Tuesday 24 July 2012

SEMAKIN RAMAI PELAJAR SABAH DAPAT PTPTN




Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

ALHAMDULILAH saya memanjatkan rasa syukur kepada ALLAH SWT atas limpah kurniaNYA dan keizinan-Nya, hasrat saya untuk memberi kesedaran betapa pentingnya memiliki pendidikan untuk meminjam masa depan yang cerah di samping membawa keluarga keluar dari kepompong kemiskinan pada ketika ini diterima baik oleh semua ibubapa dan pelajar.

Kesedaran ibu bapa dan ditambah dengan ketabahan dan kesabaran guru-guru untuk melihat anak-anak atau pelajar mereka berjaya dalam bidang pendidikan telah membantu saya dalam mencapai hasrat saya, walaupun saya baru 4 tahun menjadi Wakil Rakyat bagi kawasan Parlimen P188 Silam; namun ia bukan halangan kepada saya untuk meningkatkan jumlah anak-anak saya dari kawasan Parlimen Silam untuk meneruskan pelajaran mereka ke IPTA dan IPTS.

Statistik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional bagi kemasukan Pelajar ke IPTA dan IPTS bagi pengambilan September 2012 menunjukkan satu peningkatan yang cukup memberangsangkan apabila jumlah anak-anak saya dari kawasan Parlimen Silam untuk memasuki IPTA dan IPTS amat tinggi walaupun Parlimen Silam dikenali sebagai Parlimen Luar Bandar, namun itu bukan alasan untuk gagal dalam apa jua bidang.

Berikut statistik yang dikeluarkan oleh PTPTN bagi 25 Parlimen di Negeri Sabah.

P167 Kudat - 73
P168 Kota Marudu - 85
P169 Kota Belud - 117
P170 Tuaran - 169
P171 Sepanggar - 1
P172 Kota Kinabalu - 524
P173 Putatan - 8
P174 Penampang - 55
P175 Papar - 85
P176 Kimanis - 25
P177 Beaufort - 90
P178 Sipitang - 26
P179 Ranau - 151
P180 Keningau - 187
P181 Tenom - 46
P182 Pensiangan - 10
P183 Beluran - 38
P184 Libaran - jumlah termasuk dengan Parlimen Sandakan
P185 Batu Sapi - 10
P186 Sandakan - 343
P187 Kinabatangan - 24
P188 Silam - 285
P189 Semporna - 86
P190 Tawau - 506
P191 Kalabakan - Jumlah termasuk dalam Parlimen Tawau

Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada anak-anak saya yang berjaya ditawarkan melanjutkan pelajaran ke ITPA dan ITPS bagi tahun ini, begitu juga dengan ibubapa dan guru-guru yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk anak-anak saya.

Saya juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada anak-anak saya yang tidak berjaya ditawarkan tempat untuk melanjutkan pelajran ke IPTA dan ITPS kerana berjaya mencuba tidak kenal erti putus asa sebelum berjuang, namun kegagalan memasuki Universiti bukan bermakna anak-anak saya sudah tidak mempunyai harapan untuk berjaya dalam hidup. ALLAH SWT telah menentukan di mana kita akan berjaya dalam hidup.

Akhirnya, jika ingin berjaya dalam mencapai hasrat yang diimpikan perlu satu pasukan yang dianggotai oleh semua termasuklah ibubapa, guru-guru, pelajar dan Wakil Rakyat di sesuatu kawasan tersebut barulah segala hasrat murni akan tercapai.

Sekian, Wassalam

DR HAJI SALLEH HAJI KALBI
Ahli Parlimen Malaysia P188 Silam.

6 comments:

  1. para pelajar kena gunakan peluang belajar di IPT dgn baik. belajar bersungguh-sungguh.

    ReplyDelete
  2. PTPTN ni sebenarnya amat diperlukan dan tuntutan sesetengah pihak supaya PTPTN ni dimansuhkan sememangnya tidak patut.

    ReplyDelete
  3. Mereka yang mendapat PTPTN perlu membayar balik pinjaman ni supaya kerajaan masih mempunyai wang pusingan PTPTN untuk pelajar2 yang bakal masuk IPTA/IPTS di masa akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duit PTPTN perlu digunakan sebaik mungkin untuk pelajaran.

      Delete
  4. Pelajran memang penting pada masa kini, jadi para pelajar perlu berusaha dengan lebih gigih lagi.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kepada PTPTN kerana memberikan pinjaman pendidikan.

    ReplyDelete