Tuesday 10 July 2012

TAMSUN, IBARAT ANJING MENGGIGIT TUAN




MEMALUKAN.....Tamsun (kanan sekali) terlibat dengan kegiatan memberi wng kepada Mat Rempit dan mengkhianati kepercayaan ahli akar umbi.

Oleh: PENA BERDARAH

BAK kata pepatah lama, ‘Ibarat anjing menggigit tuannya’; maka boleh disifatkan kepada Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Silam, Tamsun Hamimun .

Salah seorang aktivis yang juga ahli aktif PKR Silam yang hanya ingin dikenali sebagai Ramli, yang enggan gambarnya disiarkan untuk menjaga keselamatan dan kedudukan beliau, telah menemui penulis untuk menceritakan isu yang menjadi semakin hangat di Silam ini.

“Saya hairan bin pelik kerana Tamsun itu bekas ahli BN dan menjana pendapatan daripada kontrak kerajaan BN, baru-baru ini pun cabutan projek di Dewan Tun Mustapha Lahad Datu, beliau juga mendapat projek daripada Sabah Development Office (SDO). Ini bermakna beliau menerima duit daripada kerajaan namun menggunakannya untuk membiayai kegiatan parti mereka (PKR),” ujar Ramli.

Tambah Ramli lagi, kewangan PKR adalah hasil daripada Projek BN dan senario ini sangat memalukan Ahli BN di Silam kerana orang luar daerah (Semporna) seperti Tamsun boleh mendapat projek BN di Silam dan menjadi pemimpin PKR Silam.

"Baru-baru ini Program Jelajah Tawan Silam yang dihadiri oleh Ahli Parlimen Kuala Langat, YB Abdullah Sani ternyata gagal dan sangat memalukan penyokong Pakatan Rakyat di Silam," ujar seorang lagi Aktivis PKR yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Jamal..

Tegas Pak Jamal, adalah amat memalukan kerana Abdullah Sani datang dari Semenanjung Malaysia tetapi PKR Silam hanya berjaya mengumpul tidak sampai 100 orang.

"Itu pun terdiri daripada budak-budak rempit yang dibayar RM10 sahaja untuk datang dan mereka tidak boleh mengundi pun. Sebenarnya ramai juga penyokong PKR di seluruh Silam tetapi kenapa majlis penting ini begitu lengang?" tanya Pak Jamal yang tidak dapat menahan malu kerana sambutan luar biasa tersebut.

Kata Pak Jamal, kalau PKR mahu jadi pembangkang, biarlah yang disegani kawan dan ditakuti lawan dan bukannya yang tewas sebelum berjuang.




LENGANG... Abdullah Sani sedang berucap di hadapan tidak sampai 100 orang dalam Program Tawan Parlimen Silam.


Sehubungan itu, Pak Jamal berharap agar pemimpin PKR Pusat dapat mengkaji masalah ini agar tidak berlarutan dan menjejaskan gerak kerja PKR untuk menawan parlimen Silam.

"Kita yakin mampu melakukannya tetapi disebabkan para pemimpin import dan bida terjun yang terus menjadi duri dalam daging, maka kita sudah pasti tahu keputusan pilihanraya umum akan datang, terutama di Silam,” kata Pak Jamal lagi.

Selain itu, Pak Jamal memberitahu bahawa program terbaru PKR Silam juga gagal iaitu Program Jelajah Srikandi Angkatan Muda Keadilan yang juga dihadiri oleh Ketua Srikandi PKR kerana hanya mendapat sambutan kurang daripada 50 orang beliawanis.

“Saya yakin jika AJK atasan adalah orang tempatan, pasti sambutan lebih hebat. Janganlah bah rosakkan perjuangan murni kami,” katanya yang meluahkan isi hati ahli-ahli PKR Silam yang mahukan pemimpin yang berkaliber dan bukannya berkali-kali menyambar projek untuk kepentingan diri.

Kata Pak Jamal lagi, Tamsun mempunyai hubungan baik dengan Ahli Parlimen Silam, Haji Salleh Kalbi yang telah membantu Tamsun mendapatkan beberapa projek kecil dan membiayai acara PKR di Silam, terutama melalui proksi tertentu.

8 comments:

  1. PKR mmg kurang mendapat sambutan di kawasan tersebut.. PKR kena sedar mereka makin lemah. huhu..

    ReplyDelete
  2. Kawasan silam mempunyai lebih ramai penyokong BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai penyokong BN di kawasan Silam. Patut la yang hadir tidak sampai pun 100 orang

      Delete
  3. Tidak hairanlah perkara sebegini berlaku.

    ReplyDelete
  4. Kalau kita lihat dekat-dekat PRU 13 ini macam-macam karenah berlaku. Biarkan saja kita lihat apa yang akan berlaku seterusnya.

    ReplyDelete
  5. PKR nampaknya tidak tahu atau tidak faham perasaan ahli2nya sendiri. Juga tidak mengetahui langsung perihal kawasan tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin yang mereka tahu hanya perlu ada $$$ untuk meneruskan kempen politik..

      Delete
  6. saya rasa kalau Pakatan gagal merampas Puterajaya sekalipun, si Tamsun tetap tidak kisah.. sebab kepentingan dia dalam projek2 kerajaan sentiasa terjaga..

    ReplyDelete