Tuesday 24 July 2012

SPRM BOLEH BUKTI KEBERKESANAN SEGERA




KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak perlu menunggu sehingga 10 tahun untuk membuktikan keberkesanan menangani rasuah di negara ini, kata Anggota Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah Datuk Abdul Rahman Dahalan.

Beliau berkata sebagai rujukan, Badan Pencegah Rasuah yang paling terkenal di dunia seperti Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) di Hong Kong juga memerlukan sekitar 10 tahun sebelum membuktikan kejayaan dan keberkesanan operasi mereka.

"Saya rasa kita tidak perlu ambil masa sampai begitu lama untuk menjadikan SPRM sebagai sebuah agensi anti rasuah yang berkesan. Rakyat hanya perlu memberi sokongan moral kepada SPRM sekarang," katanya di dalam entri terbaru blognya.

Abdul Rahman, yang dilantik untuk penggal kedua sebagai anggota jawatankuasa berkenaan berkata sepanjang penggal pertama, beliau mendapat banyak pengalaman dan pengetahuan mengenai perjalanan SPRM dan fenomena rasuah di negara ini.

Antara cadangan lain yang masih dalam perhatian kerajaan ialah memberi kuasa pendakwaan kepada SPRM tanpa perlu melalui Peguam Negara dan cadangan meletakkan SPRM di bawah seliaan Parlimen secara langsung dan bukannya Jabatan Perdana Menteri. (Bernama)

6 comments:

  1. SPRM mmg badan pencegah rasuah yang efisien dalam banteras rasuah.

    ReplyDelete
  2. memberikan kuasa pendakwaan kepada SPRM adalah suatu cadangan yang baik. biar kes dapat selesai dengan cepat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. diharap SPRM dapat meningkatkan kualiti kerja mereka

      Delete
  3. SPRM perlu melaksanakan tanggungjawab dengan amanah

    ReplyDelete
  4. Semoga SPRM dapat mencontohi ICAC Hong Kong.

    ReplyDelete
  5. Betul..SPRM perlu mencontohi yang lebih terbaik dari SPRM sendiri. Ini bagi memberikan semangat kepada SPRM untuk menjalankan tugas mereka.

    ReplyDelete