Oleh : MOHD FARHAN DARWIS
KUALA LUMPUR : Pengendali
laman blog Uncle Seekers yang ditahan semalam di atas penyiaran artikel yang
didakwa mengandungi unsur hasutan, provokasi, dan mengaibkan kerabat Diraja
Johor di dalam blognya disahkan positif dadah jenis 'Morphine' hari ini.
Beliau yang nama sebenarnya
Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas juga merupakan pengamal aktiviti paranormal
telah ditahan kira-kira jam 9.45 malam semalam di Tol Senawang, Negeri Sembilan
dan telah di bawa ke Nusajaya, Johor.
Tengku Mahkota Johor, Tunku
Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim dalam laman Twitter baginda juga telah
mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.
“Hari ini Jabatan Siasatan
Jenayah (JSJ) Johor ingin memaklumkan perkembangan siasatan kes terhadap
pengedali laman blog Uncle Seekers yang didakwa memfitnah Duli Yang Maha Mulia
(DYMM) melalui laman blog.
“Pada 6/7/2012 jam 1.25
tengahari, ujian air kencing (urine test) telah dibuat ke atas suspek Syed
Abdullah Bin Syed Husein (uncleseekers) di IPD Nusajaya, dan hasil ujian
tersebut didapati positif ‘MORPHINE’. Laporan polis dibuat dan Kes disiasat di
bawah Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952,” kata baginda di laman Twitternya.
Baginda turut menambah,
“Rupanya Drug Addict daaahh, patut lah tulis mengarut. Rupanya kaki steam.”
Ketua Polis Daerah Nusajaya,
Supt. Noor Hashim Mohamed yang dihubungi The Malaysian Insider, mengesahkan
perkara itu.
“Tiada cadangan untuk
menambah reman, kerana pihak polis masih mempunyai baki dua hari reman,
daripada empat hari bermula semalam (Khamis),” kata Noor Hashim kepada The
Malaysian Insider.
Bagaimanapun, tiada
pengakuan dicatatkan daripada Uncle Seekers berhubung perkara itu.
Semalam, laporan media
menyebut, Uncle Seekers telah ditahan bersama seorang perempuan yang dikenali
Siti Nadhirah Mohd Zain berusia 26 tahun.
Timbalan Ketua Polis
Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Mohd Akhir Ishak
mengesahkan tangkapan itu.
“Polis menerima tujuh
laporan polis ke atas pengendali laman blog itu sejak 13 Jun lalu. Susulan itu,
dua pasukan polis telah melakukan tangkapan ke atas beliau malam tadi (semalam)
.
“Kedua-duanya ditangkap
untuk siasatan lanjut bersangkutan kes di bawah Seksyen 8(1) (d) Akta Rahsia
Rasmi 1972,” katanya pada pemberita di Johor Bharu, semalam.
Mohd Akhir berkata, jika
disabit kesalahan mereka boleh dipenjara setahun dan tidak melebihi tujuh
tahun.
Sebelum ini, memetik laporan
media, lebih 30 laporan polis telah dibuat terhadap Uncle Seekers kerana
menyiarkan artikel di laman blog miliknya, uncleseekers.blogspot.com yang
dikatakan mengaibkan Sultan dan kerabat Diraja Johor.
No comments:
Post a Comment