Monday 16 July 2012

SISTEM TENDER BAZAR RAMADAN SANDAKAN





WAWANCARA….V.K Liew sedang di wawancara Sabahkini.Net mengenai isu Gerai Ramadan.

Oleh : SHAIMON S JUMADI          Foto : SAFFIE S JUMADI

TIMBUL rasa tidak puas hati di kalangan penjaja setempat mengenai kadar sewa Gerai Bazar Ramadan tahun ini setelah Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang dikatakan bakal mengenakan sebut harga terbuka (open tender) RM2,000 sebulan.

Sabahkini.net yang sentiasa mengikuti perkembangan mengenai isu ini ekoran tindakan MPS yang bakal mengenakan tender terbuka hampir mencetuskan perhimpunan aman di hadapan Supermaket Milimewa minggu lalu melibatkan 500 penunjuk perasaan, tetapi dibatalkan setelah persetujuan awal dicapai.

Sabahkini.net berkesempatan menemui Ahli Parlimen Sandakan, Datuk Liew Vui Kiong di Markas Pendaftaran Bantuan Ramadan di perkarangan Bangunan Plaza Elopura kelmarin untuk mendapatkan penjelasan behubung isu gerai berkenaan.

Sejurus menghubungi Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Haji Mohd Hamsan Hj Awang Supain, Liew menjelaskan dengan terperinci mengenai keududukan gerai bazar Ramadan tersebut.

Menurut penjelasan Hamsan kepadanya, Liew berkata, sejumlah lebih 200 gerai dan 80 daripadanya akan menggunakan sistem tender terbuka kepada semua penjaja terbabit yang tidak menyebut berapa nilai harganya, terpulanglah kepada penender berapa nilai yang diletakkan.

Contohnya, kata Liew, jika seseorang penender itu meletakan nilai kadar RM1,000 maka jumlah nilai itulah yang akan diterima, pihak MPS tidak berhak untuk meletakan harga sewaan tersebut kerana tertakluk kepada kemampuan penjaja masing-masing.

Bagaimanapun Liew akan menemui Presiden MPS masa terdekat untuk berbincang lanjut mengenai Gerai Bazar Ramadan dan berharap tidak timbul sebarang keraguan lagi seperti tahun lalu sehingga isu ini disiasat SPRM.

Sementara itu, salah seorang penjaja, Karim, menjelaskan di musim-musim perayaan sebegini, memang ramai yang mengambil kesempatan apabila mereka mendapat tender tersebut daripada pihak MPS dengan nilai harga sewaan RM1,500; maka mereka akan mensub-pajak gerai berkenaan dengan harga RM2,000 sehingga RM5,000.

"Kita harap SPRM tidak akan berdiam diri kerana tahun lalu hanya seorang sahaja Ahli Majlis MPS yang dipanggil untuk disoal siasat sedangkan ramai yang terlibat," ujar Karim lagi.

No comments:

Post a Comment