Oleh : MOHD RASHIDI HASSAN
SUDAH hampir sepuluh tahun
Tun Dr Mahathir Mohamad bersara dari jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno.
Ada orang kata buang 'dakwat' sahaja kalau hendak menulis atau mengkritik
mantan PM ini.
Namun, kadang-kadang kita
perlu diimbaskan kembali wajah politik Dr Mahathir, yang sehingga kini, masih
mendominasi atau dictate masa depan Umno, khususnya pelbagai gesaan yang beliau
lakukan terhadap PM, Datuk Seri Najib Razak.
Walaupun usianya sudah
lanjut, tetapi sehingga hari ini Dr Mahathir masih aktif berpolitik,
mengeluarkan kenyataan politik dan menghentam Pakatan Rakyat.
Ketua Pembangkang, Datuk
Seri Anwar Ibrahim sering menjadi sasarannya. Nampak jelas mantan Presiden Umno
itu sangat berjaki dengan Anwar.
Baru-baru ini beliau terus
menyerang Anwar dan menggesa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bersara daripada
politik.
"Ada pemberita tanya,
Dr Mahathir suruh berhenti sekarang. Saya kata tak apalah. Yang itu biar saya
dengan rakyat. Kamu Dr Mahathir, duduk diam-diam. Jaga syarikat anak kamu yang
berpuluh bilion ringgit. Kalau kamu pemimpin bersih, malu tahu tak, malu!
Seorang pemimpin, puluh bilion kekayaan anak-anaknya," tegas Anwar dalam
ceramahnya di Selayang, baru-baru ini.
Anwar mempersoalkan mengapa
Dr Mahathir terlalu marah kepadanya. Sedangkan selama ini, beliau tidak pernah
mengacau dan telah pun memaafkan bekas PM tersebut.
"Sudahlah. Yang kena
pukul saya, Mahathir, bukan kamu. Yang kena penjara saya, yang kena telanjang
saya. Sudahlah, saya dah maafkan.
"(Tetapi) yang kamu
takut ini apa? Rupanya, dia takut saya nak rampas harta dia dan anak pinak
dia," katanya sambil mengimbau detik-detik perselisihan beliau dengan Dr
Mahathir sebelum dipecat daripada kerajaan pada September 1998.
Ramai kalangan rakyat
Malaysia yang dibutakan dengan fakta. Mereka digelapkan daripada mengetahui
kekayaan Dr Mahathir anak-beranak. Kita tidak menuduh beliau kaki rasuah, namun
sewaktu beliau masih menjadi PM lagi, anak-anaknya didapati menguasai lebih 160
buah syarikat, mengikut dokumen daripada Pendaftar Syarikat.
Apa yang disebutkan Anwar
harus dibongkar. Bagaimana mereka sekeluarga boleh memperolehi kekayaan
mencecah puluhan bilion ringgit? Ini tidak harus kita diamkan.
Apa pun, Dr Mahathir adalah
seorang pemimpin yang berjaya membangunkan negara. Beliau juga berjaya mendidik
anak-anaknya, supaya berjaya dalam politik dan perniagaan.
Dr Mahathir adalah bapa
mithali. Seorang bekas PM yang hebat dan bekas Presiden Umno yang berjaya.
Beliau berjaya kerana beliau dan anak-anaknya menguasai konglomerat terbesar.
Bukan sahaja di Malaysia.
Khabarnya kekayaan mereka meliputi Filipina sehingga ke Buenos Aires,
Argentina. Kita tidak tahu sama ada syarikat yang dikuasai mereka, meliputi
negara-negara bekas jajahan Soviet Union seperti Kyrgyzstan, Kazakhstan dan
lain-lain.
Justeru, seluruh anggota dan
pemimpin Umno harus mengambil contoh kejayaan Dr Mahathir, anaknya Mirzan,
Mokhzani dan Mukhriz.
Anak sulungnya, Mirzan
membuktikan bahawa beliau adalah Bumiputera yang berjaya, hasil didikan Umno.
Beliau adalah intipati daripada profesional yang berjaya, hasil doktrin
perjuangan kebangsaan Melayu Umno.
Mana tidaknya. Bukan senang
orang Melayu hendak berjaya dalam perniagaan. Bukan senang kaum Bumiputera,
anak seorang pemimpin Islam boleh menguasai syarikat yang bertaraf
antarabangsa.
Seorang lagi anak Mahathir,
Mokhzani, bekas bendahari Pemuda Umno adalah pemilik Kencana Petroleum. Kencana
merupakan salah sebuah dari tujuh syarikat yang mendapat lesen menggali minyak
daripada Petronas. Bapanya, merupakan Pengerusi Petronas. Ada sumber
memberitahu kekayaan Mokhzani, hasil daripada syarikat minyaknya, mencecah
RM1.6 bilion.
Anak bongsunya, Datuk
Mukhriz, walaupun kerjaya politik tidak seberapa, bertanding merebut jawatan
Ketua Pemuda Umno pun kalah, tetapi dilantik menjadi timbalan menteri. Sekarang
ini, beliau mencadangkan Mukhriz menjadi antara bakal calon Menteri Besar
Kedah. Itu pun jika BN menang, kalau BN melingkup, tiada ada apa hendak dikata
lagi.
Bercerita tentang kehebatan
Mirzan. Beliau sebelum ini, menguasai syarikat antarabangsa Filipina, San
Miguel Corporation, yang juga pemilik syarikat San Miguel Brewery Inc, pembekal
dan pengedar minuman arak yang terbesar di negara tersebut.
San Miguel Brewery menguasai
95 peratus pasaran arak Filipina. Syarikat yang sudah mencecah satu abad itu,
difahamkan turut mempunyai kilang arak serta kepentingan di China, Indonesia,
Vietnam, Thailand dan Malaysia. Menurut laman web San Miguel, ia mempunyai
pasaran 60 buah negara di seluruh dunia.
Walaupun San Miguel turut
terbabit dalam beberapa bidang perniagaan lain, tetapi yang jelas penglibatan
Mirzan, selaku anak kepada bekas PM, anak bekas Presiden Umno yang beragama
Islam, yang partinya mendakwa parti Islam terbesar dalam Malaysia, mencetuskan
banyak persoalan.
Hari ini rakyat Malaysia
mempersoalkan pula, bagaimana Mirzan melalui San Miguel berjaya menguasai
syarikat minyak Esso Malaysia. Esso kemudiannya menukar nama kepada Petron dan
Petron diberi kontrak untuk membekalkan minyak kepada Syarikat Penerbangan
Malaysia (MAS).
MAS sebelum ini mendakwa
mengalami kerugian, kerana terpaksa menanggung kos bahan api yang dibekalkan
oleh Petronas, dan Dr Mahathir selaku Pengerusi Petronas.
Esso sudah 'direbranded'
sebagai Petron selepas syarikat asal dari Filipina, Petron Corp yang merupakan
sebahagian daripada syarikat milik konglomerat San Miguel menjadi pemegang
saham terbesar Esso Malaysia dengan pegangan saham sebanyak 73.4 peratus.
Apa yang jelas hari ini,
Putrajaya yang dipimpin Najib begitu membisu dengan penguasaan ekonomi yang
semakin rancak oleh anak-beranak Dr Mahathir. Yang jelas, mereka semakin
mendominasi ekonomi negara. Penuh dengan “conflict of interest”.
Kita menggesa Putrajaya
untuk memberi penjelasan bagaimana syarikat-syarikat yang merupakan aset
penting negara, boleh dikuasai oleh entiti asing dengan harga belian di bawah
harga pasaran sebenar.
Seperti yang ditegaskan
Anwar, Najib harus membuat penjelasan kepada rakyat, mengapa semua urusniaga
yang membabitkan Petronas, MAS, Petron dan sebagainya, dilakukan untuk
kepentingan Dr Mahathir anak-beranak?
Bagi Dr Mahathir, beliau
anak-beranak, boleh tersenyum bangga kerana mereka merupakan Bumiputera yang
berjaya dalam perniagaan, dengan nilai syarikat-syarikat besar yang mereka
kuasai mencecah puluhan bilion ringgit.
Tetapi bagi rakyat, kami
tidak akan berpuas hati. Kami tidak akan meredai harta milik negara diserahkan
kepada syarikat kroni pemimpin Umno. Harta rakyat bukan harta yang mudah-mudah
hendak dibidak-bidak pemimpin Umno anak-beranak.
Justeru kita menuntut
Putrajaya memberi penjelasan segera. Kita juga menuntut Dr Mahathir dipecat
daripada Petronas kerana pelbagai kepentingan negara diraih beliau
anak-beranak. Negara akan musnah jika pemimpin Umno dibiarkan untuk bebas
sebegini.
Kayalah kamu, mewahlah hidup
kamu wahai pemimpin Umno! Itulah berkat daripada kilang arak San Miguel! Berkat
dari perjuangan kebangsaan, tanpa mengira halal haram. Meminjam kata Najib di FELDA
tempohari, memang “haram jadah”! — harakahdaily.net
No comments:
Post a Comment