Saturday 28 July 2012

UMAT ISLAM BAGAI TAK MAKAN 10 HARI




BAZIR.....Pembaziran makanan umpama perbuatan syaitan, kata pendakwah Ridhuan Tee.

Oleh : MUDA MOHD. NOOR

PETALING JAYA: Pendakwah menegur keghairahan umat Islam berbelanja secara berlebihan membeli makanan di bazar Ramadan sepanjang bulan Ramadan.

“Kita lebih mengejar nafsu, bukan mengekang nafsu. Saya pelik mengapa bazar Ramadan mendapat sambutan sebegitu.

“Seperti tidak makan 10 hari, seolah-olah tidak ada makanan pada bulan lain,” kata Mohd Ridhuan Tee Abdullah ketika diminta mengulas keghairan umat Islam berbelanja di bazar Ramadan sepanjang bulan puasa.

Mohd Ridhuan berkata, membazir itu adalah perbuatan syaitan dan haram dalam ajaran Islam.

“Saya mengingatkan umat Islam supaya berpada-padalah berbelanja,” tambah beliau.

Pegawai-pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak mahu mengulas perkara tersebut. (FMT)

No comments:

Post a Comment