Monday 23 July 2012

SIAPA MUSUH ALLAH; PAS, DAP & PKR?




Oleh : AZMAN ABAS

KUALA LUMPUR : “Apa dalil yang dipakai dan berpandukan kepada nas Al-Quran yang boleh menimbulkan kekeliruan yang dikhuatiri boleh membawa kepada kesesatan dan yang paling kita bimbangi merosakkan akidah.

“Ini kerana selepas wafatnya Rasulullah s.a.w, tidak ada lagi wahyu yang diturunkan dan jika benar kata-kata itu keluar daripada Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Aziz, beliau perlu memberikan penjelasan lebih lanjut,” kata bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ghazali Ahmad.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Aziz yang mengatakan bahawa Allah mengarahkan Pas untuk menawan Putrajaya daripada musuh-musuh Allah baru-baru ini.

Mengulas lebih lanjut, Ustaz Ghazali seterusnya mempersoalkan bagaimana pula hubungan Pas dengan DAP di dalam pakatan pembangkang yang turut disertai PKR.

“Apakah ini juga sama dalam konteks di atas. Jika Allah mengarahkan Pas untuk menawan Putrajaya daripada musuh Allah, itu jugalah yang kita terfikir setelah mereka bersahabat dan berkongsi pentas dengan DAP serta PKR untuk menentang kerajaan yang ada hari ini.

“Mungkin alasan yang sama boleh digunapakai .Itu adalah pandangan saya dan seeloknya kita mahu dengarlah pula pandangan serta penjelasan daripada pimpinan Pas hari ini,” katanya.

Ustaz Ghazali seterusnya menambah beliau sama sekali tidak mahu mempertikaikan apa yang diutarakan itu, cuma inginkan sedikit penjelasan kerana apa yang diutarakan oleh Nik Abduh itu amat mengelirukan.

“Janganlah gara-gara terlalu ghairah untuk menawan Putrajaya, kata-kata yang boleh mengelirukan boleh dikeluarkan sedemikian rupa.

“Apakah makna semua ini? Semua pihak boleh berpolitik tetapi biarlah ada cara dan kena dengan gaya. Siapakah musuh-musuh Allah itu hinggakan Allah mengarahkan Pas menawan Putrajaya? Ceritakan dengan lebih lanjut. Saya pun nak tahu juga,” katanya. (MediaUMNO)



No comments:

Post a Comment