOA) dengan Annam Corporation itu pada 16 Jun tahun ini di Sook, Keningau sempena Majlis Pecah Tanah Pelancaran Projek SDC Pusat Ternakan Bersepadu Keningau (KILC) yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. (Bernama)

28 comments:

  1. ini membuktikan kecemerlangan kerajaan negeri sabah di bawah pimpinan musa aman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musa Aman mmg amat cemerlang dalam membangunkan Sabah.

      Delete
    2. Do not too proud, more effort needed.

      Delete
    3. Kecemerlangan masih dalam ujian, teruskan usasha.

      Delete
  2. Good job to the State government on the Sabah Development Corridor investments that reaches RM112.8 billion this year.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Such development can create more working opportunity.

      Delete
    2. belia harus menghargai peluang pekerjaan yang diberi.

      Delete
  3. Hopefully Sabah will be able to attract more investments in the state.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. moga lebih byk nilai pelaburan akan ditarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. lebih banyak yang mahu melabur di Sabah, ekonomi Sabah semakin positif

      Delete
  5. Terbukti pelabur juga beryakin dengan perkembangan di Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga lebih banyak pelabur yang berpotensi akan melabur sebab banyak lagi industri yang tinggi potensi di Sabah.

      Delete
  6. Pasti banyak peluang untuk rakyat di Sabah.

    ReplyDelete
  7. SDC akan membawa lebih banyak pendapatan untuk negeri Sabah.

    ReplyDelete
  8. Pendapatan negeri akan melambung dengan pertambahan pelabur asing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 taraf hidup rakyat juga semakin meningkat. banyak peluang pekerjaan dan gaji pun berpatutan.

      Delete
  9. Semoga Sabah menghala ke arah yang positif khas perkembangan ekonomi yang lebih stabil dan keseluruhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabah kini semakin maju ke hadapan. inilah yang diharapkan oleh kita semua.

      Delete
  10. Nampaknya Projek SDC ini menarik minat pelabur luar untuk melabur di Sabah ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini merupakan projek besar dan mampu untuk bangunkan negeri ini.

      Delete
  11. Teruskan menarik lebih ramai pelabur. Bukan saja SDC tapi disebabkan oleh keadaan aman yang ada di Sabah menarik pelabur luar juga untuk datang melabur.

    ReplyDelete
  12. Kestabilan dan keharmonian di Sabah turut menggalakkan pelaburan asing masuk ke negeri ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju, kestabilan yang ada di sini merupakan antara faktor penting untuk menarik pelabur datang ke sini.

      Delete
  13. ini akan dapat meningkatkan lagi pencapaian ekonomi negeri Sabah.

    ReplyDelete
  14. SDC akan membuka banyak peluang ekonomi dan pekerjaan.

    ReplyDelete
  15. As Sabah progresses into the 10MP and the SDC,the Government would continue to plan and implement timely projects with the overall aim of uplifting standards of living.

    ReplyDelete
  16. Sabah semakin mendapat perhatian pelabur2 asing.. malah pelaburan swasta negeri ini juga adalah yang tertinggi sekali di Malaysia..

    ReplyDelete