Thursday 5 July 2012

SSM SIASAT KEWANGAN SUARAM




KUALA LUMPUR : Suara Inisiatif Sdn Bhd, syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan Suara Rakyat Malaysia (Suaram), akan diarah mengemukakan dokumen relevan mengenai syarikat tersebut, menurut Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini.

Ketua Perhubungan Awam SSM, Mohamad Shahren Mohamad Yusri berkata notis mengenai arahan itu akan diserahkan kepada pegawai syarikat itu mengikut Seksyen 7B (2) Akta Syarikat 1965 bagi memastikan syarikat itu mematuhi peruntukan Akta Syarikat 1965.

Pada Ahad lalu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah mendakwa Suaram tidak didaftar sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) tetapi didaftar sebagai sebuah syarikat bernama Suara Inisiatif Sdn Bhd dengan modal berbayar RM2.

Azwanddin yang membuat pemeriksaan di SSM mendapati jumlah pendapatan syarikat itu adalah RM497,137 pada 2009 dan RM411,226 pada 2010.

Mohamad Shahren berkata kegagalan syarikat itu mematuhi notis untuk menyerah dokumen yang dikehendaki boleh menyebabkan tindakan undang-undang diambil, dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tiga tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Tidak perlu waran

Menyentuh mengenai pemeriksaan rutin oleh SSM ke atas premis syarikat itu, di Gasing Indah, Petaling Jaya semalam, Mohamad Shahren berkata ia dibuat mengikut Seksyen 7B (1) Akta Syarikat 1965 yang membenarkan pegawai pemeriksa SSM memasuki mana-mana premis perniagaan untuk tujuan itu.

Beliau menegaskan SSM tidak perlu mempunyai waran untuk melakukan pemeriksaan rutin terhadap syarikat itu, dan waran hanya akan dikeluarkan sekiranya pihak SSM ingin melakukan siasatan terhadap premis itu.

“Semalam, pengawai pemeriksa SSM hanya ingin menjalankan pemeriksaan rutin mengikut Akta Syarikat 1965, dan notis yang dibawa oleh kami tidak diterima dan pihak Suara Inisiatif meminta kami mengemukakan waran supaya boleh memasuki premis mereka.

“Bagi mengelakkan suasana tegang, pegawai SSM telah meninggalkan premis berkenaan dan tidak pernah berjanji dengan pegawai Suara Inisiatif, yang pegawai SSM akan kembali pada pukul 10.30 pagi ini seperti yang didakwa,” jelas Mohamad Shahren.

Suaram gagal daftar ROS

Sehubungan itu, beliau menasihati semua pihak agar memberi kerjasama kepada pegawai pemeriksa SSM ketika menjalankan tugas mereka.

Sementara itu, Penyelaras Dokumentasi dan Pemantauan Suaram Wong Kar Fai berkata Suaram, seperti juga organisasi lain bukan kerajaan, telah diminta mendaftar dengan Pendaftar Syarikat (ROC) sejak 2002 bila ia menghadapi pelbagai sekatan dan halangan untuk didaftarkan dengan ROS.

“Suaram telah beroperasi selama 23 tahun dan kita tidak ada apa-apa hendak disembunyikan dan sedia mematuhi apa-apa syarat ditetapkkan di bawah undang-undang dalam mengemukakan rekod kami yang diaudit sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata Suaram dibiayai dengan sumbangan dan derma orang ramai dan badan swasta serta bertanggungjawab sepenuhnya kepada pembiaya, dan tetap merupakan badan tidak mencari untung. (Bernama)

9 comments:

  1. kita tunggu hasil siasatan baru kita tau status sebenar Suaram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, sama2 kita tunggu result siasatan tu.

      Delete
  2. Hopefully the truth about this case will be revealed.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. We should wait for further investigation from the Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Baguslah kalau SSM mahu melakukan siasatan kepada SUARAM mengenai kewangan mereka.

    ReplyDelete
  5. SUARAM memang meragukan dan memang perlu disiasat.

    ReplyDelete
  6. Jangan pula SUARAM dibiayai oleh pihak dari luar negara.

    ReplyDelete
  7. SUARAM ni NGO ka syarikat??

    ReplyDelete
  8. siasat saja la.. tapi apa sebenarnya masalah yang boleh disumbangkan jika benar suaram ini sebuah syarikat atau dibiayai oleh syarikat?

    ReplyDelete