Wednesday 18 July 2012

UMS KE PIALA DUNIA SIFE DI WASHINGTON




KUALA LUMPUR : Universiti Malaysia Sabah (UMS), pemenang pada Expo SIFE Kebangsaan Malaysia, akan mewakili negara pada Piala Dunia SIFE tahun ini yang akan diadakan di Washington DC, Amerika Syarikat, untuk bersaing dengan Juara-juara Kebangsaan SIFE dari 39 negara sekutu-SIFE.

Universiti itu telah memenangi hati para juri dengan projek-projek "outreach" komunitinya, di mana ia membantu komuniti di Kepulauan Mantanani di Sabah untuk membuat dompet berasaskan eko daripada pembalut plastik untuk menjana pendapatan dan mengurangkan sisa buangan.

Para peserta membentangkan projek itu untuk membangunkan proses bio-tenaga menggunakan 'cow dunk' untuk menjana tenaga elektrik dan membantu mereka yang memerlukan bantuan.

Yayasan SIFE Malaysia ialah penganjur tahunan Ekspo SIFE Kebangsaan Malaysia, platform untuk para pelajar universiti untuk bersaing dan mengetengahkan projek-projek 'outreach' mereka.

Pemenang akan mewakili Malaysia di Piala Dunia SIFE 2012 mulai 30 Sept hingga 2 Okt. (Bernama)

No comments:

Post a Comment