Wednesday 11 July 2012

SELESAIKAN MASALAH AIR BERTAKUNG




TERJEJAS.......Kelihatan Idin Ali Ahmad bergambar berlatar belakangkan rumah penghuni yang terjejas akbat air bertakung.

OLEH: KREW SABAHKINI.NET

TUARAN: Penghuni tiga buah rumah di Kampung Kota Tuaran dekat sini menyatakan kesukaran keluar kerana air bertakung mengakibatkan jalan masuk  ke rumah mereka telah menjejaskan pergerakan harian dan menggesa kerajaan mengalirkan air itu dengan segera.

Wakil penduduk, Idin Ali Ahmad berkata, penghuni terlibat menyatakan kekecewaan mereka kerana beberapa aduan berhubung air bertakung yang memerlukan penyelengaraan sudah disampaikan kepada kerajaan; namun sehingga sekarang tiada sebarang tindakan diambil.

"Kami merasa bimbang jika hujan lebat berterusan yang akan mengakibatkan air bertambah besar dan sekiranya kerajaan tidak bertindak untuk membina sistem perparitan yang lebih teratur maka sudah tentu masalah ini akan berpanjangan," kata Idin yang kesal dengan sikap tidak prihatin pihak berkuasa tempatan.

Tinjauan ditempat yang terjejas oleh air bertakung itu mendapati kejadian tersebut berpunca daripada sikap beberapa penduduk yang telah melakukan kerja penimbusan tanah tetapi tidak menyediakan sistem perparitan untuk mengalirkan lebihan air.

"Saya nampak sendiri kebanyakan penghuni tidak selesa dan terpaksa menempuh derita akibat masalah yang begitu membelenggu kehidupan harian mereka. Penghuni bimbang jika air terus bertakung akan mudah bagi penyakit menyerang mereka. Oleh itu adalah diharapkan masalah itu akan dapat diatasi dengan kadar yang segera," kata Idin lagi.

Dalam pada itu, Idin yang juga bekas seorang guru turut melahirkan kurang senang terhadap tindakan beberapa pemaju perumahan di kampung itu kerana tidak menghiraukan kepentingan penduduk kampung apabila didapati beberapa kawasan perumahan yang telah siap tetapi tidak mempunyai sistem peparitan lebih teratur sehingga mendorong berlakunya banjir kilat.

10 comments:

  1. sistem pengairan harus diselenggara agar lebih sistematik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila sudah diselenggarakan, jangan pula ada penduduk kampung yang merosakkannya..

      Borneo Paradise (Blog)
      Borneo Paradise (Facebook)

      Delete
  2. Penduduk kampung pernah gotong-royong untuk baiki saluran air di kampung ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. perkara yang boleh dilakukan sendiri oleh penduduk kampung patut dilakukan sendiri oleh penduduk kampung.. ketua kampung perlu memainkan peranan dalam hal ini..

      Borneo Paradise (Blog)
      Borneo Paradise (Facebook)

      Delete
  3. Mungkin penduduk kampung ada cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah ini.

    ReplyDelete
  4. Bagus juga cadangan gotong-royong itu. Ini dapat menyelesaikannya dan pada masa yang sama juga dapat mengeratkan lagi hubungan kemasyarakatan yang terjalin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, lebih gotong royong untuk membesarkan parit dan membersih.

      Delete
  5. Saliran perparitan harus dipertingkatkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan penduduk kampung juga perlu bertanggungjawab bila mana tindakan2 mereka telah merosakkan sistem perparitan tersebut.. jangan sewenang2nya menuding jari kepada pihak kerajaan jika masalah itu berpunca dari diri sendiri..

      Borneo Paradise (Blog)
      Borneo Paradise (Facebook)

      Delete
  6. "..kejadian tersebut berpunca daripada sikap beberapa penduduk yang telah melakukan kerja penimbusan tanah.."

    kenapa tidak arahkan saja penduduk2 yang melakukan penimbusan tanah itu untuk memperbetulkan semula saliran yang dirosakkan oleh mereka??

    Borneo Paradise (Blog)
    Borneo Paradise (Facebook)

    ReplyDelete