Oleh : HAZLAN ZAKARIA
SEKUMPULAN pegawai
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang datang untuk melakukan 'pemeriksaan
rutin' di premis Kumpulan Hak Asasi Manusia, Suaram, pada kira-kira jam 3
petang kelmarin, terpaksa berpatah balik kerana waran mereka tidak sah.
"Waran mesti
ditandatangani oleh pendaftar. Ia tidak ditandatangani dan orang yang datang
bersama mereka hanyalah seorang timbalan. Mereka memutuskan untuk datang semula
esok," kata Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel kepada Malaysiakini.
Gabriel berkata pegawai dari
SSM itu mahu menemubual kakitangan Suaram serta melihat dokumen dan akaunnya.
Serbuan ke atas Suaram
ekoran gesaan NGO pro-Umno yang mahu Suaram mendedahkan mengapa, sebagai
sebagai kumpulan hak asasi manusia, ia didaftarkan sebagai sebuah syarikat;
menyatakan sumber pembiayaannya dan apa yang berlaku kepada hampir satu juta
ringgit yang dicatatkan sebagai pendapatannya sejak 2009.
No comments:
Post a Comment