Tuesday 24 July 2012

TAHNIAH! NCR MENANG LAGI




GEMBIRA.... Penduduk Kg. Lakang Paitan Beluran bergambar bersama Peguam Datuk Kong Hong Ming di luar Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pagi kelmarin.

Oleh : GALUS AHTOI

AKHIRNYA, Tanah Adat (NCR) penduduk Kg. Lakang, Paitan dalam Daerah Beluran 'mungkin' sah menjadi hak milik mereka selepas menang di Mahkamah Tinggi Kota kinabalu pada 26 Ogos 2011 dan pagi kelmarin 23 Julai 2012, pihak perayu telah menarik diri daripada merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu di Mahkamah Rayuan. Pihak Jabatan Tanah dan Ukur Sabah juga tidak membuat rayuan.

Tahniah kepada seluruh warga Kg. Lakang, Paitan, Beluran yang telah berjuang dan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Peguam Pakar NCR, Datuk Kong Hong Ming yang senantiasa membantu orang asal yang tertindas.

Tidak semua Orang Asal berpeluang mempertahankan hak mereka ke atas tanah adat sehingga ke peringkat Mahkamah. Dalam hal ini kerajaan sepatutnya menjalankan tanggungjawab mereka untuk menjaga dan menghormati hak orang asal sepertimana yang sudah jelas disebut dalam perundangan.

Bagaimanapun, sebelum ini Peguam Pakar NCR yang mewakili penduduk kampung Imahit, Tenom baru-baru ini telah dimaklumkan bahawa perbicaraan/pendengaran bagi kes Rayuan Pendakwaraya (Kerajaan Sabah dan Persekutuan) lawan Penduduk Kg. Imahit, Tenom telah ditunda ke satu tarikh yang akan ditentukan kemudian.


 


Walaupun sudah lebih 100 orang penduduk kampung yang sudah berada di Kota Kinabalu yang datang sejak awal pagi tadi untuk mendengar kes tersebut, namun atas sebab tertentu perbicaraan berkenaan ditunda.

Senario seperti ini tidak dapat dielakkan dalam proses tuntutan undang-undang demi mempertahankan hak mereka terpaksa berulang alik ke mahkamah, walaupun hak tersebut sudah termaktub dalam perundangan.

Mereka semua merayu agar rakyat Sabah berjuang bersama mereka menyelamatkan Tanah Adat (NCR) dengan mendesak Kerajaan Negeri segera menubuhkan 'Tribunal Tanah' bagi 'Penjenayah Tanah Adat'.

19 comments:

  1. harap tribunal tanah adat akan ditubuhkan segera untuk menyelesaikan isu2 tanah NCR di sabah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, the Tribunal should take place to resolve the NCR matter.

      Delete
    2. Kerajaan harus mencari jalan untuk melindungi hak milik tanah agar tidak dirampas tanpa dikesan.

      Delete
  2. Baguslah. Ini bermakna keadilan itu tetap ada walau diri terasa dibebani dengan 1001 masalah.

    ReplyDelete
  3. Semoga kemelut penduduk asal sabah berhubung dengan tanah dapat ditanggani dengan baik dan pastikan juga Tribunal tanah dapat ditubuhkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini juga kerajaan harus usahakan untuk melindungi hak milik penduduk.

      Delete
  4. tahniah. hak2 penduduk mmg akan dilindungi.

    ReplyDelete
  5. harap kes2 yang lain jg akan memihak kepada penduduk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika benar, pasti keadilan akan memihak kepada pemilik juga.

      Delete
  6. Masih banyak lagi kes tanah NCR yang masih belum selesai. harap2 semuanya dapat diselesaikan dengan baik dan penduduk dapat hak mereka seperti penduduk Kg. Lakang, Paitan.

    ReplyDelete
  7. Tahniah kepada penduduk dan syabas kepada peguam yang telah membawa kemenangan ni.

    ReplyDelete
  8. Syabas mahkamah menentukan keputusan yang baik.

    ReplyDelete
  9. Congrat and hope more same cse will gain same result.

    ReplyDelete
  10. Mahkamah membuat keputusan yang bijak.

    ReplyDelete
  11. Hope the Tribunal success to safeguard the people property.

    ReplyDelete
  12. Isu tanah masih banyak perlu diusahakan supaya hak milik juga terjamin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih banyak lagi isu tanah NCR yang perlu diberi perhatian.

      Delete
  13. Tahniah pada mereka yang menang kes NCR

    ReplyDelete
  14. Tahniah..Semamgnya mahkamah adil kepada mereka yang benar.

    ReplyDelete