Monday 9 July 2012

TIADA BUKTI SABAH SEBUAH NEGARA




PENGHARGAAN………Shahar (tiga dari kanan) menyampaikan cendera kenangan kepada Abdul Rahman (dua dari kiri) sebagai tanda penghargaan sambil diperahtikan oleh Musbah (kiri sekali) dan Arshad (kanan sekali) pada majlis itu.

Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI

KOTA BELUD : Proklamasi Malaysia 16 September 1963 yang dibaca oleh Donald Stephen di padang bandaran Kota Kinabalu semasa pegistiharan pembentukan negara Malaysia merupakan bukti jelas bahawa Sabah adalah satu di antara tiga belas buah negeri dalam Malaysia dan bukannya satu di antara empat dalam Malaysia seperti dakwaan Datuk Dr. Jeffrey Kitingan.

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan berkata sebagai Ahli Parlimen beliau tidak mempunyai alasan untuk tidak bersetuju dengan Datuk Dr. Jeffry Kitingan bahawa satu di antara empat jauh lebih baik daripada satu di antara tiga belas.

Namun demikian menurut Abdul Rahman, sejarah yang termaktub tidak boleh diketepikan dan tuduhan Datuk Dr. Jeffrey Kitingan mengatakan pemimpin Malaya pada ketika itu menipu rakyat Sabah adalah tidak berasas jika bersandarkan fakta sejarah yang telah termaktub.

“Katanya (Datuk Dr. Jeffrey) pemimpin Malaya telah menipu rakyat Sabah, maka saya melihat dalam sejarah bermula dengan ‘Proklamasi Malaysia’ pada 16 September 1963, pada ketika itu Tun Abdul Razak mewakili Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri turun ke negeri Sabah bersama dengan Tun Datuk Mustapha, Donald Stephen (Tun Fuad Stephen nama selepas memeluk agama Islam) mewakili kaum Kadazan berdiri di atas pentas kecil di padang bandaran Kota Kinabalu membaca satu proklamasi yang mewujudkan negara Malaysia.

“Proklamasi itu tidak dibaca oleh Tun Abdul Razak, proklamasi itu juga tidak dibaca oleh Tun Mustapha, Proklamasi Malaysia itu dibaca oleh Donald Stephen seorang Kadazan Dusun pemimpin utama kaum di negeri Sabah pada ketika itu, Proklamasi Malaysia yang dibaca oleh Donald Stephen pada ketika itu juga dibaca di padang bandaran Kucing, Sarawak secara serentak pada tarikh, bulan dan tahun yang sama.”

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Aman Kampus Di Bawah Bayu yang diadakan di Dewan Datuk Musbah Kg. Taun Gusi, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama pada majlis itu antaranya Wakli Rakyat Tempasuk, Datuk Musbah Jamli, Pengerusi Aman Kampus Nasional, Shahar Abdullah, Naib Ketua Pemuda Umno Kota Belud, Arshad Bistari serta para pemimpin setempat yang lain.

Seramai 130 mahasiswa dari UMS, UITM, Kolej Yayasan Sabah, Politeknik turut serta menjayakan program tersebut.


 


Jelas Abdul Rahman lagi, dalam Proklamasi Malaysia itu nyata dan jelas dibaca oleh Donald Stephen yang masih tersimpan dalam sejarah di Arkib Malaysia dan Arkib negeri Sabah mengatakan bahawa;

“Sesungguhnya pada hari ini tanggal 16 September 1963 dengan keberkatan tuhan, hari ini tertubuh sebuah negara yang di namakan Malaysia yang akan terus merdeka sampai bila-bila dan negara Malaysia ini akan terdapat negeri-negeri yang akan bernaung di bawah negara Malaysia ini, Donald Stephen menyebut setiap negeri-negeri tersebut bermula dari Perlis,Kedah, Johor sehingga negeri Sabah."

Menurutnya, pada waktu itu 16 September 1963, pemimpin Huguon Siou Kadazan Dusun, Donald Stephen dan juga Tun Mustapha sudah mengetahui bahawa sesungguhnya penubuhan negara Malaysia itu adalah Sabah dan Sarawak bersetuju menjadi sebahagian daripada negeri seperti yang tertulis di dalam Deklarasi Malaysia ataupun Proklamasi Malaysia.

Katanya lagi, dokumen Proklamasi Malaysia yang amat penting ia bukannya satu ‘ucapan’ ia adalah satu ‘Proklamasi’ yang menunjukkan kesatuan 13 buah negeri dengan terang dan jelas setiap negeri tersebut disebut namanya tidak terkecuali nama negeri Sabah dan Sarawak yang disebut sendiri oleh Donald Stephen.

“Itu sejarah, kita tidak boleh lari daripada sejarah, mungkin kita mempunyai pemikiran yang lain pada masa ini, tetapi pada masa itu jelas bahawa Donald Stephen, Tun Mustapha dan lain-lain pemimpin di negeri ini pada ketika itu tahu bahawa Sabah akan menjadi salah satu negeri di bawah naungan negara Malaysia.” terang Abdul Rahman lagi.

Tambah Abdul Rahman lagi oleh kerana beliau masih tidak berpuas hati lagi dengan Proklamasi Malaysia kerana beliau juga mahu satu di antara empat seperti yang didakwa oleh Datuk Dr. Jeffrey, maka beliau kembali sekali lagi merujuk kepada sejarah pada September 1963 ketika Parlimen Malaysia sudah wujud.

Jelasnya, apabila tertubuhnya Malaysia maka Ahli-Ahli Parlimen dari Sabah juga sudah ada di dalam Parlimen Malaysia, di dalam penyata Parlimen sepanjang  tahun 1963, 1964 setiap kali pemimpin negara berucap pada waktu itu dan juga Ahli-Ahli Parlimen dari Sabah, semua mengatakan Sabah adalah salah satu di antara tiga belas buah negeri dalam Malaysia.

“Itu bukan saya yang cakap, tetapi saya membaca dari penyata rasmi Parlimen, tidak ada seorang pun mengatakan kita mempunyai keyakinan negara Malaysia yang terdiri daripada Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia dan Singapura akan maju.”

“Sebaliknya ucapan daripada Ahli-Ahli Parlimen dari Sabah, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman, Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak pada ketika itu dan seluruh menteri dalam Kabinet Menteri Malaysia semua menyatakan apabila disebut Malaysia dan negeri-negeri bahawa Sabah dan Sarawak sama dengan negeri yang lain,” katanya lagi.

Abdul Rahman juga merujuk dokumen belanjawan negara kita tahun 1963, 1964, 1965, 1966, dokumen belanjawan seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri sekarang ini, apabila belanjawan itu dibentangkan di Parlimen sekali lagi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada waktu itu di Parlimen pada ketika itu semua menunjukkan bahawa Sabah adalah satu di antara tiga belas negeri.

Terang Abdul Rahman lagi, tidak ada seorang pun Ahli-Ahli Parlimen dari Sabah yang bangun termasuk Donald Stephen dan Tun Mustapha membantah apa yang telah dibentangkan pada ketika itu, tidak ada seorang pun dari Sabah yang mengatakan Sabah masuk Malaysia satu di antara empat bukannya satu di antara tiga belas.

“Kita tidak boleh merujuk kepada Tun Mustapha, Donald Stephen dan pemimpin Sabah yang lain kerana mereka telah meninggal dunia, bapa-bapa kemerdekaan semuanya sudah tidak bersama kita tetapi kita boleh merujuk kembali kepada sejarah.

“Sebab itu saya kira pada waktu itu pemimpin kita bersetuju bahawa negara Malaysia diwujudkan dan negeri Sabah adalah satu diantara tiga belas, jadi walaupun saya amat-amat bersetuju supaya kita adalah satu di antara empat tetapi kita tidak boleh lari dari perjanjian itu, apa yang penting sekarang ialah kita harus bekerja kuat,” tambah Abdul Rahman lagi.

12 comments:

  1. kita perlu tau sejarah sebenar tanah air kita.

    ReplyDelete
  2. sejarah jangan diputar belit hingga mengelirukan rakyat terutama golongan muda.

    ReplyDelete
  3. Jagalah kepentingan dan hak penduduk Sabah. Sabah tidak sama seperti dahulu kala yang tidak tahu bersuara. Tapi sekarang sudah berbeza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hak2 Sabah perlu dijaga atau dikekalkan.

      Delete
  4. Betul itu..Kepentingan Sabah itu yang perlu diberikan. Jangan biarkan hak penduduk Sabah terpinggir. Semoga perkara ini dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
  5. Kita perlu merujuk kepada sejarah. Banyak sejarah yang golongan muda tidak tahu dan mudah diputarkan.

    ReplyDelete
  6. Agreemant Malaysia yang ditandatangani dokumennya di London, perlu melaksanakan Akta Malaysia untuk menubuhkan Kerajaan Malaysia ketika itu. Perkara ini telah dimasukkan di dalam artikel 1: Iaitu artikel ini menerangkan bahawa negeri-negeri yang terlibat dalam Persekutuan Malaya, Singapura,Sabah dan Sarawak setaraf dengan negeri-negeri di dalam Malaysia.

    ReplyDelete
  7. Ini menunjukkan bahawa Sabah, Sarawak dan negeri-negeri di dalam Persekutuan Malaya dan Singapura adalah satu kompenan negeri di dalam Malaysia. kenyataan pihak pembangkang yang menyatakan Sabah adalah sama taraf dengan Kerajaan Malaysia adalah tidak benar sama sekali dan menyalahi Perlembagaan dalam Akta Penubuhan Malaysia.

    ReplyDelete
  8. selepas 10 tahun Sabah menyertai Malaysia, dan sehingga kini, 48 tahun Sabah Merdeka didalam gagasan Malaysia . Sabah tidak pernah lagi berdepan dengan satu situasi cemas yakni tidak berlaku konfrontasi antara rakyat Sabah kepada Kerajaan Persekutuan. Kehidupan harmonis menjadi pegangan utama rakyat Sabah dan inilah bukti mengapa pada tempoh tersebut tidak ada pungutan suara untuk mengkaji semula Perjanjian Malaysia.

    ReplyDelete
  9. Sabah bukan sahaja hidup aman damai tetapi kini mengecapi nikmat pembangunan infrastruktur secara berperingkat-peringkat dan ini adalah usaha bersama di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

    ReplyDelete
  10. Sabah Is sabah... Not negeri.. Lihat baik2 sejarah bila negara sabah merdeka.. Sabah merdeka sebelum Malaya.. Sabah di Tubuhkan sebelum Malaya ..Siapa buat Blog ini.. Padahal tak tahu sejarah langsung..
    Justeru, DARD rasanya perlu lebih mendalami bahawa, kewujudan dan penubuhan negara Sarawak dan negara Sabah adalah lebih awal berbanding kewujudan dan penubuhan negara Malaya sebagaimana berikut:

    KERAJAAN NEGARA SARAWAK

    Ditubuhkan ================ : 24 September 1841
    Kemerdekaan ============== : 22 Julai 1963; dan
    Pembentukan Malaysia ======= : 16 September 1963.

    KERAJAAN NEGARA NORTH BORNEO

    Ditubuhkan ================ : 20 Mei 1882;
    Kemerdekaan ============== : 31 Ogos 1963; dan
    Pembentukan Malaysia ======= : 16 September 1963.

    KERAJAAN PERSEKUTUAN MALAYA

    Ditubuhkan ================ : 31 Jan, 1948;
    Kemerdekaan ============== : 31 Ogos 1957; dan
    Pembentukan Malaysia ======= : 16 September 1963.

    Selainnya, DARD juga perlu tahu bahawa, ketiga-tiga negara yang bergabung dan membentuk Malaysia pada 16 September 1963 (Sabah, Sarawak dan Malaya) sudah ada perlembagaan sendiri masing-masing, bahkan kewujudan perlembagaan Sabah dan Sarawak jauh lebih awal mendahului kewujudan perlembagaan Malaya sendiri seperti berikut:

    1. SARAWAK: 9 Cardinals of Sarawak 1941 Constitution;
    2. SABAH: Piagam Borneo Utara British 1882; dan
    3. MALAYA: Perlembagaan Lord Reid 1957.

    Lantarannya, Perlembagaan bagi Malaysia sebagaimana yang dicadangkan dalam " Perkara 3 " Perjanjian 18/20 Perkara tidak pernah wujud.

    Oleh itu, kepercayaan tentang wujudnya Perlembagaan bagi Malaysia adalah satu pembohongan terbesar Malaya terhadap Sabah Sarawak lebih 51 tahun yang lalu. Dengan kata lain, Sabah Sarawak tiada kaitan dengan "Perlembagaan Lord Reid Malaya 1957" itu.

    SABAHAN, BANGUNLAH BERMARUAH DALAM MALAYSIA!

    ReplyDelete
  11. Negara sabah atau negeri sabah
    http://www.negara-sabah.blogspot.com

    ReplyDelete