Monday 9 July 2012

SIAPA SAHAJA ADA HAK LOBI JADI CALON




SANDAKAN : Ketua Umno Bahagian Batu Sapi, Datuk Samsudin Yahya, menegas- kan sesiapa pun ada hak untuk melobi menjadi calon, tambahan pula parti Umno tunjang kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan dasar demokrasi tetapi perlu diperingatkan bahawa jangan sampai memburuk-burukkan dan mengaib individu tertentu.

Beliau kesal dengan sesetengah pihak apabila cuba melontar bermacam-macam tohmahan sedangkan perjuangan Umno adalah untuk menyatupadukan bangsa dan bukannya mengambil kesempatan sehingga menjejaskan reputasi seseorang.

“Saya tahu sesetengah pihak cuba mengaibkan saya termasuk menggunakan media sosial seperti Facebook dan sebagainya. Tiada salahnya untuk melobi menjadi calon, tetapi jangan pula sampai ke tahap memburuk-burukkan seseorang.

“Ini tidak baik sebenarnya hanya membawa kehancuran kepada parti keramat ini. Saya beritahu rakan-rakan saya, biarkanlah mereka. Yang penting saya jalankan tanggungjawab kepada parti dan bekerja untuk rakyat sebagai wakil rakyat yang dipertanggungjawabkan,” jelasnya.

Berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Batu Sapi 2012 di Dewan Masyarakat Masyarakat di sini kelmarin, beliau berkata, tindakan sesetengah pihak ini adalah untuk kepentingan diri dan sekali gus memperlihatkan kepimpinan tiada halatuju perjuangan.

Ini katanya, mereka sanggup mengaibkan seseorang semata-mata untuk memperjuangkan politik singkat sedangkan senarionya berlaku di dalam parti.

Wakil rakyat Sekong itu mahu rakyat di kawasan ini supaya tidak akan terpengaruh kerana apa yang diperkatakan adalah berpaksikan kepada politik singkat semata-mata.

“Umno yang memperjuangkan keikhlasan dalam perjuangan tidak akan membiarkan politik seperti ini. Ia diibaratkan seperti ‘Duri dalam daging’ dan saya sebagai wakil rakyat tidak tunduk dengan segala tohmahan kerana apa yang penting bagi saya ialah kepentingan rakyat di kawasan Sekong dapat saya perjuangkan.

“Kalau kita asyik melayan perkara remeh-temeh ini mungkin sukar untuk kita bekerja, padahal banyak lagi kerja yang kita nak buat,” tambahnya sambil mengingatkan pihak-pihak tertentu supaya berpolitik mengikut saluran yang betul dan bukan mengadu domba sehingga mengaibkan seseorang.

Mengenai mesyuarat pergerakan itu, Samsudin berkata peranan Wanita Umno sebagai sayap penting parti merupakan penentu kepada kemenangan kerajaan BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 khususnya di kawasan Sekong.

Beliau bangga dengan tahap kerjasama yang ditunjukkan pergerakan itu tambahan lagi kerapnya mereka turun padang untuk meraih sokongan rakyat di peringkat akar umbi.

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya kekuatan sedia ada dipertingkatkan termasuk menjalin kerjasama dengan rakan-rakan komponen BN sekali gus tidak akan memberi peluang kepada mana-mana parti pembangkang yang menggugat kekuatan BN.

23 comments:

  1. kerjasama dan perpaduan di kalangan parti2 komponen BN di sabah adalah kukuh..

    ReplyDelete
  2. biarlah pucuk pimpinan parti yang memilih calon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Im sure najib will select the best choice to represent BN.

      Delete
  3. pemimpin yang bersih dan amanah menjalankan tugasnya tentu akan disayangi rakyat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika tau menjalankan tugas dan sentiasa berkhidmat untuk rakyat, pasti akan jadi pilihan rakyat.

      Delete
  4. tidak semua yang dilemparkan oleh sesetengah pihak itu benar

    ReplyDelete
  5. rakyat kenalah berhati-hati dalam menilai parti yang dipilihnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini akan menentukan masa depan semua golongan.

      Delete
  6. dan perlu bijak sebagai pengundi di PRU13 nanti

    ReplyDelete
  7. siapa pun boleh jadi calon.. tapi pilih calon yang benar2 baik.

    ReplyDelete
  8. Pemilihan calon amat penting untuk menyakinkan rakyat.

    ReplyDelete
  9. Parti komponen harus bersefahaman dan memperjuangkan agenda yang sama.

    ReplyDelete
  10. Harus menumpu perhatian kepada perkara yang lebih penting dan mustahak khas kepentingan untuk rakyat.

    ReplyDelete
  11. Its all up to the leader to decide.

    ReplyDelete
  12. The people know who they want.

    ReplyDelete
  13. Tidak perlu guna taktik kotor untuk mendapat pencalonan.

    ReplyDelete
  14. eri pencalonan kepada pemimpin yang benar2 layak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. lebih dicalon yang dipilih adalah calon yang terbaik.

      Delete
  15. Akhirnya tahu la siapa Datuk S.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. tapi yang herannya boleh pula dia buat kenyataan di media.. kenapa tidak kena tangkap? tidak cukup bukti?

      Delete
  16. Melobi rasanya tidak ada salah. Kalau terpilih itu sudah nasib dialah tapi kalau tidak makna itu bukan rezeki dia sudah.

    ReplyDelete
  17. cuma ada hak melobi saja la.. untuk jadi calon, belum tentu lagi..

    ReplyDelete