Saudara Pengarang,
POLEMIK antara Chong Su Li
yang mewakili Kumpulan Pejuang Kebenaran Sabah dengan '3 Keling' menarik
perhatian saya berhubung tidak relevannya Kongres India Malaysia (MIC)
ditubuhkan di Sabah; apatah lagi pengakuan jujur Presiden MIC, Datuk G.
Palanivel bahawa hampir 40 peratus daripada 700,000 ahli MIC belum berdaftar
sebagai pengundi.
Teguran Naib Ketua Cabang
PKR Batu Sapi, Zainuddin Hassan, melalui artikel di Sabahkini.net bertajuk 'MICParti Haram Di Sabah' mendedahkan sebahagian besar ahli MIC di Sabah adalah
‘Ahli Hantu’ atau tidak wujud kerana jumlah penduduk India di Sabah boleh
dikira dengan jari dan hairan kenapa MIC boleh ditubuhkan di Sabah.
Kata Zainuddin, pendatang
asing daripada India yang mendapat IC Projek dan IC Palsu majoritinya adalah
ahli UMNO dan MIC terpaksa mencipta ahli hantu bagi membolehkan mereka
menubuhkan cawangan dan bahagian di Sabah dengan 'Izin' Pendaftar Pertubuhan
Malaysia kerana sebelum ini UMNO telah menggunakan modus operandi yang serupa
pada 1991-1993.
Kenyataan Zainuddin memang
berasas kerana mengikut Banci Penduduk 2010, bilangan penduduk India di Sabah
hanya 12,004 orang sahaja dan daripada jumlah tersebut hanya 6,886 sahaja yang
layak menjadi ahli dan mengundi kerana bakinya, 5,118 adalah di bawah umur.
Apakah 6,886 orang India boleh
menubuhkan satu Badan Perhubungan Negeri yang diketuai V.Jothi sejak lebih 15
tahun lalu sedangkan 90 peratus daripada India berkenaan telah menjadi ahli
UMNO dan KIMMA secara automatik sebaik sahaja mereka mendapat MyKad kerana
bangsa mereka ditukar kepada 'Melayu' atau 'India Muslim' sekalipun 'beragama
Hindu!'.
Saya terkilan kerana V.Jothi
sanggup memperdaya Kerajaan Negeri Sabah dengan menggunakan 'Paria' dari India
dan 'Ahli Tidak Wujud' di Sabah sebagai 'Modal Politik' untuk membolehkan 'MIC'
mendapat 'kuota' jawatan, agehan ekonomi dan suaka politik.
Sebagai contoh, ahli MIC di Silam
tidak sampai 100 orang dan saya hairan bagaimana MIC boleh ditubuhkan dan
mempunyai kuota dalam Majlis Daerah serta mengusahakan Kolej Haram iaitu Kolej
Tiram.
Memang agak jelek dan
memalukan jika V.Jothi dengan muka tidak tahu malu mengarahkan Ketua Pemuda MIC
Sabah, Taren Sunil Manoharan meminta jawatan Senator dan Adun untuk MIC; apatah
lagi kewujudan mereka di Sabah tidak menambah dan ketiadaan mereka tidak
mengurangkan populariti BN.
Sebagai Pengerusi MIC Sabah,
V.Jothi sepatutnya membela nasib rakyat Malaysia berketurunan India yang
diundang dari Semenanjung Malaysia ke Sabah di bawah 'Program Untuk Kemajuan
Ba!' sekitar 1960-an mendapatkan taraf penduduk tetap dan dokumen pengenalan
diri.
Malangnya walaupun kehadiran
mereka diterima secara sah dan melalui perjanjian dengan Lembaga Kumpulan Wang
Migrasi dijadikan enakmen pada 25 Ogos 1966 dan diwartakan melalui P.U.319 di
bawah Seksyen 55 dan 121 Ordinan Buruh Sabah, namun janji untuk memberikan
mereka 'Taraf Penduduk Tetap' (PR) umpama janji 'Bohjan' kepada 'Bohsia'.
Sebaliknya Kerajaan Negeri
Sabah di era Osu Sukam telah mendesak agar 'Pelarian Perang' daripada Filipina
yang menghuni semua penempatan pelarian di Sabah yang sebelum ini menggunakan
IMM13 diberikan 'Taraf Penduduk Tetap' dan mereka menikmati keistimewaan
tersebut sehingga ke hari ini.
Manakala rakyat Malaysia
berketurunan India terus di 'Paria'kan oleh V.Jothi yang langsung tidak
mempunyai 'Political Will' untuk menyelesaikan masalah dokumentasi mereka yang
berlarutan sejak hampir 50 tahun lalu.
Berbanding Warga India
daripada India yang mendapat kerakyatan songsang dalam masa antara satu bulan
sehingga dua tahun, rakyat Malaysia berketurunan India di Sabah tidak ubah
seperti 'Pandikutty' atau 'Anak Khinzir' yang tidak mendapat tempat di Kampung
Melayu di Semenanjung Malaysia.
Memang diakui mengikut rekod
Lembaga Kumpulan Wang Migrasi, terdapat lebih kurang 202 keluarga India yang
dihantar ke Sabah untuk bekerja di estet kelapa sawit di Sabah sekitar 1967
sehingga 1975, tetapi mereka tidak mengambil kira anak isteri, generasi kedua,
ketiga dan keempat yang kebanyakannya telah kembali ke Semenanjung Malaysia
kerana mengalami kesukaran hidup di Sabah akibat masalah dokumentasi.
Daripada jumlah tersebut
hanya 82 orang sahaja telah dikenal pasti dan menurut V.Jothi permohonan rasmi
telah diserahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri untuk pertimbangan Ketua
Menteri Sabah; tetapi belum ada sebarang pengumuman rasmi sehingga ke hari ini.
Sehubungan itu, sebagai
salah seorang anak malang daripada mangsa Lembaga Kumpulan Wang Migrasi yang
tidak mendapat kerakyatan Sabah; sebagaimana yang dinikmati warga asing
Filipina dan Indonesia yang bukan sahaja mendapat Taraf Penduduk Tetap, malah
diberikan taraf warganegara Malaysia dalam sekelip mata; maka saya mendesak
agar V.Jothi membubarkan MIC kerana telah gagal memperjuangkan kepentingan
masyarakat India di Sabah.
Salam Hormat,
ANUMANTHAN A/L MUNIANDY
No comments:
Post a Comment