“DAKWAAN yang dilemparkan
tidak boleh disamakan dengan Diktator. Diktator yang dipimpin Dr Mahathir
adalah diktator terpimpin, dalam erti kata yang sebenar pemimpin yang tegas dan
berpegang kepada prinsip.
“Kepimpinan sebegini
diperlukan negara seperti Malaysia yang majmuk kerana sering dibelenggu
sensitiviti kaum. Pemimpin seperti ini juga diperlukan negara yang mahu
pembangunan berterusan tanpa terencat,” kata Pakar Geo Strategis Universiti
Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan kepada Sinar Harian.
Pensyarah Kanan Kajian
Komunikasi Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri
Amir pula menyifatkan Dr Mahathir boleh dilabel sebagai kepimpinan separuh
diktator.
Katanya, separuh diktator
yang dimaksudkan adalah apabila Dr Mahathir telah melakukan beberapa perkara
bercirikan kepimpinan diktator.
Antara ciri yang dilabelkan
Jeniri sebagai diktator adalah apabila Dr Mahathir telah menahan 106 orang
termasuklah beberapa pemimpin pada 1987 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA).
“Ciri keduanya, apabila Akta
Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 digubal, urusan undang-undang mengenai
penggunaan percetakan, penerbitan dan agihan penerbitan telah dicampuri Dr
Mahathir, sekali gus menghalang penerbitan akhbar parti pembangkang semasa
pemerintahannya,” katanya.
Maksudnya “diktator
terpimpim” atau “separuh diktator” adalah diktator. Tambahan kepada diktator
sedia ada hanya ingin melunakkan cerita dan supaya agak berlapik dalam
menyampaikan kata-kata. Jadinya tidaklah nampak sangat mahu kutuk Dr Mahathir. Sila
Rujuk Wikipedia dan tidak payahlah Dr Mahathir meminta pandangan dari
pengunjung blognya lagi.
No comments:
Post a Comment